Apa Yang Perlu Difahami Tentang TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS)
3/14/2019 05:47:00 PTG
Assalamuakaikum..
Ok, walaupun Mommy ada anak kembar, ada juga info yang masih Mommy tak tahu.
Info yang baru Mommy ada terjumpa dalam fb tentang TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS). Mommy pun kurang pasti apa maksud dia. Sini Mommy kongsikan info tentang ( TTTS ) ni dari FB puan Marliza Roslee
-------
TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS)
TWIN TO TWIN TRANFUSION SYNDROME IS A POWERFUL DISEASE BUT
IT IS NOT STRONGER THAN A MOTHER’S LOVE
Sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni tapi belum
ada kesempatan nak buat. Alhamdulillah Allah bagi masa untuk saya share benda
ni pada semua.
Pernah terfikir tak kenapa kalau ibu-ibu mengandung kembar
lebih daripada satu, nurse dan doktor akan berikan priority sikit berbanding
ibu yang single pregnancy. Salah satu sebabnya ialah TWIN TO TWIN TRANFUSION
SYNDROME (TTTS). TTTS adalah satu komplikasi yang serius yang berlaku kepala
kandungan kembar yang berkongsi satu uri atau MonoChorionic. 10-15% daripada
kandungan ini berpotensi untuk mendapat TTTS.
TTTS merupakan aliran darah yang tidak sama untuk kedua-dua
fetus yang disebabkan perkongsian saluran darah yang sama melalui satu uri.
Bagi kes yang serius, salah satu kembar (Recipient Twin) atau Penerima akan
lebih besar dan dikelilingi dengan air ketuban yang sangat banyak berbanding
dengan kembar yang lain (Donor Twin) atau Penderma yang akan kelihatan lebih
kecil dan air ketuban yang sikit. Donor Twin juga akan melekat pada dinding
rahim disebabkan air ketuban yang semakin berkurang.
Ibu-ibu boleh mengetahui tanda TTTS dengan melakukan
ultrasound dimana petanda awalnya ialah perbezaan kandunga air ketuban yang
sangat banyak untuk kedua-dua kembar. Disini saya kongsikan stage untuk TTTS
ini:
Stage 1: Kandungan
air ketuban tak sama. (<2cm donor) dan (>8cm recipient). Perbezaan berat
sebanyank 20%.
Stage 2: Pundi kencing untuk Donor Twin dah tak nampak atau
pundi kencing tidak dipenuhi dengan air kencing bila doctor scan dengan
ultrasound.
Stage 3: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah.
Stage 4: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah
yang mengakibatkan kegagalan jantung.
Stage 5: Satu atau kedua-dua kembar meninggal dunia
disebabkan TTTS yang teruk.
Untuk Stage 1, pemeriksaan berkala sudah memadai. Untuk
Stage 2 dan ke atas, pembedahan janin adalah salah satu pilihan yang ada.
Rawatan yang boleh dilakukan untuk TTTS termasuklah Serial
Amnireduction dimana doctor akan melakukan pembuangan air ketuban pada
Recepient Donor. Kekerapan rawatan ini bergantung kepada keadaan janin dan
kandungan air ketuban. Rawatan ini dilakukan untuk mengelakkan kelahiran tidak
cukup bulan. Peratus kejayaan untuk rawatan ini adalah 60-70%.
Rawatan seterusnya ialah Laser Photocoagulation of
Communicating Vessels.
Rawatan ni agak menarik sikit, dimana doktor akan memisahkan
saluran darah yang menghubungkan kedua-dua kembar menggunakan Laser Fibre dan
Fetoscope atau lebih dikenali sebagai Laser Surgery.tetapi rawatan ini hanya
boleh dibuat pada usia kandungan 18-26 minggu.
Kat mana rawatan ni boleh dibuat? Untuk Malaysia, Hospital
Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak sahaja ada menyediakan rawatan ini yang
dilakukan oleh DR Japaraj. Tapi,saya baru dapat tahu yang DR Japaraj meninggal
dunia pada 3 September 2018 . Saya dalam proses mencari siapa lagi yang boleh
melakukan pembedahan ini selain beliau tapi masih belum jumpa. Sekarang tengah
menunggu maklum balas daripada HRPB dan seorang Prof dari IIUM Kuantan. Saya
akan update kalau dah dapat ye.
This is how they look like inside the womb
This is how laser surgery done.
p/s: Beza berat antara kedua-dua kembar bukan penentu TTTS
ye ibu-ibu. Nanti saya share pulak macam mana saya tahu twins saya TTTS. They
are fighters. <3
Ni pengalaman saya. Tekan link ni ye
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2519736408068694&id=100000970776316
For mommies out there yg ada pengalaman do share here.
Rujukan :
1. http://www.japaraj.com/
2.
https://www.ssmhealth.com/cardinal-glennon/fetal-care-institute/twin-abnormalities/twin-twin-transfusion-syndrome
3. https://www.tttsfoundation.org/laser_centers.php
4. https://www.malaysiakini.com/letters/441599
kredit FB puan Marliza Roslee