Assalamualaikum...
Cuti yang lepas, Mommy anf family perg jalan jalan makan angin. Tak jauh mana pun, dekat ja. Pi pun tak lama tido semalam ja. Pi hari Khamis balik Jumaat. Tak boleh lama sebabnya hari Sabtu ada kerjas lain pulak.
Macam biasa, kalau nak bawak anak anak jalan mesti tempat yang boleh mandi. Maka destinasi yang di pilih adalah Chalet Damai Gunung Yan. 1 rumah 1 kolam. Nak mandi malam pun boleh. Kolam depan mata ja. Sambil makan boleh tengok anak anak mandi kolam. Situ tak banyak chalet yang ada, 3 buah chalet ja. 2 rumah batu 1 rumah papan. Kiranya sebelah menyebelah ja. Rumah yang Mommy dapat ada satu bilik tido luas, bilik air dan ruang tamu. Kat luar pun ada bilik air. Tapi kalau nak bawak bantal lebih ka blanket lebih ka..bawak jaa.
Situ juga disediakan tempat masak..meja makan..tempat bbq..ada peti ais..tv. Kalau kata tak mau guna perkakas kat situ, boleh ja kita bawak dari rumah. Masak kat situ. Bawak la segala pinggan manggkuk, gelas minum, bahan bahan masak, air mineral, kiranya bawak la apa yang kita nak bawak. Boleh simpan dalam peti ais. Macam Mommy masak siap siap kat rumah bawak ja rice cooker dan periuk letrik kukus tu. Nak rebus telor ka nak kukus apa apa ka. Senang.
Lokasi Chalet Damai Gunung
Hutan Lipur Seri Perigi,
06490 Yan,
Kedah,
Hutan Lipur Seri Perigi,
06490 Yan,
Kedah,
Untuk tempahan boleh hubungi
Tel: 019 457 273
019 496 7761
019 496 7761
Untuk harga pula, kena tefon tanya, mana nak tau kot ada perubahan harga.
Harga untuk 1hari/1malam
Tanpa ekon rm 200 Ada ekon rm 250 Check in 12.00Tgh Check out 11.00 Tgh
Harga untuk 1 hari
Tanpa ekon rm 100 Ada ekon rm 130 Check in 12.00 Tgh
Tanpa ekon rm 100 Ada ekon rm 130 Check in 12.00 Tgh
Check out 6.00 ptg
Kalau nak pergi bermalam kat chalet tu, kena tempah awal. Sebabnya situ selalu penuh. Kalau cuti sekolah lagi la penuh. Makanya kalau teringin nak pi situ, nak lebih info boleh hubungi no kat atas.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..

Baru baru ni kita digemparkan dengan kejadian baby yang meninggal dalam kereta akibat dari ibunya yang terlupa. Banyak yang kecam ibu ini tapi sudah sudahlah. Kesian kat ibu ni sebab dia yang menanggung penderitaan kesedihan akibat dari apa yang dia lakukan sendiri.
Kita doakan yang
terbaik, buat si ibu sekeluarga.
Dr Taufiq Razif ada terangkan sikit kenapa perkara ni boleh terjadi..
-----

Jangan
Kecam Ibu Ini
Siapa
tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak
meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni
sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni
la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita
semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit
Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu
ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula
adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada
ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit
Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin
kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan
diambil alih oleh Habit Memory.
Tu
yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja
yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua'lam.
Saya
percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi
itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si
ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia
sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh
dunia.
Apa
pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi
HABIT kita :
+
Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+
Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat
kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+
Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+
letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di
belakang sana
p/s
: Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye
kredit fb Dr Taufiq Razif
Assalamualaikum..
Tak tau nak bawak anak anak pi jalan mana..Mommy bawak depa pi main kat Kidzoona Aman Central. Kebetulan kakak Mommy balik sefamily, maka bertambah meriahlah nak main kat kidzoona. Orang pakat pi bekurun dah..ni 1st time Mommy bawak depa pi main. Padahal rumah dengan Aman Central bukan jauh mana pun..saja ja tak pi.
Kidzoona ada kat tingkat 4, bersebelahan dengan aman bowl. Nak masuk mesti ada bayarannya.
Weekdays rm 15 .. Jumaat , Sabtu, Ahad dan public holiday rm 20.
Percuma untuk ibu bapa dan bayi.
Kena sediakan stoking siap siap..kalau tak kena beli kat kaunter. Sebabnya nak main kena pakai stoking.
Waktu main unlimited..main sampai puas hati..main sampai letih
Waktu operasi pukul 10.00 pagi sampai 9.30 malam
Bagi Mommy ok jugak mainan kat sini. Cumanya bila budak budak koi membesar ni mesti nak mainan yang lebih mencabar. Tapi ok la main kat sini pun.
- Mommy Ira -
Perkongsian Dari Dr Anisah Ali Tentang Anaknya Yang Diagnose Dengan...' Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes. (Kencing Manis Type 1) ''
3/04/2018 10:06:00 PG
Assalamualaikum..
Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes. (Kencing Manis Type 1) ''
kredit fb Dr Anisah ali
“ InsyaAllah... apa-apa jenis ujian, i think i can go through it, EXCEPT ujian anak. Saya tak rasa saya boleh kuat untuk go through ujian anak.”
Dan, sesungguhnya, Allah Lebih kenal diri saya dan suami saya. Allah Lebih Tahu apa yang kami mampu sebenarnya dan apa yang kami tak mampu.
Terdiam.
Termenung saya dan suami selepas doktor pakar mengesahkan diagnosis Ammar Raif pada petang 3 Feb 2018.
Pada usia Ammar Raif 1 tahun 11 bulan ini, dia diagnose dengan...
Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes. (Kencing Manis Type 1).
- How It All Started -
Seminggu sebelum kami bawa Ammar Raif ke Unit Kecemasan HUKM sabtu tu, kami perasan Ammar Raif kerap buang air kecil.
Diapersnya akan penuh dalam sekelip mata je.
Kalau sebelum ni kami tukar diapers-nya dalam 2-3 kali sehari.
Minggu tersebut, kami terpaksa tukar diapers-nya hampir setiap 2-3 jam! Sebab memang penuh lendut tu.
Kerap kencing ni yang pertama saya perasan.
Dalam term medikalnya dipanggil , Polyuria.
Dalam pada masa yang sama, Ammar Raif asyik mintak air saja. Setiap jam nak minum air. Sekali minum, secawan!
Ini tanda kedua yang saya simpan dalam otak. Kerap nak air ertinya kerap haus.
Polydipsia.
Hanya dua tanda ni saja.
Ammar raif kekal active. Active sangat.
Tiada demam.
Tiada cirit birit atau sakit perut.
Tiada muntah-muntah.
Minggu tu banyak kali timbul dalam fikiran saya,
Saya tanya pada diri saya, kenapa dia kencing banyak sangat
“Takkan dia diabetes kot? He is too young for even type 1!”
Jd saya cuba fikirkan kemungkinan sebab yang lain.
Saya tanya semua orang dirumah, “Kenapa dia banyak kencing eh?”
Dan orang akan jawab “kan dia minum pun banyak. Tu sebab kencing banyak tu”
i took comfort dari jawapan-jawapan serupa itu.
I was in denial!
- To Emergency Unit -
Hari ke-7, saya perasan Raif lemah.
Mata macam cengkung sikit.
Masih banyak kencing.
Masih kerap haus.
Dimaklumkan oleh ahli keluarga, Raif ada muntah sekali hari tersebut.
Saya terus balik rumah.
Saya sampai je rumah dalam pukul 2.15ptg, terus dukung Raif. Dia nak menyusu.
Elok lepas susukan ,dia tertidur.
Waktu tu saya examine badan dia.
Entah macamana, hati saya asyik seru suruh saya cek gula dia. Sebab what else could this be?
Dia dah ada tanda tanda dehidrasi dah ni.
Saya pun whatsapp sorang sahabat. Dan dia pun setuju, cek je gula.
Saya pinjam glucometer ayah saya.
Terus check gula dalam darah Ammar Raif.
Terpapar di screen glucometer tu : 30.0
Saya campak glucometer atas katil, kerah suami saya untuk siap.
“Kita Kene Pergi ED sekarang, B!”
“Kita Pergi HUKM!”
Tak sampai 5 min, suami saya bersiap sekali dengan bag baju raif. Memang segala apa dia boleh capai dia masuk dalam bag tu.
Saya angkat Raif
Terus kami bergegas ke Unit Kecemasan HUKM.
Sesampai disana, saya terus maklum yang DXT raif dirumah, 30.0. MA di ED tu pun tak fikir lama, drang terus ambil vital signs dan buat dxt, 33!
Terus tolak raif ke Zone Rhesus
Untuk stabilkan Raif.
- Recovery -
Alhamdulillah.
Raif hanya MILD DKA.
Kebanyakan cases dka, kanak-kanak tu terpaksa di intubate bagai sebab dah coma.
Saya bersyukur, hanya dalam tempoh tak sampai 24jam. Raif dah fully recovered dari DKA dia.
Cuma dia banyak menangis tak selesa sebab kiri kanan tangannya dipasang branula untuk masuk air dan insulin.
Dia tak dapat bergerak banyak. Sebab terikat.
- WHAT IS DKA? -
DKA : Diabetic Keto-acidosis
Ianya adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah mencanak naik dan badan kekurangan insulin untuk proses gula tersebut.
Gula digunakan oleh tisu badan dan otot kita untuk buat tenaga, kan.
Bila gula stay dalam darah dan tak dapat masuk ke dalam tisu dan otot badan.
Tisu dan otot kita terpaksa gunakan lemak pula untuk buat tenaga.
Bila lemak digunakan untuk tenaga, proses ini akan menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil KETONES.
Ketones ni acid sifatnya.
Bila tinggi acid ni , maka akan berlakulah Diabetic Keto-acidosis (DKA)
Apa symptoms DKA ?
- Kerap Haus
- Kencing banyak
- Sakit perut
- Muntah-muntah
- Letih , lemah
- Sesak nafas
- bau mulut : bau manis buah
- kekeliruan
- pengsan
- koma
Jika ada anak-anak yang tiba-tiba menunjukkan antara tanda-tanda ni, bersegeralah bawa dia ke klinik atau ke unit kecemasan untuk pemeriksaan.
- What is Type 1 Diabetes? -
Tak kurang,
Ramai juga yang menyangka Raif mendapat kencing manis type 1 ni sebab banyak makan makanan manis. (Raif tak gemar benda manis.. mak dia ya! Haha)
Maaf.
Suka saya nak enlighten kita semua tentang 2 jenis kencing manis.
Sebab saya rasa, penyakit kencing manis type 1 ni tak popular dalam masyarakat kita. Sebabkan itu, masih ramai yang tak jelas dengan puncanya.
KENCING MANIS TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS.
Type 1 & Type 2.
🖊 Penyakit kencing manis yang biasa dapat diusia dewasa yang berpunca dari pemakanan yang tinggi gula dan gaya hidup kurang sihat... ini adalah Kencing Manis Type 2.
- kencing manis type 2 ni , bagi yang gulanya terkawal, cukup untuk dia ambil ubat pil sahaja (ie metformin)
- ada juga yang kencing manis type 2 tapi gulanya tidak terkawal dan dah banyak komplikasi sehingga memerlukan dia ambil insulin injections.
🖊 Satu lagi jenis kencing manis adalah yang didiagnose ketika kanak-kanak. Disebabkan badannya TIDAK BOLEH menghasilkan insulin sendiri.
Ini adalah Kencing Manis TYPE 1
Bukan sebab makan manis ya.
BUKAN SEBAB MAKANAN MANIS.
Tapi sebab badan tak boleh buat insulin.
Kenapa tidak boleh buat insulin sendiri?
Sebab antibodi badan mereka yang sepatutnya melawan bendasing dah secara tak sengaja, menyerang B-cells dalam pancreasnya sendiri.
B-cells ini tugasnya adalah utk menghasilkan insulin. Namun bila dah diserang badan sendiri, fungsinya terjejas.
Dan inilah yang kita namakan, Auto-Immune disorder. Dimana badan kita menyerang badan sendiri.
Kesimpulan :
Type 1 :
-kencing manis yang didiagnose ketika kanak-kanak.
-disebabkan auto-immune disorder
-badan TAK BOLEH hasilkan insulin
-terpaksa bergantung pada insulin injections.
Type 2 :
- kencing manis yang berpunca dari pemakanan tinggi gula/ gaya hidup tak sihat
- badan masih menghasilkan insulin tapi tak cukup
- ada yang makan ubat pil, ada yang sampai kene ambil insulin injections.
————
So, Raif Now
————
Banyak sangat benda baru saya dan suami belajar sepanjang Raif admitted di hosp.
- cara jaga makan dia
- cara baca label
- cara manage Raif pada hari-hari tertentu
- cara bagi insulin dan correction doses
Dan etc etc
Banyak benda baru dan perubahan yang kami perlu buat untuk Raif.
Raif akan ada rutinnya sendiri yang tetap setiap hari.
Jadi sekarang, Ammar Raif bergantung pada Insulin Injections setiap hari seumur hidup, setiap kali sebelum makan.
Pemakanannya tak perlu dicatu atau hanya boleh makan yang sugar-free sahaja. Tidak..
Dia boleh makan macam kita semua.
CUMA, saya perlu sukat dan kira kandungan karbohidrat dalam meals dia setiap kali dia nak makan...
Supaya saya dapat beri dose insulin yang sesuai dengan berapa banyak yang dia makan.
------
So far, this journey is challenging.
But We Are Okay.
Alhamdulillah. InsyaAllah.
Kalau Allah tak izinkan, dah lama Allah elakkan.
Ujian ini adalah ujian kami.
Juga a blessing in disguise insyaAllah.
Takkan Allah beri satu satu ujian itu sia-sia melainkan untuk sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.
Berkat doa dan sokongan kalian semua juga, kami dapat kuat dalam hari-hari awal yang mencabar ini.
Mohon doakan Ammar Raif sihaaat je selalu, doakan dia tak senang demam atau tak sihat.
Doakan dia kekal aktif dan dah besar nanti jadi neurosurgeon (eh! Hehe). Ameen insyaAllah.
Dr Nisa Ali, Mama Ammar Raif.
kredit fb Anisah Ali's post.