Assalamualaikum..
Saya share dari
http://www.mpib.gov.my/documents/294206/50d2f9b3-9820-4e1f-a62b-12f5cdc3c989
Apa itu GST ?
GST adalah cukai penggunaan yang
dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran
semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang
dikecualikan oleh Kerajaan.
Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4%
iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan
(5%) yang dikenakan pada masa sekarang.
Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah
satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian
negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien
dan telus serta dapat mengelakkan
berlakunya:
Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar
di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka
ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.
Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation)berlaku
di dalam dua keadaan iaitu:
1.Cukai bertindih di bawah sistem
yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih mahal kerana cukai
perkhidmatan yang dikenakan
merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.
2.Cukai bertindih di bawah sistem
cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai
perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos
yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan
apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Apakah barang atau perkhidmatan
yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan
dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan
barang dan perkhidmatan yang
tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang
dikecualikan.
Apakah barang-barang yang tidak
dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas
rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur,
daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).Rujuk Jadual 1
Selain daripada itu, barang dan
perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST
bagi menjadikan eksport negara
lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.
Apakah perkhidmatan yang tidak
dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan
rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam,
pendidikan, kesihatan,
perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan).
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak
dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2
dan Jadual 3
Apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh pengguna dalam membendung
aktiviti pengambilan keuntungan
berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan
peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan
keuntungan berlebihan ini.
Pengguna sepatutnya:-
·-membuat perbandingan harga
sebelum berbelanja;
·-sentiasa merujuk kepada panduan
harga pengguna;
·-melaporkan apa-apa kenaikan harga
yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib atau persatuan pengguna;
dan
·-berbelanja secara berhema
Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai
penggunaan pada
masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu
membayar cukai
penggunaan apabila GST dilaksanakan.
Pada masa sekarang, rakyat tanpa
mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai
perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
Namun cukai yang dibayar ini
terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya
terselindung di dalam harga barangan.
Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang
dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak
RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi
apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada
4%, beban cukai yang ditanggung
akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan
penjimatan di dalam perbelanjaan
harian mereka
- Mummy Ira -