Jom kita baca beberapa Petua untuk Mengempiskan Perut buncit Selepas Bersalin
Pilihan 1:Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.
Pilihan 2:Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Pilihan 3:Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
Pilihan 4:Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Pilihan 5:Ambil lengkuas padi/helang/ ranting – iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
Pilihan 6:Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
Pilihan 7:Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Pilihan 8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.
Pilihan 10: Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.
Pilihan 11: Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Pilihan 12:Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.
Pilihan 13: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Pilihan 14: Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Pilihan 15: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 16: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Pilihan 17: Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya.
Pilihan 18: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Pilihan 19: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Bagaimana nak kurus selepas bersalin?
Bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin? bagaimana nk buang lebihan-lebihan lemak selepas bersalin?
Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas pantang kerana anda adalah ibu menyusu. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding insyaaAllah sangat emmbantu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi bantu ibu untuk cepat kembali ke bentuk asal.
Jangan tinggal breakfast. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi bolh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tgh hari dan malam. Roti wholemeal adalah digalakkan untuk menggantikan nasi.
Minum air dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan. Klik sini untuk mengetahui Formula untuk bg menentukan berapa jumlah air yg sesuai dengan berat badan anda.
Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. jadi pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner.
Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA:
Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan.
4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
Bagaimana supplement Shaklee membantu?
Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.
Apakah supplement tersebut?
· Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.
ok..Ini lah seba sikit tip/petua untuk kempiskan perut dari perkongsian blog2 yan lain. Sesiapa pun boleh ja kalau nak cuba petua ni k..
Selamat mencuba

· Cinch Shake Mix
: Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™
untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak
berlebihan.
· Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
· Alfalfa Complex
: Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang
telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
ok..Ini lah seba sikit tip/petua untuk kempiskan perut dari perkongsian blog2 yan lain. Sesiapa pun boleh ja kalau nak cuba petua ni k..
Selamat mencuba
RESEPI NASI AYAM HAINAN. ( 6-8 HIDANGAN) FB Mamak Haji
PENYEDIAAN AYAM:
- 1 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 - 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan mengikut rongga belakang ayam:
- 1 sudu besar hirisan halia.
- 1 btg daun bawang putih (scallions/ leek) dihiris 1".
- 1 btg celery dihiris.
- 1/2 btg karot yg telah dihiris.
- 1+2 sudu garam, lumurkan keseluruhan badan ayam.
- 10 cawan air stok ayam, jika tiada stok ayam masukkan pati ayam knorr/maggie 2 kiub.
- 1 sudu kecil serbuk lada putih dimasukan pada air stok.
CARA-CARA:
1. Didihkan air.
2. Masukan ayam dengan bahagian dada ke arah bawah. Air rebusan ini perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Tambahkan air jika perlu. Rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih tapi dalam keadaan renehan supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan ini. Rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45 minit.
3. Sediakan air ais dalam sebuah besin. Apabila ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais atau air biasa yang telah disediakan. Rendam ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam tidak masak lagi isi ayam.
4. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan semua bahan-bahan seperti hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong.
5. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.
CARA-CARA MASAK NASI AYAM.
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
- 1 sudu besar halia dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 3 cawan air rebusan ayam tadi.
- 1 sudu besar lemak ayam yg berlebihan semasa pembersihan.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar minyak bijan/seasame oil.
- 1 sudu kecil garamgGaram secukup rasa.
- 4 helai daun pandan disimpul.
CARA-CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi.
3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan 1 kiub stok ayam. Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.
SOS SEBAGAI PENCICAH:
Sos Kicap:
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 1 cawan air rebusan ayam/stok ayam.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 4 ulas bawang putih dikopek dan diketuk.
Panaskan adunan ini dlm 5 minit, Tambahkan gula dan garam ikut rasa anda. Sos anda sedia.
Sos Cili:
- 100gm cili merah hidup.
- 5 tangkai cili padi.
- 1 sudu besar halia.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar gula.
- 1/4 cawan air limau kasturi.
- 1/4 cawan air rebusan ayam tadi.
Dikisar semua bahan-bahan ini.
Untuk Hidangan:
Timun dihiris, Tomato dihiris dan daun salad bunga
Selamat Mencuba
Ayam Masak Ros
Resepi : FB Mamak Haji.
Bahan :
1 ekor ayam ( 1.6 - 1.8 kg ) . Bersihkan, potong 10/12 bhgn.
1/2 Tin ( bersaiz 225gm) "Kimball Sup Tomato".
1/2 Tin Susu cair/sejat.
2 sudu besar (tbsp) Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).
1 helai pandan dipotong 2" panjang untuk tumis bersama.
2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2" panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
Satu batang serai diketuk untuk ditumis
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu kecil (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
1 sudu kecil garam masala.
2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal daptkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
100gm santan pekat.
1 sudu kecil (tsp) garam masala.
Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.
Bahan2 dikisar:
10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
1 batang karot.
1 biji tomato.
1 biji bawang labu besar.
1 inci Halia.
5 ulas bawang putih
100gm bIJI badam direndam air panas dan dikisar halus.
*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
Cara menyediakkannya :
1 - Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.
2 - Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*
3 - kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.
4 - Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).
5 - Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6 - Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.
7 - Bila kuah mula pecah minyak masukan 100 gm santan pekat.
8 - Masukan Gula, dan garam secukup rasa.
9 - Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan.
10 - Hidangkan dengan daun pudina/ketumbar dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.
Selamat Mencuba
Assalamualaikum..
Air Kelapa memang sedap, tambah2 kalau minum ketika cuaca panas. Kalau air kelapa dibuat coconut Shake pun sedap jugak. kelebihan air kelapa ni banyak termasuklah untuk wanita. Apa kelebihan air kelapa untuk wanita?
1. Air kelapa yang diambil ketika kandungan 6 bulan ke atas boleh membersihkan kulit bayi dan kulit bayi lebih cantik dan licin gebu. Air kelapa mengandungi elektrolit , klorida , kalsium , kalium , natrium, dan riboflavin, juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan semasa mengandung. Air kelapa juga mengandungi asid laurik ( yang terdapat dalam susu ) , dan juga ciri-ciri antibakteria dan anti-mikrob yang melindungi tubuh daripada jangkitan.
2. Penyembuhan jangkitan saluran kencing. Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan biasa yang dihadapi oleh majoriti wanita . Air kelapa boleh diminum untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan yis yang menyebabkan jangkitan saluran kencing atau lain-lain . Minum air kelapa dua kali sehari jika anda mengalami jangkitan faraj.
3. Membantu penurunan berat badan. Ini merupakan satu lagi faedah kesihatan air kelapa yang bukan sahaja bermanfaat kepada kaum wanita , tetapi juga lelaki. Air kelapa rendah kalori. Ia akan membuang toksin dari badan, membersihkan sistem dan mengalirkan oksigen ke dalam sel-sel darah. Air kelapa juga bebas lemak, mempunyai tahap LDL yang lebih rendah dan pembakaran lemak di dalam badan.
4. Baik Untuk kulit. Air kelapa memberi kelebihan kepada kesihatan kulit wanita. Air kelapa berfungsi untuk menghidrat dan membersihkan kulit. Jadi, untuk mendapatkan kulit lembut , bersih dan lembap, minum la air kelapa.
5. Menyembuhkan pedih dalam faraj. Dehidrasi atau jangkitan faraj boleh menyebabkan perasaan terbakar dalam faraj. Jadi, ambil air kelapa jika anda mengalami keradangan vagina , sebelum atau selepas membuang air kecil.
Haaa bagus kan.. minum yang ori tanpa campuran gula lagi bagus. Tapi tak semua yang sesuai minum air kelapa ni. Silap2 buleh sakit urat bgi yang ada masalah urat..
sumber google
Phytosterols adalah antara bahan atau zat yang diperlukan untuk mengawal
kolesterol LDL iaitu kolesterol jahat. Kolesterol ini perlu dielakkan
kerana ia boleh plaque dan tersumbat pada salur darah, sekaligus
meminimakan ruang pergerakan darah. Inilah yang menyumbang kepada
masalah jantung. Apakah itu phytosterols? Dan kenapa ia dikatakan baik
untuk mengawal kolesterol LDL?
Dalam post sebelum ni saya ada menerangkan apakah supplemen yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dan membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam usus anda. Antaranya ialah Phytosterols.
Dalam post sebelum ni saya ada menerangkan apakah supplemen yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dan membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam usus anda. Antaranya ialah Phytosterols.
APAKAH PHYTOSTEROLS?
- merangkumi sterol dan stanol tumbuhansterol dan stanol tumbuhan adalah bahan yang terdapat secara semulajadi dalam jumlah yang kecil dalam bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan pelbagai bahan lagi
BAGAIMANA STEROL DAN STANOL TUMBUHAN MEMBANTU?
- kedua bahan ini berbentuk lebih kurang sama dengan kolesterol
- ia membantu untuk menghalang kolesterol diserap ke dalam dinding saluran darah
- tidak seperti kolesterol yang mengakibatkan arteri darah tersumbat, sterol dan stanol tumbuhan ini dapat dikeluarkan dengan mudah
- Phytocol-ST adalah supplement yang mengandungi 2,000 mg phytosterols yang diperlukan dalam diet seharian kita seperti disarankan NIH
- dihasilkan daripada minyak tall
- bersamaan dengan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum, 425 biji tomato
- disahkan halal
Kolesterol terdiri daripada
kolesterol yang baik dan juga yang tak baik. Kolesterol tak baik boleh menyebabkan
saluran darah tersumbat dan ini meminimakan ruang untuk darah sampai ke
jantung. Kandungan kolesterol tak baik yang tinggi perlu kita elakkan
untuk mengurangkan risiko menghadapi penyakit yang berbahaya seperti
sakit jantung. Jadi dengan pengambilan supplemen dapat membantu mengurangkan kadar
kolesterol. Supplement Shaklee adalah antara supplement semulajadi yang
diyakini yang juga dapat membantu mengurangkan masalah kolesterol. Baru baru ni Shaklee telah melancarkan
Produk terbaru Shaklee di National Conference Shaklee
Malaysia 2013/14 minggu ini iaitu Phytocol-ST dirumuskan khas untuk tujuan ini.
Antara supplement yang disarankan
untuk membantu mengurangkan kadar kolesterol tak baik ni adalah soya, phytosterols,
minyak ikan, bali, dan macam-macam lagi. Phytocol-ST dirumuskan daripada
sayur-sayuran, buah-buahan, bahan semulajadi yang kaya dengan phytosterols yang
aktif.
Menurut kajian daripada Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), tubuh kita memerlukan penambahan 2,000 mg phytosterols dalam diet seharian untuk merendahkan paras kolesterol. Dan Phytocol-ST dapat membekalkan 100% phytosterols mengikut saranan NIH.

Kolesterol terdiri daripada kolesterol yang baik dan juga yang jahat.
Kolesterol jahat boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan ini
meminimakan ruang untuk darah sampai ke jantung. Kandungan kolesterol
jahat yang tinggi inilah yang kita perlu elakkan untuk mengurangkan
risiko menghadapi penyakit yang lebih berbahaya seperti sakit jantung.
Pengambilan supplement dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol.
Supplement Shaklee adalah antara supplement semulajadi yang diyakini
yang juga dapat membantu mengurangkan masalah kolesterol tinggi. Produk
terbaru Shaklee yang dilancarkan di dalam National Conference Shaklee
Malaysia 2013/14 minggu ini iaitu Phytocol-ST dirumuskan khas untuk
tujuan ini.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2014/06/supplement-shaklee-untuk-kolesterol.html#sthash.bAwQvaxL.dpuf
Supplement
Shaklee Untuk Kolesterol - Produk Terbaru Phytocol-ST - See more at:
http://supplement4all.blogspot.com/2014/06/supplement-shaklee-untuk-kolesterol.html#sthash.bAwQvaxL.dpuf
Kekal Sihat Bertenaga Sepanjang Ramadhan Dengan Set Mighty 3 Gems
6/10/2014 09:06:00 PG
Seperti yang kita tahu. Bulan Ramadhan hampir tiba. Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menyambut Ramadhan. Amat sesuai jika mengambil makana tambahan/supplemen untuk kekal cergas & bertenaga sepanjang bulan Ramadhan. Jadi, Shakle juga mempunyai dan menyediakan makana tambahan/supplemen
Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink
(perasa oren).
Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.
Sesuai
untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur
dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun, Insya-Allah mighty 3 gems ini
memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.
Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.
Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.

Khasiat Set Mighty 3 Gems:
Performance drink :
- Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
Energizing Soy Protein (ESP) :
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
- Membekalkan tenaga.
- Memberikan rasa kenyang.
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
- Membanyakkan susu badan (milkbooster).
- Membantu mengekalkan kepejalan otot.
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
- Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
- Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
- Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
### Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika
tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di
bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti
yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara
independent.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
- Kanak-kanak
- Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
- Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
- Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
- Warga tua