FORGOTTEN BABY SYNDROME! - Dr Taufiq Razif
By Zahirah Dzahir - 3/18/2018 03:35:00 PTG
Assalamualaikum..
Baru baru ni kita digemparkan dengan kejadian baby yang meninggal dalam kereta akibat dari ibunya yang terlupa. Banyak yang kecam ibu ini tapi sudah sudahlah. Kesian kat ibu ni sebab dia yang menanggung penderitaan kesedihan akibat dari apa yang dia lakukan sendiri.
Kita doakan yang
terbaik, buat si ibu sekeluarga.
Dr Taufiq Razif ada terangkan sikit kenapa perkara ni boleh terjadi..
-----
Jangan
Kecam Ibu Ini
Siapa
tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak
meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni
sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni
la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita
semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit
Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu
ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula
adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada
ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit
Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin
kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan
diambil alih oleh Habit Memory.
Tu
yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja
yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua'lam.
Saya
percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi
itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si
ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia
sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh
dunia.
Apa
pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi
HABIT kita :
+
Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+
Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat
kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+
Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+
letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di
belakang sana
p/s
: Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye
kredit fb Dr Taufiq Razif
0 orang berborak di sini!