Assalamualaikum..
Meraih 10 Malam TerakhKeajaiban bulan Ramadan memang istimewa. Tidak terdapat pada bulan-bulan lain, sehingga Ramadan diberi julukan sebagai ‘sayyidul syuhur’ atau penghulu segala bulan. Wajarlah jika Rasulullah SAW, para sahabat, dan orang-orang salih terdahulu sentiasa menjadikan Ramadan untuk meraih sebanyak-banyak keuntungan pahala dalam meningkatkan kualiti ibadah Ramadan
Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir Ramadan telah banyak disebutkan dalam al-Quran dan as-sunnah. Di antaranya, terjadinya Lailatulqadar yang merupakan malam diturunkan al-Quran dan dicatatnya di Luh Mahfuz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Baginda bersabda bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada tarikh ganjil sepuluh malam terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari).
Orang-orang yang beribadah solat pada malam Lailatulqadar maka dosanya yang telah lalu akan diampunkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan barang siapa yang berdiri (solat sunat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap reda ALLAH maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Fadhail Ramadan).
ALLAH tidak mentakdirkan selain keselamatan pada malam Lailatulqadar itu, di mana hal ini tidak terjadi pada malam-malam lainnya yang terdapat keselamatan dan bencana. Pada malam itu pula para malaikat menyampaikan ucapan selamat sejahtera kepada orang-orang beriman sampai terbitnya fajar.
Penjelasan tersebut disampaikan oleh an-Nasafi dalam Madarikut Tanzil wa Haqaiqut Ta’wil dan Az-Zamakhsyari dalam Al-Kasysyaf ketika keduanya mentafsirkan ayat ke-5 dari Surah al-Qadar.
Masih banyak lagi keajaiban-keajaiban lainnya yang menegaskan keutamaan dan kelebihan bulan Ramadan khususnya pada 10 malam terakhir. Semua itu untuk mengukuhkan keimanan seorang mukmin dan mendekatkan dirinya dengan ALLAH SWT. Sehingga ALLAH sangat menyintai dan menyayangi hamba-Nya yang Dia sediakan di bulan al-mubarak itu satu malam untuk dijadikan kesempatan oleh hamba-hamba-Nya bagi bekalan hidup di dunia dan akhirat kelak.
Aktiviti-aktiviti untuk mengisi Ramadan terutama pada 10 malam terakhir telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, iaitu:
# Iktikaf - diam di masjid dengan niat khusus dan disertai ibadah. Imam Nawawi dalam kitab An-Nihayah menyatakan, iktikaf sebagai menepati sesuatu dan menempatinya. Maka orang yang menetap di masjid dengan melaksanakan ibadah di dalamnya disebut orang beriktikaf. Ibnu Umar berkata : “Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).
# Memperbanyak sedekah. Ibnu Abbas berkata : “Rasulullah SAW adalah orang yang sangat dermawan kepada siapapun, dan pada bulan Ramadan Baginda lebih dermawan lagi saat Jibril menemui Baginda.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).
# Banyak baca al-Quran- kerana pahala membacanya akan dilipatgandakan melebihi pahala bulan selain Ramadan. Ramadan juga diturunkan al-Quran buat pertama kali kepada Nabi SAW. Oleh kerana itu para ulama terdahulu lebih banyak mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan. Imam Syafi’i biasa mengkhatamkannya sebanyak 60 kali.
# Melakukan ibadah umrah Ramadan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Umrahlah kamu pada bulan Ramadan setara dengan melaksanakan ibadah haji.” (Riwayat an-Nasa’i).
# Memperbanyak doa. Daripada Saidatina Aisyah ia berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, bagaimana jika suatu malam aku mengetahui bahawa itu malam Lailatulqadar, apa harus aku baca? Baginda bersabda, bacalah yang bermaksud: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf maka ampunilah aku.” (Riwayat Tirmizi).
# Memperbanyak solat sunat. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang bangun (untuk solat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).-
sumber sinar harian
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
"Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dlmnya
terdpt ubat yg menyembuhkan bg manusia. Sesungguhnya pada yg demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi yg memikirkan"
Madu
merupakan salah satu bahan alami yang kaya dengan khasiat dan nutrisi untuk
kesihatan serta dunia kecantikan. Ya, salah satu ubat yang boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit.
Tapi sayangnya kalau anda tidak boleh membezakan dengan baik antara madu asli dan buatan. Untuk madu asli, boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan nutrisinya tak akan pernah 'ghaib'.
Apalagi, jika kalau anda menyimpan madu tersebut dengan cara yang betul. Jom semak cara menyimpan madu asli agar tahan lama dan nutrisinya tak pernah hilang...
1. Simpan Madu di Tempat Tertutup
Pastikan menyimpan madu di tempat yang tertutup dan bersih macam botol. Ini boleh buat madu tahan lama dan nutrisi tetap bagus. Menyimpan madu di tempat terbuka akan buat madu jadi cair, mudah dihinggap lalat atau serangga.
Tapi sayangnya kalau anda tidak boleh membezakan dengan baik antara madu asli dan buatan. Untuk madu asli, boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan nutrisinya tak akan pernah 'ghaib'.
Apalagi, jika kalau anda menyimpan madu tersebut dengan cara yang betul. Jom semak cara menyimpan madu asli agar tahan lama dan nutrisinya tak pernah hilang...
1. Simpan Madu di Tempat Tertutup
Pastikan menyimpan madu di tempat yang tertutup dan bersih macam botol. Ini boleh buat madu tahan lama dan nutrisi tetap bagus. Menyimpan madu di tempat terbuka akan buat madu jadi cair, mudah dihinggap lalat atau serangga.
2.
Simpan
di Tempat Yang Tidak Terkena Sinar Matahari
Pastikan madu disimpan di tempat yang tidak terkena sinar matahari. Bukan hanya membuat nutrisi makin berkurang, malah madu yang disimpan di tempat yang terkena sinar matahari akan membuat warna madu menjadi lebih hitam dan tidak menarik.
Pastikan madu disimpan di tempat yang tidak terkena sinar matahari. Bukan hanya membuat nutrisi makin berkurang, malah madu yang disimpan di tempat yang terkena sinar matahari akan membuat warna madu menjadi lebih hitam dan tidak menarik.
3. Jangan Simpan Madu Dalam Bekas Logam
Simpan madu di dalam bekas yang terbuat daripada kaca atau plastik. Ingat ya, jangan sekali menyimpan madu di dalam bekas dari logam kerana madu akan cepat rosak dan berubah menjadi racun sebab zat kimia berbahaya pada logam akan 'bersatu' dengan madu. Nak makan pun, jangan guna sudu besi ya! Hilang khasiatnya....
4. Bekas Bersih dan Kering
Satu titis air saja boleh membuat madu mudah rosak dan berbisa. Jadi simpanlah madu dalam bekas kering dan bersih.
Wanita, itulah cara paling mudah menyimpan madu agar tahan lama. Semoga cara ini bermanfaat dan madu yang anda simpan di rumah boleh tahan lama serta terjaga nutrisinya
mingguan wanita
- Mommy Ira -
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan | Pelengkap Mandian Si Jejaka
5/25/2018 09:49:00 PTG
Assalamualaikum..
Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan | Pelengkap Mandian Si Jejaka
Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
·
Cool
·
Active
·
Hattrick
·
Ultimate Kick.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Pilihan Haziq Ultimate Kick. Wangi katanya
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.
Untuk maklumat
lanjut boleh layari :
Instagram
Mommy Ira