Apa Yang Perlu Difahami Tentang TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS)

By Zahirah Dzahir - 3/14/2019 05:47:00 PTG




Assalamuakaikum..

Ok, walaupun Mommy ada anak kembar, ada juga info yang masih Mommy tak tahu. 


Info yang baru Mommy ada terjumpa dalam fb  tentang TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS). Mommy pun kurang pasti apa maksud dia. Sini Mommy kongsikan info tentang ( TTTS ) ni dari FB puan Marliza Roslee

-------
TWIN TO TWIN TRANSFUSION SYNDROME (TTTS)


TWIN TO TWIN TRANFUSION SYNDROME IS A POWERFUL DISEASE BUT IT IS NOT STRONGER THAN A MOTHER’S LOVE

Sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni tapi belum ada kesempatan nak buat. Alhamdulillah Allah bagi masa untuk saya share benda ni pada semua.

Pernah terfikir tak kenapa kalau ibu-ibu mengandung kembar lebih daripada satu, nurse dan doktor akan berikan priority sikit berbanding ibu yang single pregnancy. Salah satu sebabnya ialah TWIN TO TWIN TRANFUSION SYNDROME (TTTS). TTTS adalah satu komplikasi yang serius yang berlaku kepala kandungan kembar yang berkongsi satu uri atau MonoChorionic. 10-15% daripada kandungan ini berpotensi untuk mendapat TTTS.

TTTS merupakan aliran darah yang tidak sama untuk kedua-dua fetus yang disebabkan perkongsian saluran darah yang sama melalui satu uri. Bagi kes yang serius, salah satu kembar (Recipient Twin) atau Penerima akan lebih besar dan dikelilingi dengan air ketuban yang sangat banyak berbanding dengan kembar yang lain (Donor Twin) atau Penderma yang akan kelihatan lebih kecil dan air ketuban yang sikit. Donor Twin juga akan melekat pada dinding rahim disebabkan air ketuban yang semakin berkurang.

Ibu-ibu boleh mengetahui tanda TTTS dengan melakukan ultrasound dimana petanda awalnya ialah perbezaan kandunga air ketuban yang sangat banyak untuk kedua-dua kembar. Disini saya kongsikan stage untuk TTTS ini:

Stage 1:  Kandungan air ketuban tak sama. (<2cm donor) dan (>8cm recipient). Perbezaan berat sebanyank 20%.

Stage 2: Pundi kencing untuk Donor Twin dah tak nampak atau pundi kencing tidak dipenuhi dengan air kencing bila doctor scan dengan ultrasound.

Stage 3: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah.

Stage 4: Aliran darah yang tidak seimbang pada salur darah yang mengakibatkan kegagalan jantung.

Stage 5: Satu atau kedua-dua kembar meninggal dunia disebabkan TTTS yang teruk.

Untuk Stage 1, pemeriksaan berkala sudah memadai. Untuk Stage 2 dan ke atas, pembedahan janin adalah salah satu pilihan yang ada.

Rawatan yang boleh dilakukan untuk TTTS termasuklah Serial Amnireduction dimana doctor akan melakukan pembuangan air ketuban pada Recepient Donor. Kekerapan rawatan ini bergantung kepada keadaan janin dan kandungan air ketuban. Rawatan ini dilakukan untuk mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan. Peratus kejayaan untuk rawatan ini adalah 60-70%.

Rawatan seterusnya ialah Laser Photocoagulation of Communicating Vessels.


Rawatan ni agak menarik sikit, dimana doktor akan memisahkan saluran darah yang menghubungkan kedua-dua kembar menggunakan Laser Fibre dan Fetoscope atau lebih dikenali sebagai Laser Surgery.tetapi rawatan ini hanya boleh dibuat pada usia kandungan 18-26 minggu.

Kat mana rawatan ni boleh dibuat? Untuk Malaysia, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak sahaja ada menyediakan rawatan ini yang dilakukan oleh DR Japaraj. Tapi,saya baru dapat tahu yang DR Japaraj meninggal dunia pada 3 September 2018 . Saya dalam proses mencari siapa lagi yang boleh melakukan pembedahan ini selain beliau tapi masih belum jumpa. Sekarang tengah menunggu maklum balas daripada HRPB dan seorang Prof dari IIUM Kuantan. Saya akan update kalau dah dapat ye. 


 This is how they look like inside the womb

 This is how laser surgery done.

p/s: Beza berat antara kedua-dua kembar bukan penentu TTTS ye ibu-ibu. Nanti saya share pulak macam mana saya tahu twins saya TTTS. They are fighters. <3

Ni pengalaman saya. Tekan link ni ye

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2519736408068694&id=100000970776316

For mommies out there yg ada pengalaman do share here.

Rujukan :

1. http://www.japaraj.com/

2. https://www.ssmhealth.com/cardinal-glennon/fetal-care-institute/twin-abnormalities/twin-twin-transfusion-syndrome

3. https://www.tttsfoundation.org/laser_centers.php

4. https://www.malaysiakini.com/letters/441599

kredit FB puan Marliza Roslee

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!