Assalamualaikum..
Salah 1 Menu yang wajib ada masa bulan posa ialah BUAH MELAKA. Masa muda belia Mommy tak makan mai masuk anak 3 ni baru tau, sedap rupanya buah melaka ni. Selalunya bab kuih muih ni Mak Tok yang buatkan. Kalau mak Tok tak dan nak buat, Mommy yang buat. Nak buat pun mudah ja. Mudah-mudah pun, kena ada bahan dia jugak.Ada yang campoq tepung. Macam Mommy guna 1 tepung tu ja, tepung pulut. Ikut cara n citarasa masing-masing k.
BUAH MELAKA
Tepung pulut
Air suam
Air kapur
Gula melaka (potong dadu)
Nyok mesin putih ,gaul dengan garam sikit
* nak bagi ada kaler, boleh buh pandan paste, ikut kaler apa yang hangpa nak. Mommy buat kosong ja.
*Sambil nak buat tepung tu, masak air dulu. Satgi mendidih kita lempaq masuk ja.
- Gaul tepung dgn air suam, buh air kapur, . gaul dia sampai sebati elok.
- Ambik sikit tepung ( agak-agak ) buh gula melaka, bulatkan dia.
- Dah mendidih, buh melaka tunggu dia timbul naik, biaq sat baru angkat. Jangan lama sangat nanti boleh pecah buat melaka tu.
- Dah angkat guna penapis, golek dalam nyok putih..dah siappp
~~~~~~~~
Mommy Ira