Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics untuk Rambut Sihat & Lebat
4/28/2022 12:04:00 PTG
Assalamualaikum..
BIla kita ada rambut ni mesti nak kena cuci. Bila nak cuci mesti kena guna syampu. Macam yang kita tahu, rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Sudah semestinya, penting kita jaga rambut kita. Tambah bagi mereka yang berhijab. Kesihatan rambut harus dijaga supaya kita tampil segar dan berkeyakinan sepanjang hari.
Dekat pasaran memang ada banyak jenis syampu. Cumanya antara sesuai dengan kita atau pun tak ja. Tentu korang tahu tentang Safi Shayla. Jom nak cerita.
Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab
Haircare Expert) telah memperkenalkan produk terbaru mereka dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan
keseimbangan & kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai
rambut berhijab yang lebih sihat & lebat.
Objektif utama Safi Shayla ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab yang perlukan penjagaan khas untuk kulit kepala dan rambut mereka . Teknologi baharu Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu wanita yang berhijab agar lebih selesa kekal bertudung sepanjang hari.
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI) , kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab . Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik . Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap .
Hasilnya , pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur , rambut gugur & kulit kepala berbau dan gatal mudah berlaku kepada yang berhijab .
Bagi mengembalikan semula keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk
membantu penumbuhan bakteria baik.
Ia diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut .
Bagi membantu mengatasi masalah rambut bau ketika berhijab, rangkaian Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics juga dipertingkatkan untuk
memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 jam. Tersedia dalam
pelbagai variasi yang khas dirumus iaitu :
Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla – berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur , serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin .
Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla – menguatkan struktur rambut dari akar , kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh .
Syampu Licin Terurus – melembut dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus . Rambut licin , lembut & senang disikat , tidak lagi frizzy dan serabut .
Syampu Segar Bermaya – rasa segar dengan sensasi dinginnya , syampu ini akan membersih secara mendalam dan mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut ringan , segar dan bermaya.
Syampu Itch Kontrol – menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa .
Mommy juga salah seorang pengguna syampu Safi Shayla. Syampu pilihan Mommy Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla. Sesuai dengan kulit kepala dan rambut Mommy dan memang Mommy rekemen buat mereka yang berhijab untuk mencuba Safi Safi Shayla - Hijab Scalp Biotics. Tak pun, boleh ja pilih syampu mana yang sesuai dengan rambut korang. harganya pun amat berpatutan.
Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics
Boleh dapatkan Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian dan di kedai-kedai yang berhampiran anda
Korang juga boleh dapatkan di laman e-dagang rasmi
~~~~~~~
Mommy Ira