Assalamualaikum..
Tak kira lelaki atau wanita ni suka makan jamu. Even budak2 pun boleh makan. Kira semua la peringkat umo. Makan jamu ni bukan sekadar nak cantik ja tapi baik untuk kesihatan dalaman. Ada jamu yg kita beli dari kedai ada juga yang buat sendiri/homemade. Saya ada jumpa dalam facebook Zara Beauty cara nak buat homemade jamu..
Bahan2 :
- Air 3 mug
- Kunyit - 1 inci
- Halia Muda (klu xde pon xpe) - 1 inci
- Asam Jawa - 4sd besar
- Habbatussauda - 1 camca teh
*Madu (letak ketika nak mnm,bukan rebus sekali) - ikut suka (klu xde madu letak gula batu @ gula pasir)
Cara-cara :
Rebus 15-20minit..sejukkan dan minum.
Nak letak dlm peti pun boleh..Tahan sehingga 2 minggu kata pemberi resepinya..
Khasiat:
> jerawat,parut,jeragat,kuli t kasar
> bisul,gatal2,sakit kulit
> cegah dan merawat kanser
> atasi keletihan,naikkan seri aura
> rawat luka2 dalaman
> kencing manis,darah tinggi,kolestrol
> migrain
> utk kanak2 bg naik selera makan dan atasi masalah cacing
> kulit jd shining,tumit merekah
> awet muda
> bagi yang menyusu baby, bole menambahkan susu badan.
> rawat keputihan dan miss v yang selalu gatal2
> bole minum kafin,xde masalah,xde pantang.
> lutut2 pun shining tanpa disedari,body tak perlu pakai losyen dah aih lepas amal.
> bantu kempiskan perut dan langsingkan badan
> atasi masalah bau ketiak dan bau badan yang tengik
> masa haid bole minum
> atasi masalah haid tak teratur
> rapatkan apa yang dah longgar2
Tunggu apa lagi..besok pi beli bahan bahan balik buat k..
kredit Zara Beauty
- Air 3 mug
- Kunyit - 1 inci
- Halia Muda (klu xde pon xpe) - 1 inci
- Asam Jawa - 4sd besar
- Habbatussauda - 1 camca teh
*Madu (letak ketika nak mnm,bukan rebus sekali) - ikut suka (klu xde madu letak gula batu @ gula pasir)
Cara-cara :
Rebus 15-20minit..sejukkan dan minum.
Nak letak dlm peti pun boleh..Tahan sehingga 2 minggu kata pemberi resepinya..
Khasiat:
> jerawat,parut,jeragat,kuli
> bisul,gatal2,sakit kulit
> cegah dan merawat kanser
> atasi keletihan,naikkan seri aura
> rawat luka2 dalaman
> kencing manis,darah tinggi,kolestrol
> migrain
> utk kanak2 bg naik selera makan dan atasi masalah cacing
> kulit jd shining,tumit merekah
> awet muda
> bagi yang menyusu baby, bole menambahkan susu badan.
> rawat keputihan dan miss v yang selalu gatal2
> bole minum kafin,xde masalah,xde pantang.
> lutut2 pun shining tanpa disedari,body tak perlu pakai losyen dah aih lepas amal.
> bantu kempiskan perut dan langsingkan badan
> atasi masalah bau ketiak dan bau badan yang tengik
> masa haid bole minum
> atasi masalah haid tak teratur
> rapatkan apa yang dah longgar2
Tunggu apa lagi..besok pi beli bahan bahan balik buat k..
kredit Zara Beauty
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Saya ada terbaca tentang jenis jenis batuk ni..Perkongsian ni dari FB Dr Zubaidi..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Saya nak kongsi resepi ROTI JOHN dari Facebook..

RESEPI ROTI JOHN
Bahan-Bahan:
● 2 buku roti hotdog
● 1 sudu besar daging cincang
● 1 labu bawang besar
● 1 sudu teh seasoning Maggie
● 2 biji telur
● serbuk lada sulah
● garam
● sos tomato
● sos cili
● mayonis
● timun
● minyak
Cara-caranya :
1. Bawang besar dipotong kiub
2. Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan seasoning Maggie, serbuk lada sulah dan garam
5. Masak hingga agak kering kemudian angkat
6. Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
7. Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
8. Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
10.Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama tomato, timun, sos dan mayonis. Jika suka boleh tambah sekeping keju.
Selamat mencuba
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang.
Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dala
Apakah yang perlu dilakukan ?
* Jangan panik. Anda perlu bertenang
*Fikir.
Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda.
*Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.
Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adal ah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.
Bagaimana mendapatkan bantuan ?
Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon.
'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT)
Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda penyakit yang serius pada bila-bila masa.
Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi.
Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahan-alahan yang serius.
Mengapa pertolongan cemas ?
Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:
*Menyelamatkan nyawa mangsa
*Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk.
*Membantu pemulihan
*Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan.
Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa.
Maklumat yang diberikan di dalam artikel ini membolehkan anda memberikan pertolongan cemas yang berguna dan berkesan.
Bilakah diperlukan ?
Pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut:
*Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen
*Pendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawal
*Luka terbakar yang teruk
*Tercekik
*Patah tulang atau terseliuh
*Kecederaan yang teruk
*Serangan jantung
*Renjatan haba
*Pengambilan dadah yang berlebihan
*Keracunan
*Renjatan
*Tidak sedarkan diri
Apakah asas pertolongan cemas yang perlu saya ketahui?
Sepatutnya, anda perlu tahu cara-cara untuk
1.Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas)
2.Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer)
3.Hentikan pendarahan
4.Merawat renjatan
5.Merawat kecederaan mata
6.Merawat luka terbakar
Teknik SAFE
Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud:
S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan)
*Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan
A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)
*Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada.
*Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain
F - Free from danger (Bebas dari bahaya)
* Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain-lain lagi
E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit)
Pertolongan Cemas Primer ?
Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk
*SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia
samaada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.
*GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.
*KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar.
*ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara.
*BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan.
*EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada)
Bagaimana untuk memberhentikan keadaan tercekik?
*Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan
*Anda harus berasa yakin bahawa anda akan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa sebelum memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa.
*Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada
*Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan
Bagaimanakah caranya untuk menghentikan pendarahan?
*Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan
*Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan.
*Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba
*Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan.
*Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain.
*Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan serta-merta.
Bagaimanakah caranya untuk merawat renjatan
*Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan.
*Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak
*Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba
*Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang.
*Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut
*Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin
Bagaimanakah cara untuk merawat kecederaan mata
*Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluar
*Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak keatas mata
*Jika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas.
*Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera
*Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius.
Bagaimanakah cara untuk merawat luka terbakar
*Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera
*Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat.
*Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai.
*Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan dibawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara.
*Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan
INGAT!
*Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan
*Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan
*Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas
*Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar
*Bertenang dan tenangkan mangsa
*Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair
Kit Pertolongan Cemas ?
Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik.
Satu kit yang asas mengandungi:
*Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal
*Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)
*Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun)
*Pembalut luka (bandage)
*Plaster (sepeket)
*Pita bergam untuk membalut
*Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh)
*Pembalut elastik
*Pembalut tiga segi
*Losyen calamine untuk ruam yang gatal
*Kapas steril (1 gulung)
*Pembalut luka atau dressing
*Gause parafin (untuk luka terbakar)
*Gause steril
*Dressing untuk luka (2 saiz)
*Basuhan mata
*Lampu suluh
*Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)
*Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu
*Putik kapas (untuk meletakkan ubat)
*Pin (untuk menetapkan bandage)
*Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja)
*Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)
sumber anizyn.blogspot.my
Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ni. Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih, jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya.
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
sumber google
- Mommy Ira -
Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi.
Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain 6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
Bagaimanapun, kini ramai yang mengamalkan atau mengambil habbatus sauda dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.
sumber google
- Mommy Ira -
Lama jugak M Haziq Muqri Cuti Sekolah Sempena Hari Buruh & Hari Wesak
4/28/2015 12:30:00 PG
Assalamualaikum..
Cam biasa kalau Haziq bawak balik apa2 kertas note/kertas..tak kira la besaq ka kecik..mesti ada apa pemberitahuan dari pihak sekolah. Kali ni pasai cuti sekolah sempena Hari Buruh & Hari Wesak. Biasa la..cuti yang di tolak kedepan. Cuti hari Buruh 1/5/15 jatuh hari Jumaat so cuti ganti hari Ahad. Hari Wesak pulak hari Ahad 3/5/15 tolak cuti ke hari Isnin 4/5/15. Lama tak lama cuti tu, 4 hari jugak la cuti sekolah. Apa pun, puaih jugak la cuti sekolah kali ni.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sekadar share ya dari Facebook.
Memang ada sesetengah orang kata best kalau jadi suri rumah ni..boleh dok saja..goyang kaki. Ada juga bila jadi suri rumah untuk hujung minggu ja pun..ada yang kata baik kerja..dok rumah lagi letih..buat kerja non stop. Tak kisah la..yang jadi suri rumah ni lelaki ka pompuan ka..setiap pasangan seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Mereka ni melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”.
Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?
Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
Suri rumah Sebagai Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetengah golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah.
Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.
Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri
Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.
Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.
Apa pun I'm proud to be a HOUSEWIFE
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Sekarang, kembar jarang dah guna stroller.. sebabnya kami jarang keluar. Kalau keluar beli barang pun banak masuk dalam troly barang. Baru ni saja bawak kembar keluar..kena bagi jugak guna stroller. Takut dalam shopping complex nnti buat acara kejar mengejar pulak. Tapi bila dok ja dalam walker..kembar nampak cukup2 ja dalam tu..stroller plak nampak kecik. Nampak cam tak sesuai dah dok dalam stroller tu. Tapi Saya tak kisah..selagi kembar boleh dok dalam stroller tu..dok ja. Sekurangnya dok dalam tu tak la kacau sangat. Nak pusing2 shopping complex pun.. aman jaaa..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Lagi berita boleh baca di www.astroawani.com
Bernama | Kemas kini: April 26, 2015
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/gegaran-susulan-6-9-magnitud-gegar-nepal-jumlah-kematian-cecah-2-500-nyawa-58705?cp
(Diterbitkan pada: April 26, 2015 23:34 MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/gegaran-susulan-6-9-magnitud-gegar-nepal-jumlah-kematian-cecah-2-500-nyawa-58705?cp
NEW DELHI: Gempa susulan berukuran 6.9 pada skala Richter pada 2.10 petang waktu tempatan pada Ahad menggegarkan seluruh Nepal dan sekali lagi memaksa penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu.
Jabatan Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu.
Gegaran terbaru itu mencetuskan keadaan panik dan huru-hara dalam kalangan beribu-ribu penduduk yang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di jalan-jalan dan kawasan terbuka.
Kesan gempa susulan turut dirasai di sebahagian besar kawasan di utara India dengan keadaan muka bumi di Delhi bergegar selama kira-kira 30 saat dan menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan.
Sehingga malam ini angka kematian disahkan meningkat kepada 2,500 nyawa.
Jabatan
Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan
bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari
Kathmandu. - Foto AFP
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan dihentikan buat seketika di Nepal dan lebih banyak gempa susulan diramalkan oleh IMD dan pihak berkuasa Nepal.
BACA: Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak
BACA: MKN gerakkan operasi bawa pulang rakyat Malaysia di Nepal hari ini
FOTO: Malapetaka gempa bumi Nepal
Gempa susulan terbaru itu juga sekali lagi mencetuskan runtuhan salji di kawasan Gunung Everest. Semalam, gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada lebih 2,000 orang selain membawa kemusnahan dahsyat.
Seorang pegawai Nepal memberitahu saluran berita NDTV bahawa lapangan terbang ditutup sementara kerana kru di daratan perlu memeriksa keadaaan landasan sebelum membenarkan pesawat untuk mendarat.
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan
dihentikan buat seketika di Nepal - Foto AFP
Semua pergerakan pesawat dihentikan untuk sementara sehingga 4 petang (waktu tempatan Nepal) sementara menunggu arahan selanjutnya, kata pegawai itu.
Ini mendorong penerbangan Air India yang membawa 131 penumpang ke Kathmandu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi di Delhi.
Gegaran susulan juga memaksa Perdana Menteri India, Narindra Modi memanggil mesyuarat peringkat tinggi dengan para pegawai kanannya di sini bagi membincangkan mengenai bantuan susulan kepada kerajaan Nepal.
Kerajaan Nepal sahkan angka rasmi kematian akibat gempa bumi
kini melebihi 2,500 nyawa. - Foto AFP
Sementara itu, pihak berkuasa India mengesahkan bahawa kebanyakan pendaki Gunung Everest terkandas di Base Camp 1 dan 2. Pasukan mencari dan menyelamat dari Tentera India telahpun mengeluarkan 18 mayat sejak semalam.
Sehingga pukul 3 petang (waktu Kathmandu) hari ini, para pegawai mengesahkan bahawa jumlah angka kematian telah mencecah 2,000 orang dan lebih 5,000 orang cedera.
- Gempa Nepal: Misi perubatan fokus di kawasan pergunungan - Ravi
- Gempa Nepal: Angka korban meningkat kepada 3,218 orang
- Gempa Nepal: Mangsa cerita detik terselamat daripada runtuhan salji
- MKN gerakkan operasi bawa pulang rakyat Malaysia di Nepal hari ini
- Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/gegaran-susulan-6-9-magnitud-gegar-nepal-jumlah-kematian-cecah-2-500-nyawa-58705?cp
Assalamualaikum..
Saja nak share yaaa.. dari Astro Awani
KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST.
"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.
"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.
"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.
Tulisan Dr Muhamad Agus di laman Facebook peribadinya
Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.
"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?
"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.
Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting.
"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?
"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri.
Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abdidin di laman Facebook peribadinya.
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
Bacaan Dalam Solat Dari fb Laman Pendidikan Islam KSSR
4/26/2015 12:50:00 PTG
Assalamualaikum..
Lagi sharing dari fb Laman Pendidikan Islam KSSR..kali ni tentang bacaan dalam solat. Jom baca..
Selamat membaca, beramal dan vbermanfaat untuk semua..
- Mummy Ira -
Rahsia Berwudhu : Sains Moden Menurut Perspektif Al-quran
4/26/2015 12:31:00 PTG
Assalamualaikum..
kali ni Saya nak share ilmu ngan korang berkenaan rahsia wudhu..bagus dan kita boleh praktis dalam kehidupan seharian..dari http://www-ustazahaini2014.blogspot.com..
Rahsia Berwudhu : sains moden menurut perspektif Al-quran
Aktiviti
membasuh anggota tubuh manusia yang selalu terkena debu jelas merupakan sebuah
puncak nilai penting kesihatan secara umum. Bahagian – bahagian tubuh ini
sepanjang hari sensetif terhadap pelbagai mikro yang mengerikan yang berjumlah
jutaan dalam setiap sentimeter kubik udara. Mikro selalu bersiap untuk
menghancurkan tubuh manusia melalui sel sel kulit di kawasan yang terbuka. Dan
ketika kite berwudhu, mikro mikro ini akan hilang dan bersih dari permukaan
kulit, apalagi bila diikuti dengan menggosok yang baik dan menyempurnakan
wudhu.
Inilah
pedoman yang diajarkan Nabi Muhammad saw. Sehingga selepas wudhu tidak ada
bakteria atau kotoran apa pun yang tersisa pada tubuh kecuali yang telah
dikehendaki Allah swt.
1. BERKUMUR


Selain itu, berkumur akan memperkuatkan sebahagian otot wajah dan menjaga kesegaran dan peredaran wajah. Dan berkumur sebuah senam dasar yang dikenali para pakar pendidikan sukan. Senaman ini berguna untuk memberikan ketenangan jiwa pada seseorang jika dia mahir menggerakkan otot- otot mulutnya ketika berkumur.
2. MEMBASUH HIDUNG

Sebuah
penelitian ilmiah baru- baru ini yang dilakukan tim doctor dari Universiti
Alexandria (Mesir) membuktikan bahawa orang yang selalu berwudhu, hidung mereka
tampak bersih dan terbebas dari debu, bakteria dan mikro. Sudah makruf adanya
bahawa lubang hidung adalah salah satu tempat yang banyak didiami oleh sejumlah
mikro dan bakteria.
Dengan
sering membasuh hidung, menghisap air, dan
menghembuskannya dengan keras iaitu mengeluarkan air dari hidung dengan
kuat), maka lubang hidung kita akan bersih dan terhindar dari peradangan dan
bakteria. Penjagaan ini sangan penting kerana takut perpindahan bakteria atau
mikro ke bahagian organ tubuh yang lain.
MEMBASUH MUKA & TANGAN



Membasuh muka dan tangan sampai kedua dua siku mempunyai manfaat
yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan mikro. Serta menghilangkan peluh
dari permukaan kulit. Aktiviti ini juga membersihkan kulit dari bahan bahan
berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar
– kelenjar kulit. Jika kita tidak bersihkan secara rutin, kulit akan menjadi
sarang yang subur bagi kehidupan dan pertumbuhan baktiria dan mikro.
MEMBASUH KAKI


Membasuh kedua belah kaki disetai dengan gosokkan yang baik,
akan menimbulkan rasa tenang dan kedamaian kerana kaki memiliki reflector yang
boleh memantul ke seluruh sistem tubuh.
- Peredaran darah dihujung hujung bahagian atas tangan dan kedua lengan, hujung dibawah kaki betis, dan betis lebih lemah daripada organ organ lainnya kerana ianya terletak jauh dari pusat pengantur peredaran darah, iaitu jantung. Kerana itu membasuh semua hujung ini disetiap kali wudhu, disertai dengan gosokan dengan hati hati boleh memperkuatkan peredaran darah, sehingga boleh meningkatkan semangat dan daya hidup tubuh.
- Selain itu, kajian membuktikan bahawa sinar matahari, terutama sinar ultra Violet akan terdedah kepada penyakit kanser kulit. Dengan berwudhu, kulit kita terhindar dari sinaran tersebut dan dapat melembabkan permukaan kulit dengan air , khususnya ditempat tempat alergik terkena sinaran matahari dan dapat melindungi sel lapisan atas dan dalam kulit dari pelbagai kesan berbahaya sinar tersebut.
--------------
selamat membaca, beramal dan bermanfaat untuk semua..