Cornflakes Caramel Gula Melaka | Syuhada Che Din

By Zahirah Dzahir - 1/24/2024 09:32:00 PG

 Assalamualaikum..

Cornflakes Caramel Gula Melaka



Bahan-bahan :
1kg cornflakes (ramas kasar atau halus)
250g mentega/ marjerin (guna yang salted)
300g gula melaka (potong kecil-kecil supaya cepat cair)
4 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan gula putih atau susu pekat)
Sehelai daun pandan (boleh skip kalau tak nak)
Acuan cawan kertas (paper cup)

Cara-cara :
1. Cairkan gula melaka dengan api perlahan.
2. Bila gula melaka dah mencair, masukkan gula perang dan kacau sebati. Masa ni berhati-hati ye.
3. Masukkan butter dan daun pandan.
4. Dah cair dan sebati kesemuanya, boleh tutup api.
5. Masukkan cornflakes ke dalam adunan gula melaka ataupun tuang adunan gula melaka ke dalam bekas cornflakes. Gaul sebati sehingga cornflakes disaluti dengan sempurna.
6. Sudukan cornflakes ke dalam cawan kertas dan tekan bagi padat. (Nak masuk dalam cup yang kecil tu pun boleh, tak payah tekan)
7. Kemudian bakar selama 10 minit, dalam suhu 160'c.
8. Sejukkan dulu kemudian baru keluarkan daripada acuan.

Kalau tak nak bakar pun boleh. Tapi lagi best bakar sekejap, biar cornflakes tu lebih melekat sesama diorang

Selamat mencuba.

kredit fb
Syuhada Che Din
#dapurciktom

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!