Assalamualaikum..
Sapa suka makan tempoyak..sapa suka makan petai. Elok sangat buat menu ni. Walaupun Mommy tak makan 2 benda ni tapi Mommy nak share jugak resepi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis pedas dari kak Atie Jumaat. Tapi tengok gambaq pun dah sedap. Mommy nak buat pun, isi dalam rumah ni tak makan petai tempoyak ni. Tak tau pasai pa pakat tak makan menu ni. pasai tak teringin nak makan la kot nooo.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI
Bahan-bahan
Petai 2 cawan
Ikan bilis 2 cawan
Tempoyak 3 sudu makan
Bawang kecik 3 biji
Bawang putih 3 biji
Belacan sikit
Cili padi merah/hijau campur2 20 tangkai
Daun kunyit 2 helai — hiris
Gula garam secukup rasa
Caranya ;
1. Goreng dulu ikan bilis
2. Kisar bawang cili padi belacan (kasar2). Terus tumis bahan kisar sampai pecah minyakmasukkan tempoyak, daun kunyit dan air.. agak2
3. Masukkan petai gula garam secukup rasa..nak kuah buh air panas lagi.. biarkan mendidihkejap..last sekali masukkan ikan bilis goreng..
kacau2… padamkan api.. siap..
Mudah sangat resepinya. Yang penting kena ada 2 bahan penting tu ja, petai tempoyak. Kalau rajin dan ada bahan dia..cuba buat.
Selamat mencuba.