Reneuf by La Estephe Mask Halal Pertama Di Malaysia Buat Muka Kembali Muda Dan Selembut Bayi
5/31/2019 10:13:00 PG
Assalamualaikum
Hari tu Mommy menang
giveaway dari rakan blogger Cekgu Norazimah dan dapat face mask dari Reneuf.
Ingatkan kena pergi ambil sendiri rupanya @myreneuf post kan hadiah ni sampai
ke rumah. Mommy dapat 2 kotak Reneuf Face Mask dan dalam setiap 1 kotak tu ada
7 pcs yang berlainan . Banyakkan. Puas hati pakai mask ni.
Reneuf mask ini
diformulasikan di Switzerland by La Estephe iaitu skincare industry expert di
Hong Kong. Reneuf mask ni juga menggunakan formula Baby Soft Skin iaitu
gabungan yang kaya dengan Yam Bean, Colloidal Gold dan Squalenen yang boleh pulihkan
kulit kita yang tidak bermaya dan kusam
kepada kulit yang lembut dan lembap macam kulit bayi.
Lagi best dan lebih
yakin kita nak guna Reneuf mask ni Reneuf mask merupakan face sheet mask
pertama yang mendapat Halal certification dari JAKIM. So korang tak perlu risau
atau ragu ragu nak menggunakan mask ini. Bila dah disahkan Halal JAKIM ini,
gerenti produk ini halal, selamat dan bersih untuk kita gunakan diwajah kita.
Terdapat 7 jenis
mask yang berbeza dan setiap mask ada berbeza fungsinya. Comel sangat packaging
Reneuf mask, siap ada muka baby comel kat depan packaging.
Vitamin E Brightening & Moisturising
Vitamin C Whitening & Moisturising
Almond Oil Nourishing & Moisturising
Papaya Extract Lifting & Firming
Witch Hazel Antioxidants & Protection
AHA Refreshing & Purifying
Hyaluronic Acid Extreme Hydrating &
Moisturising
1. Vitamin E Brightening & Moisturising
Ada antioksidan untuk mempercepatkan pemulihan sel dan dapat meremajakan kulit kita. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tidak sekata, kulit kusam dan gelap bawah mata.
2. Vitamin C Whitening & Moisturising
Vitamin C dapat
membantu membaiki dan menjana sel sel semula, dan mengehadkan kerosakan yang
disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV. Vitamin C juga boleh mengurangkan
kegelapan kulit,pigmentasi dan berkesan dalam mencerahkan kulit.Sesuai kalau
korang sedang penat, stress atau mahu
kelihatan lebih bertenaga dengan cepat.
3. Almond Oil Nourishing & Moisturising
Minyak badam manis
juga kaya dengan Vitamin E dan pelbagai kebaikan lain yang dapat membantu
memulihkan parut jerawat. Selain parut jerawat, mask ini juga dapat menenangkan
kulit selepas seharian terkena sunburnt. Guna mask with
Almond Oil ini dapat memulihkan dan menenangkan kulit yang terdedah tadi.
4. Papaya Extract Lifting & Firming
Ekstrak papaya
dipack dengan antioksidan dan enzim yang berkuasa untuk mempercepatkan
pembaikkan sel kulit dan membantu menghalang penuaan kulit.Kulit yang kelihatan
letih dibangkitkan semula untuk menjadikan kulit nampak lebih muda.Ekstrak
papaya ni sesuai sangat dengan kulit yang kering, terhidrasi, sensitif
,berminyak dan kulit berjerawat. Sangat sesuai bagi
anda yang selalu mengenakan solekan yang tebal
5. Witch Hazel Antioxidants & Protection
Witch Hazel adalah
satu bahan perubatan yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran minyak
secara berlebihan. Ia merawat kulit yang berjerawat dan mempercepakan penyembuhan di samping
menutup liang pori yang terbuka.
Sesuai bagi korang
yang selalu berada diluar, terkena udara kotor.
Witch Hazel sesuai
untuk kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat.
6. AHA Refreshing & Purifying
Alpha Hydraulics
Acids(AHA) diketahui mempunyai keupayaan untuk membuang tekstur kulit mati,
kasar dan kulit tidak sekata tanpa kerengsaan. Mask ini
mempunyai lima ekstrak botani iaitu bilberry, tebu, sugar maple, orange dan
limau yang akan memperbarui sel kulit mati dengan lebih cepat.Hasil penggunaan
yang berterusan mampu memberikan kulit wajah yang lebih muda, dengan penyerapan
langkah penjagaan kulit yang lebih baik.Sesuai bagi mereka
yang mempunyai
masalah whiteheads, blackheads dan mild acne.
7. Hyaluronic Acid Extreme Hydrating &
Moisturising
Mask merupakan best
seller dari produk Reneuf.Apabila umu semakin meningkat, tubuh kita kekurangan
asid Hyaluronic dan ini punca kulit kita kering dengan tanda liang pori
terbuka, timbul garis halus dan kedutan.Sheet mask Extreme Hydrating &
Moisturizing ni sangat disukai oleh
ramai orang kerana teksturnya yang ringan dan dapat mengunci kelembapan kulit. Jadi
mask ini dapat membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan
memulihkan kelembutan kulit kita.
Cara- cara guna mask
Reneuf :
- Pastikan kulit muka bersih
- Keluarkan mask dari paket mask
- Letak di muka dan adjust elok-elok di bahagian mata, hidung dan mulut
- Biar 15 ke 20 minit
- Lap muka dengan kain bersih, tak payah basuh muka tu.
Ada essence yang terlebih di bekas mask tu,
korang boleh sapu essence tu dan sapukan di bahagian leher dan tangan.
Kalau korang
teringin nak cuba boleh dapatkannya di @myreneuf atau di SASA, Robinson Gardens
& FSKL, LAZADA.
#Reneuf #MYHalalmask
#HalalBeautyMask
#ReneufByLaEstephe
~~~~~~~~~
Mommy Ira