Cara Untuk Merawat dan Menghilangkan Kulit Berpanau
1/17/2015 08:23:00 PG
Assalamualaikum..
Panau
Apakah penyakit panau?
Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Bagaimanakah rupa penyakit panau?
Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.
Gambar-gambar berikut menunjukkan kepelbagaian warna pada tompok-tompok panau.
Siapa yang mendapat panau?
Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.
Bagaimanakah diagnosis panau dibuat?
Kebiasaannya diagnosa dibuat berdasarkan rupa panau di bahagian badan dan disahkan dengan penggunaan mikroskop. Ini melibatkan pengambilan sampel dengan cara kikisan atau penggunaan cellophane tape. Dengan menggunakan mikroskop, kulat seolah-olah berupa sphaghetti dan bebola “daging”. Penggunaan Wood’s lamp dengan sinaran ultraungu pada gelombang 365nm boleh menunjukkan warna kekuningan pada bahagian badan yang mempunyai panau bagi sesetengah kes.
Adakah panau itu berjangkit?
Adakah panau kerap berlaku?
Panau kerap berlaku di kawasan tropika dengan insiden setinggi 40%.Antara punca kulit berpanau adalah:
- Sistem imun badan rendah menyebabkan jangkitan kulat ataupun yis pada kulit
- Selalu pakai pakaian di dalam keadaan lembap-lembap ataupun basah. Contoh baju baru dijemur di ampaian terus angkat dan pakai. Ataupun memakai pakaian yang baru dijemur dan masih dalam keadaan panas.
- Keadaan badan ‘panas’ yang baru lepas melakukan aktiviti terus membasuh muka ataupun mandi. Berlawanan suhu panas dan sejuk menyebabkan terjadinya bakteria.
- Mempunyai jenis kulit berminyak
- Kurang menjaga kebersihan diri
- Membuang kalenjar adrenal
- Perubahan hormon dalam badan semasa mengandung
Bagaimanakah panau dirawat?
Panau boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat
makan/sistemik. Ubat sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan
dibahagikan kepada jenis ubat yang tidak spesifik terhadap kulat dan
antikulat.Contoh-contoh ubat tidak spesifik terhadap kulat:
- Losyen 2.5% selenium sulphide
- Propylene glycol
- Whitfield’s ointment
- Kumpulan azole – clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
- Krim terbinafine
Cara yang lain untuk merawat panau
- Gunakan ramuan mentega, serbuk kunyit dan serbuk cedana (sandalwood powder) untuk dijadikan seperti masker dan diletakkan pada kulit berpanau dalam setengah jam sebelum dibersihkan. Lakukan dengan sekerap mungkin.
- Anda boleh menggunakan bawang putih kerana ia mempunyai sifat anti kulat. Boleh digosok pada kulit berpanau ataupun makan secara mentah jika anda mampu tahan dengan baunya. Lakukan dengan sekerap mungkin.
- Boleh menggunakan yogurt yang asli ataupun tidak berperisa untuk dijadikan sebagai masker di bahagian yang berpanau. Kerana yogurt adalah agen terbaik untuk mematikan kulat ataupun yis.
- Boleh menggunakan limau dan kapur dicampur untuk disapukan pada kulit berpanau selepas mandi. Limau boleh menormalkan pH kulit kita.
- Jaga kebersihan diri dengan kerap mandi selepas badan berpeluh. Elakkan daripada berkongsi baju ataupun tuala yang lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat (yis).
Bolehkah panau itu sembuh?
Ya. Secara keseluruhannya pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang
tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pucat
mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum warna kulit kembali
seperti sedia kala. Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal.
Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel
pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan panau daripada berulang?
Kadar penyakit ini berulang adalah setinggi 60% pada tahun pertama. Losyen selenium suphide
boleh digunakan sebulan sekali untuk mengelakkan panau daripada
berulang. Kadang-kala pengambilan ubat sistemik antikulat selama sehari
atau sehingga tiga hari sebulan turut membantu.sumberhttp://www.myhealth.gov.my/ dan google | |||||||||||||||