Assalamualaikum..
Apa Itu Protein
Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..
Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids(EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.
Protein ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )
Protein ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gram (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
SUMBER DARI Portal Rasmi Fatwa Malaysia mengatakan :-
Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) - GMO
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1.Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.
2.Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.
3.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang.
*************************
Makanya, dengan itu, jgn khuatir dan jangan bimbang jika anda memilih ESP sebagai sarapan pagi, supper & dinner anda!! ESP Shaklee bebas GMO!!
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, 1gm rendah lemak sahaja, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Sebab itulah ia mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dapat mengatasi masalah gastrik dan memberikan tenaga segera!
TAHUKAH ANDA APA ITU INDEKS GLISEMIK? (sumber : Blog Dr. Norman)
Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan.
Kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang ditetapkan. Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya. Bacaan Indeks Glisemik Rendah bagi SESUDU ESP adalah '39' yang mana bersamaan dengan bacaan G.I sebiji epal.
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.
Manfaat Utama ESP
- Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber/menggelebeh). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi mereka kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
- Pengambilan oleh IBU MENGANDUNG sgt digalakkan kerana akan mencegah daripada membantutkan pertumbuhan anak-anak.
- Rambut, Kuku, dan kulit hampir keseluruhannya adalah protein.
- Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
- Kaya dengan isoflavones yang membantu menstabilkan hormon wanita.
- Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
- Genistein berkeupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser.
- Sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
- Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
- Membekal tenaga dengan segera terutamanya bagi ibu menyusu dan mengandung yang sering mengalami keletihan.
- Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
- Bagi ibu menyusu, ia membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.
AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN DALAM BADAN
- Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.
- Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan.
- Kehilangan kepejalan otot.
- Perubahan warna rambut.
- Membantutkan pertumbuhan terutamanya terhadap bayi di dalam kandungan.
- Masalah penghadaman.
- Masalah penghasilan darah dan hormon yang stabil.
- Boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
# TESTIMONI 1 =
PENYAKIT GASTRIK YANG DIHIDAP BERPULUH TAHUN HILANG!
# TESTIMONI 2 =
KULIT GEBU MAKIN BERSERI!!