Assalamualaikum..
Tempahan makan jugak diterima..jadi sesapa yang nak buat makan2 ka..
nak tempah boleh contact depa
Nampak macam biasa ja Food Truck ni tapi ramai yang singgah mai makan. Bertempat di hujung corner sederet rumah kedai seberang kilang Continental ( Syme Tyres ). Kalau turun dari titi Ampang Jajar, ikut traffic light kanan..masuk kiri rumah kedai. Kalau dari Mergong, ikut traffic light kiri.
Seawal 9 pagi dah ada. Kadang2 lambat sikit..maklumlah mai dari Jitra. Kiranya kita kena pi cepat sebabnya kalau lambat tempat duduk tak dak..tempat dok makan terhad. Kalau lambat alamatnya kena tunggu turn nak dok makan tak pun share meja dengan orang lain. Kalau tak salah Saya Food Truck ni habis berniaga ikut lauk tu ada ka tak lagi..kalau dah habis, tutup. Hari Jumaat & Sabtu cuti..
Gulai Ayam Kampung
Gulai Ikan
Gulai Itik
Ayam masak kicap
Favourite Saya mesti la Gulai Itik. Sedap jugak itik ni. Makan pula panas2 memang sedap. Macam harga pula..ayam kampng & itik besar..kira rm 6..harga yang lain Saya tak pasti. Saya rasa tak la mahal sangat..harga tu berbaloi dengan besar seketul ayam kampung & itik. Ramai yang kata murah..makan pun puas hati.
Macam biasa la..nak tau sedap ka tak..kena pi makan sendiri. Takut pulak satgi Saya kata sedap..ada pula yg kata tak sedap. Senang pi rasa n makan sendiri..☺☺☺
- Mummy Ira -