Misi Mencari Bunga Telang Tercapai Cari Punya Cari Bunga Telang Akhirnya Jumpa Juga
6/15/2019 09:53:00 PG
Assalamualaikum
Salah 1 menu
favuorite Mak Tok adalah Nasi Kerabu Kelantan. Tapi Mommy bukan nak cerita
keseluruhan resepi nasi kerabu tu. Saja Mommy nak cerita tentang bunga
Telang..macam mana nasi kerabu tu boleh jadi kaler biru. Kat mana nak dapat
bunga telang ni. Ada la serba sikit info
yang Mommy baca tentang bunga telang ni.
BUNGA TELANG atau nama saintifiknya, Clitoria Ternatea dalam
bahasa Inggeris dipanggil sebagai butterfly-pea, blue-pea dan cprdofan-pea.
Bahasa kita bunga telang ja. Kalau kita tengok nasi kerabu Kelantan, tak sah
kalau nasi tu tak kaler biru. Pi tang mana pun, google la resepi nasi kerabu
tu, nasi dia mesti kaler biru. Tapi ada juga yang kata guna daun mengkudu.
Mommy pun tak pasti macam mana jadi kalernya. Ada yang kata akan jadi kaler
hijau tak pun kaler hitam sikit.
-------------Baca juga
--------------
---------------------------------------
Nak lagi elok, baik
guna bunga telang. Mana nak dapat bunga telang ni. Siapa yang rajin, boleh
tanam ja bunga telang kat rumah. mudah nak guna..bunga pun fresh nak makan
boleh pi petik ja. Memang kaler bunga telang tu cantik..tak sangka kaler bunga
tu boleh buat nasi kerabu.
Ada yang kata susah juga
nak cari bunga telang ni. Kat pasar pun tak jumpa. Mommy pun rasa susah nak
jumpa bunga telang ni. Bila Mak Tok nak makan nasi kerabu jenuh cari bunga
telang. Cari punya cari..yang betulnya ada jual kat kedai. Memang cari dan
tanya orang. .depa pun tak tau. Sekali tu, rezeki Mommy pegi kedai Kek kat
Simpang kuala ‘ Bake With Yen ‘..saja la tanya mana nak dapat bunga telang
ni..staff depa kata ada jual kat situ tapi bunga telang kering. Ok la tu, janji
bunga telang boleh la Mak Tok buat nasi kerabu.
Mudah ja nak buat
makan bunga telang ni. Macam Mak Tok nak buat nasi kerabu..Mommy rendam dulu,
nak lagi cepat Mommy ramas bunga telang tu. Boleh ja mesin bunga tu tapi dah
boleh ramas buat apa nak mesin..hehe. Ikut la banyak mana bunga yang kita nak guna.
Nak kaler biru gelap buh banyak bunga tu. Masak macam biasa tapi guna air bunga
telang tu jadilah nasi kerabu biru.
Kalau ikutkan bunga
telang ni boleh jadi pewarna, remedi
semula jadi. Kiranya selamat nak guna. Bunga telang bukan hanya buat nasi
kerabu dah. Boleh buat pulut tai tai iaitu manisan istimewa kaum Peranakan di
Melaka dan banyak menu lain. Boleh juga
buat minuman macam teh, jus. Kira macam-macam lagi yang boleh kita buat dan ada
khasiat dari bunga telang ni.
-------------Baca juga
--------------
---------------------------------------
Ok la yang tu ja
Mommy nak ceria tentang bunga telang ni. Babai..
~~~~~~~~~
Mommy Ira