Assalamualaikum..
Banyak sangat la pulak keluar filem pasai superheroes ni..yang bestnya semua MAN kat belakang..Ikutkan dah tengok Spider-Man, Batman, Superman. X-Men, Iron Man..ni nak kluaq plak dah..ANT-MAN..keluaran Marvel la jugak.rasanya keluar wayang bulan Julai 2015 ni..nak tau dengan lebih lanjut..boleh google..
Jom kita tengok prebiu sikit saya copy dari Youtube..
- Mummy Ira -
Godzilla [Review]
Godzilla atau Gojira merupakan filem raksasa tahun 1954 yang berasal dari Jepun. Ia pernah dibikin semula dalam tahun 1998 dan kemudiannya dibuat kartun animasi. Dalam filem tahun 1998, Godzilla digambarkan sebagai raksasa jahat dan “rekabentuk” raksasa tersebut yang menyerupai dinosaur T-Rex tidak langsung membantunya.Sebelum menonton filem Godzilla terbaru ini, saya berusaha sedaya upaya untuk tidak melayan sebarang spoiler kerana saya mendengar jalan ceritanya berbeza dari filem sebelumnya. Malah Godzilla juga tidak digambarkan sebagai watak jahat. Ini menarik minat saya untuk menontonnya.
Tanpa mendedahkan butiran yang mendalam, dalam filem terbaru ini terdapat lebih dari satu raksasa di bumi dan Godzilla merupakan raksasa paling berkuasa di mana ia mengimbangi sebarang ketidakseimbangan yang berlaku akibat kehadiran raksasa lain secara aktif.
Di tengah-tengah ketidakseimbangan itu, manusialah yang tersepit di antara kedua jenis raksasa itu.
Jalan Cerita
Secara jujurnya, mungkin saya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada jalan cerita filem ini dan akhirnya ia tidak mencapai apa yang diharapkan. Secara ringkasnya, filem ini cuba menterjemahkan sebuah filem raksasa/manga mengikut pendekatan sebuah filem Sci-fi.Beza antara filem berasaskan manga dan sci-fi ialah dalam filem mangga, ia lebih berunsurkan fantasi dan perkara-perkara luar biasa seperti bebola api yang keluar dari mulut raksasa tidak memerlukan penerangan saintifik (walaupun penerangan tersebut tidak benar), manakala sebuah filem scifi memerlukan penerangan saintifik (walaupun palsu) untuk menjustifikasikan perkara luar biasa yang berlaku dalam filem tersebut.
Filem ini cuba untuk menerapkan unsur saintifik sepanjang filemnya, terutamanya apabila ia mahu menerangkan dari mana datangnya raksasa-raksasa terlibat, namun setelah melihat Godzilla mengeluarkan api biru dari mulutnya, ia telah mula kelihatan seperti sebuah filem Ultraman.
Dari segi jalan ceritanya, ia bercorak linear di mana apa yang berlaku seterusnya mungkin dapat dijangka oleh penonton dan tiada banyak putar belit yang boleh menjadikan filem ini lebih menarik. Tambahan pula perkembangan jalan ceritanya agak tergesa-gesa seolah-oleh ia mahu memasukkan terlalu banyak isi dalam masa yang singkat.
Sungguhpun demikian, skala krisis raksasa yang sangat besar yang digambarkan dalam filem ini masih mampu membuatkannya kelihatan gempak dan tidak membosankan. Debaran melihat pemburuan raksasa oleh pihak tentera serta babak-babak perlawanan antara raksasa juga membuatkan penonton tidak berganjak dari panggung.
Lakonan
Selain beberapa pelakon utama dalam filem ini, lakonan kebanyakan pelakonnya, terutamanya pelakon tambahan agak mendukacitakan. Watak hero dan anaknya agak kaku dan pelakon tambahan yang sepatutnya lari ketakutan, berlari seolah pergi bergogging. Dengan kata lain, tiada siapa akan memenangi anugerah pelakon terbaik dalam filem ini.Kesimpulan
Kebaikan:- Skala krisis raksasa yang digambarkan dalam filem ini agak gempak.
- Kesan khas, terutamanya raksasa-raksasa dan jentera peperangan seperti jet pejuang dan helikopter dibuat dengan baik.
- Watak Gozilla lebih menarik dalam filem ini
- Jalan cerita yang berkembang dengan terlalu cepat dan kelam-kabut.
- Lakonan pelakon tambahan yang kaku.
- Walaupun bahagian pengenalan pada filem ini dibuat dengan baik, jalan cerita yang ringkas tidak mendatangkan kepuasan.
Bukanlah pula dimaksudkan bahawa filem ini sebuah filem yang buruk, tetapi pada masa yang sama I juga bukan filem terbaik. Anda bolehlah menonton filem ini bersama kawan-kawan, namun jangan terkejut, pada musim cuti sekolah ini, ramai kanak-kanak akan turut menonton filem in bersama ibu bapa mereka seterusnya mengganggu konsentrasi anda.
credit
- mummy ira -
Captain America Winter Soldier
Filem pertama Captain America The First Avenger memberi pengenalan kepada Captain American dan musuhnya, Hydra yang merupakan cawangan rahsia pihak Nazi semasa perang kedua. Dalam filem kedua, Captain America Winter Soldier, Hydra yang disangka musnah kembali untuk mendatangkan kerosakan kepada dunia.
Captain America Winter Soldier [Review]
Captain America Winter Soldier merupakan filem kedua Captain America, di mana selepas beliau dinyahbekukan setelah 70 tahun berada dalam keadaan beku ekoran kapal terbangnya terhempas di kawasan Antartika.
Kali ini organisasi Shield berada dalam situasi bahaya setelah Nick Fury, ketua Shield telah diserang dan “dibunuh” oleh satu musuh yang tidak diketahui dipanggil The Winter Soldier. Sebelum dibunuh, Nick Fury mengarahkan Captain America untuk tidak mempercayai sesiapa dalam Shield kerana beliau merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena berlaku dengan organisasi tersebut.
Kini Captain America dipertanggungjawabkan untuk membongkar apa di sebalik maklumat rahsia yang deskripsikan yang diperolehi dari kapal Shield yang dirampas. Apakah maklumat rahsia ini dan apa kaitannya dengan mereka yang membunuh Nick Fury? Bagaimanakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.
Jalan Cerita
Jalan cerita filem ini antara paling menarik dalam filem-filem Marvel, di mana walaupun tidak kompleks, ia menyajikan liku-liku penyiasatan yang menarik di samping aksi-aksi yang mendebarkan. Tiada babak-babak membazir yang jelas, setiap isi cerita ditampilkan dalam rentak berterusan.
Musuh sebenar kepada Shield diperkenalkan agak awal dalam filem ini tetapi situasi di mana musuh itu berada menjadikan jalan ceritanya sangat menarik. Anda akan faham apa maksud saya apabila anda menonton filem ini. Saya tidak boleh mendedahkannya kerana takaut menjadi spoiler pula.
Ia akan mempunyai penamat yang agak tidak dijangkakan dan seperti biasa juga, pastikan anda menonton babak rahsia selepas kredit filem untuk melihat preview kepada filem akan datang. (Pembayang : Ia bukan sahaja berkaitan Captain America sahaja, malah seluruh dunia superhero Marvel).
Lakonan
Pada pendapat saya, persembahan terbaik dari segi lakonan ialah babak-babak lawan dalam filem ini yang kelihatan paling hebat dalam filem Marvel setakat ini. Koreografi babak lawannya sehebat filem Kungfu Hong Kong. Ditambah pula dengan senjata api, babak lawannya sememangnya tarikan paling menarik dalam filem ini.
Walaubagaimanapun, lawak jenaka dalam filem ini dikurangkan kepada minimum, jadi anda tidak dijangka mendengar gelak ketawa dalam panggung.
Lakonan watak Natasha atau Black Widow lebih berani kali ini dengan aksi yang lincah dan berani serta beberapa aksi agak intim dengan Captain Amerika. Captain Amerika pula, seperti biasa merupkan satu watak yang idealistik dan jujur.
Anda juga akan diperkenalkan dengan watak Winter Soldier dan dijangka beliau akan muncul dalam filem-filem akan datang.
Kesimpulan
Kebaikan
- Babak dan isi filem ditampilkan secara berterusan tanpa banyak babak membazir.
- Jalan cerita yang menarik, tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas.
- Babak lawan yang dikoreografi dengan baik.
- Aksi secara keseluruhan yang mendebarkan
Keburukan
- Tiada keburukan yang jelas boleh dilaporkan
Captain Amerika Winter Soldier merupakan sebuah filem wajib tonton kerana ia boleh dikatakan filem Marvel yang paling sempurna setakat ini. Jalan ceritanya tidak terlalu kompleks dan tidak terlalu ringkas membolehkan ia diminati oleh setiap peringkat penonton.
Ia juga tidak mempunyai cliche-cliche yang biasa dikaitkan dengan filem Holiwood berunsurkan komik seperti Hero tampil kuat di penghujung cerita setelah kalah sebelum itu. Pastikan anda menonton filem ini.
- mummy ira -
Siri filem Spider-man baru lakonan Andrew Garfield mendapat reaksi bercampur-campur. Ada yang menyukainya, ada yang tidak. The Amazing Spider-Man 2 merupakan siri kedua dalam siri filem yang dilakonkan Andrew Garfield dan Emma Stone itu.
The Amazing Spider-Man 2
Filem The Amazing Spider-Man 2 kali ini mempunyai dua ciri utama, panjang filemnya lebih dua jam dan ia nampaknya lebih memfokuskan kepada perhubungan Peter Parker dan Gwen Stacy, teman wanitanya.
Kali ini pewaris kepada OsCorp, Harry Osborn kembali ke New York untuk bersama bapanya yang sedang nazak kerana penyakit genetik misteri yang turut diwarisinya. Setelah bapanya meninggal dunia, Harry mewarisi takhta OsCorp. Harry juga kawan baik kepada Peter Parker.
Sementara itu, seorang jurutera elektrik OsCorp yang diabaikan, Max Dillon, terlibat dalam satu kemalangan makmal yang menjadikannya seorang yang mempunyai kuasa untuk mengawal elektrik. Beliau dinamakan Electro.
Untuk mengetahui bagaimana kisahnya dengan Spider-man kali ini, tontonilah filem ini di pawagam berhampiran.
Jalan Cerita
Bagi mereka yang mengharapkan sebuah filem aksi yang mendebarkan, mereka tidak akan dikecewakan. Terdapat banyak babak aksi-aksi yang mendebarkan dalam filem ini. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa fokus utama filem ini, dari segi jalan cerita, ialah perhubungan antara Peter Parker dan teman wanitanya, Gwen Stacy. Dengan kata lain, ia umpama sebuah filem spara romantik.
Jika disingkap kembali filem pertama, bapa Gwen, pesuruhjaya polis New York telah melarang Peter Parker untuk bersama anaknya kerana dikhuatiri Peter akan membahayakan nyawanya. Ini menghantui Peter yang percaya sebagai Spiderman, beliaulah yang menyebabkan kematian bapanya.
Walaupun terdapat dua, malah tiga watak jahat yang berlainan dalam filem ini, ia kelihatan seperti isu Peter atau Spider-man dengan Gwen lebih dominen dan isu penjahat menjadi hanya latarbelakang kepada filem ini.
Filem ini juga menjawab kenapa bapa Peter Parker meninggalkannya di bawah jagaan pakciknya dan kaitannya dengan OsCorp. Jadi ia meletakkan konteks kepada Spider-man dan OsCorp, sebagai organisasi yang dilawan olehnya.
Lakonan
Kelebihan pada filem ini ialah watak Spider-man kali ini lebih lucu dan bersahaja serta menghiburkan. Tidak seperti Spiderman lakonan Toby McGuire yang agak serious. Sememangnya lakonan berkesan dua watak utama Andrew Garfield dan Emma Stone benar-benar menceriakan filem ini.
Kesimpulan
Kelebihan
- Lakonan Spiderman dan Gwen yang lebih lucu, bersahaja dan menghiburkan.
- Aksi-aksi yang mendebarkan.
- Mereka yang gemar element cinta mungkin akan menyukai filem ini.
Keburukan
- Mereka yang tidak gemarkan filem cinta mungkin agak hampa dengan jalan ceritanya.
- banyak babak membazir yang menjadikan filem ini panjang.
Filem The Amazing Spider-Man 2 merupakan satu filem yang lebih baik daripada filem pertama, namun bagi mereka yang kurang gemarkan elemen percintaan mungkin terpaksa bertahan dengan babak-babak jiwang yang agak panjang. Namun, babak-babak aksinya tidak kurang hebatnya dan menyebabkan anda terlupa tentang babak cinta tersebut.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhan, filem ini tidaklah super hebat dari segi jalan cerita mahupun aksinya. Ia tidak pula teruk dari segi itu. Cuma bila anda menonton filem ini nanti, tidak perlu meletakkan jangkaan atau harapan yang tinggi pada filem ini. Hanya tonton dan nikmatinya.
- mummy ira -
Running Man Lagiii..ambek dari youtube..
- mummy ira -
- mummy ira -
lagi clip running man dari youtube
next post plak..
-mummy ira -
next post plak..
-mummy ira -
ni clip2 yang lawak yang saya ambek dari youtube
ok..next post plak k...
mummy ira
Hari ni baru sempat tengok Filem Zombi Kilang Biskut..Best. boleh la layan. Kira filem arahan Mamat Khalid yang berkisahkan zombi dari sebelum ni mmg tak menghampakan. Sebabnyanya filem2 ni lawak coz saya x berapa suka crita2 sedih ni..
ni la sikit Trailer dari Zombi Kilang Bisku
layan filem..layan filem gak..
ni la sikit Trailer dari Zombi Kilang Bisku
layan filem..layan filem gak..
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Drama terbaru Ariana Rose adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose skrang ditayangkan di tv 3..drama ni mmg dapat sambutan orang ramai termasuklah saya..
- mummy ira -
Camna la saya boleh tersangkut dengan drama ni pun x tau..jalan crita ni ok la..pelakon pun ambek yg best2..mmg best la kot drama ni..seb baik saya ada pvr decoder astro..rakam je kalau x sempat tengok..bila2 nak tengok pun bolehhhh..
Dibintangi oleh: Nur Fathia, Keith Foo, Arja Lee, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Wan Sharmila
- mummy ira -
Sebentar tadi, telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu 28 di mana 12 lagu telah berentap untuk menentukan gelaran juara. Diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG Hotfm, majlis berjalan lancar. Shila Amzah dan Mus May diikuti oleh DJ Fuzz telah membuat persembahan pembukaan sebelum kesemua “finalis” mendendangkan lagu masing-masing.
http://beautifulnara.com/
- mummy ira -
Secara keseluruhan, kesemua persembahan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Bagi Abang Nara, vokal Hafiz memang jelas terserlah kepaduannya. Namun keputusan juri adalah muktamad. Berikut ialah keputusan AJL28:-
1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
http://beautifulnara.com/
- mummy ira -
Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru iaitu 2014. Apa kata kita imbas kembali rentetan kontoversi yang paling hangat sepanjang tahun 2013. 10 kontroversi paling hangat dan laris di Malaysia melibatkan selebriti tempatan. Jom baca di bawah untuk mengetahui 10 kontroversi itu.
Cinta Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad
Tahun 2013 melakar sejarah paling bermakna dalam kanvas seni Shila Amzah apabila mengembangkan sayap pada peringkat antarabangsa. Di sebalik kejayaan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Masih Aku Cinta, terpalit kontroversi kisah cinta hingga mendominasi suasana.
Siapa tidak tahu percintaan ‘tragis’ Shila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad. Hubungan yang tidak mendapat restu ibu bapa Shila itu menjadi bualan ramai bahkan ramai berharap Shila sedar apa yang dilakukan orang tua adalah untuk kebaikannya.
Sikap kurang bijak Sharnaaz menyelar bapa Shila yang juga penyanyi, ND Lala kerana menegur sikapnya yang terlalu terbuka, memberikan kenyataan mengenai hubungan cinta dan tetap mahu merisik Shila, awal tahun lalu, mengeruhkan lagi keadaan.
Sharnaaz kemudian mengeluarkan kenyataan tidak akan merisik Shila. Kemuncak perjalanan kisah cinta dua anak muda itu, Shila ‘hilang’ seketika berikutan tertekan dengan konflik yang berlaku.
Bagaimanapun Shila kembali ke pangkuan keluarga selepas bapanya membuat laporan polis dan kehilangannya disiar akhbar. Hubungan Shila dan Sharnaaz juga berakhir dan ia menjadi pengajaran buat mereka berdua.
Skandal Adi Putra
Seluruh negara mengikuti perkembangan dakwaan skandal Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, yang hangat diperkatakan sejak 5 September lalu.
Mereka dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu kenal menerusi laman sosial Instagram dan kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami Nooraida, Amiruddin Osman, 56, mengesan hubungan itu selepas terbaca SMS mereka, awal Ogos lalu dan membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor. Adi turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mendakwa diugut lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
PDRM mengesahkan siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 2 Disember lalu.
Dalam sidang medianya, Adi menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita itu, apatah lagi saling berhubung seperti didakwa. Keesokan hari, Amiruddin dan Nooraida dalam sidang media meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu meneruskan kes itu dengan menyerahkan surat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula siasatan kes itu.
Afiq Muiz si Tanggang moden
Krisis hubungan pelakon muda, Afiq Muiz atau nama penuhnya, Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21 dan ibunya, Hasliza Mohd, 48, bermula apabila Afiq mendedahkan kecewa dengan kenyataan ibunya dalam laman portal, menggelarnya anak derhaka dan mendakwa sikapnya berubah selepas menjalin hubungan dgan pelakon, Eina Azman, 18.
Afiq mencipta nama menerusi drama Mimpi Cinderella, malu dengan tindakan ibunya mendedahkan perselisihan faham dan hal dalaman keluarga mereka kepada umum.
Lebih terkilan apabila dia dikutuk, dikritik dan dihalau dari rumah apabila keluarga tahu dia berkawan dengan Eina serta menuduh Eina mengikis semua wang simpanannya. Afiq mendakwa, sepanjang tiga tahun menceburi bidang lakonan, hampir 80 peratus wang lakonan diberikan kepada ibunya tetapi sedikitpun tidak dihargai.
Afiq turut mendakwa abangnya pernah memijak kepalanya apabila dia tidak beri wang malah pernah ditipu, kononnya ibu meninggal dunia hanya kerana mereka mahu dia pulang ke rumah dan berikan wang.
Keadaan semakin buruk apabila Eina mahu Hasliza memohon maaf atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Kes itu selesai apabila Afiq bersedia memohon maaf daripada ibunya dengan syarat menarik balik semua kenyataan negatif terutama ‘anak derhaka’.
Ashraf Muslim kahwin dua
Imej pelakon yang mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid iaitu Noor Dayana pada 24 September 2011 di Makkah, tercalar apabila hasratnya utuk berkahwin lagi dihidu media.
Ashraf dikatakan hadir di mahkamah untuk permohonan berpoligami tetapi dinafikan. Bagaimanapun, desas-desus itu terjawab apabila Ashraf mengaku berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu.
Dayana dikatakan reda jika suaminya berkahwin lagi tetapi ia disangkal Lokman. Pengamal perubatan Islam itu nyata kecewa kerana Ashraf seolah-olah tidak sabar mahu menikahi Sakinah tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Ashraf akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak kahwin lari kerana ketika bernikah di Pattalung, Thailand keluarga Sakinah turut bersama.
Bagaimanapun, Ashraf mengaku merahsiakan pernikahan itu kerana tidak mahu Dayana terluka dan merancang memberitahu isterinya itu selepas semuanya selesai.
Namun, Dayana tahu terlebih dulu sebelum dia sempat buka mulut apabila menemui tiket penerbangannya. Ashraf turut menegaskan dia berkahwin lagi bukan atas sebab zuriat seperti didakwa sebaliknya kerana sudah tertulis jodohnya dengan Sakinah.
KL Gangster 2 bocor dan dirompak
Pada 27 Ogos lalu, karyawan filem digemparkan dengan isu kebocoran filem KL Gangster 2 dan ia disifatkan rompakan digital terburuk dalam sejarah industri perfileman tanah air.
Belum pun masuk pawagam, orang ramai sudah boleh menonton karya arahan Syamsul Yusof menerusi Internet malah cetakan digitalnya dijual di merata tempat.
Produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam mengesyaki ada pihak tidak senang dengan sambutan positif terhadap filem pertama KL Gangster hingga sekuelnya sengaja disabotaj.
Yusof tekad mencari dalang yang ‘merompak’ hasil kerja anaknya itu dan berharap ia menjadi iktibar buat semua. Meskipun laporan polis sudah dibuat dan kes ini mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) serta beberapa pihak lagi, jenayah serius ini masih tergantung sehingga hari ini.
Apa sudah jadi? Sejak Ogos hingga kini tidak ada apa-apa perkembangan. Perkara ini tidak wajar dipandang enteng kerana ia barah yang mampu membunuh industri.
Aeril dan Wawa sorok status perkahwinan
Selepas lebih setahun berkahwin dan mempunyai anak, Aeril Zafril dan Wawa Zainal akhirnya buka mulut mengenai pernikahan mereka selepas satu artikel mendedahkan rahsia itu.
Hubungan rapat pasangan itu sudah lama diperhatikan media tetapi mereka berdalih menafikan bercinta.
Dalam sidang media pada awal Oktober lalu, Aeril bukan saja mengaku sudah berkahwin malah menjelaskan bernikah dua kali. Kali pertama pada 25 Februari 2012 di kediaman pengurusnya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, mengikut hukum syarak berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan imam dari Sabah.
Bagaimanapun, apabila Wawa hamil pada Januari 2013, mereka bernikah sekali lagi pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun, Petaling Jaya mengikut saluran undang-undang negara dan sebelum itu menghadiri kursus perkahwinan.
Wawa menjelaskan terpaksa menyembunyikan statusnya atas dasar darurat kerana menghormati kontraknya dengan MIG Talent selain takut kepada Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MIG Pictures), David Teo. Jika bercinta pun akan dimarah, apatah lagi berkahwin.
Wawa turut mengaku melahirkan anak lelaki diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu di Roopin Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.
Rabecca Nur Islam saman Erma Fatima
‘Perang’ di antara pengarah, Erma Fatima dan pelakon, Rabecca Nur Islam dianggap buku bertemu ruas. Rabecca menang kes saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik Erma berikutan kegagalan syarikat produksi itu melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya bagi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi tahun lalu.
Mahkamah memerintahkan Erma membayar RM11,200 kepada Rabecca. Ia menjadi panas apabila Erma membayar jumlah itu dengan ribuan keping syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran hingga tidak disenangi Rabecca. Pelakon itu memulangkan semula syiling berkenaan dan meminta Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.
Alasan Erma, tindakannya itu sengaja dibuatnya bagi mengajar Rabecca. Masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial Instagram (IG). Erma kemudian membayar Rabecca dengan duit kertas RM1.
Fizz Fairuz bertunang isteri orang
Pertunangan Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, secara senyap di Kuantan pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana ramai sedia maklum pelakon Nur Kasih itu bercinta dengan pelakon, Almy Nadia selama tujuh tahun.
Gambar Fizz menyarungkan sendiri cincin ke jari manis Azlyn dikritik kurang manis kerana bertentangan dengan adat Melayu dan tidak menepati syariat.
Seminggu kemudian, Fizz mengeluarkan kenyataan sudah memutuskan pertunangan dengan Azlyn kerana mengetahui wanita itu isteri kedua seorang usahawan selepas empat hari bertunang.
Kontroversi itu makin sensasi apabila Fizz mendakwa terkena buatan orang hingga menurut saja aturan pertunangan yang dirancang. Fizz turut memohon maaf kepada Almy dengan apa yang terjadi. Almy mengaku sudah lama mengetahui kekasihnya itu terkena sihir seperti didakwa.
Tindakan drastik Fizz memutuskan pertunangan itu mengejutkan Azlyn dan bertindak tampil ke depan memberi kenyataan. Suami Azlyn yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar) meminta masyarakat tidak menyalahkan Fizz kerana pelakon itu mangsa penganiayaan dan penipuan.
Ramli mendakwa isterinya ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Fizz mengaku trauma kerana insiden itu hingga mengambil keputusan berdiam seketika sebelum kembali muncul apabila segala-galanya reda.
Kes khalwat Shah Jaszle dan Farah Nurizzati
Berita pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenar, Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, ditangkap basah bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, pada 16 Mei menggemparkan industri hiburan tanah air kerana dia sudah bertunang dgan pelajar perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25.
Dia dan Farah dicekup di Kayangan Apartment, Jalan PJS 10/24, Taman Sri Subang pada jam 3.50 pagi. Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan, ketika ditahan, dia bukan berdua-duaan sebaliknya berlima di kediaman itu dan menyifatkan penahanan itu adalah perangkap.
Berita itu makin panas apabila Shahz menyerang Farah di tempat kerja hingga wanita itu diberhentikan kerja 24 jam.
Ketika dibicarakan, Farah mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dan membayar denda RM3,000. Sebaliknya Shahz mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dan menetapkan 21 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Berikutan skandal memalukan itu, keluarga Redzwani bertindak memutuskan pertunangan pada 10 Jun lalu bagi mengelakkan gadis itu menjadi bahan cemuhan masyarakat. Ibu bapa Redzwani difahamkan memulangkan dua bentuk cincin tetapi ikatan yang terputus sudah bertaut kembali.
Cinta kilat Johan As'ari dan Lana Nordin
Sebulan lalu, bintang Juvana, Johan Asa’ari menggemparkan peminat apabila mengaku mahu melamar pelakon sensasi, Lana Nordin menjadi isterinya selepas tiga hari berkenalan.
Bagaimanapun, beberapa hari menjelang 2013 melabuhkan tirainya, Johan mengejutkan peminat lagi apabila mengatakan hubungannya dengan Lana berakhir kerana tidak mendapat restu ibunya.
Ramai bersimpati dengan Lana yang sanggup berubah apabila bertemu lelaki yang disifatkan mampu membimbingnya tetapi akhirnya dikecewakan Johan yang selama ini dikenali sebagai pelakon berimej warak.
Ada mengatakan tiada restu ibu hanya alasan Johan kerana dia sebelum itu pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Izreen Azmindar, Nabila Huda, Nita Hamzah dan Shila Amzah.
=---------------------------------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Facebook Zahirah Dzahir
Sinopsis Film Thor: The Dark World
Genre: Superhero,
Aksi, Adventure
Tarikh Siaran Perdana: 08 November 2013
Studio: Walt Disney
Pictures Cast & Crew
Sutradara: Patty Jenkins
Produser: Kenneth Branagh, Kevin Feige
Penulis skrip: Robert Rodat, Don Payne
Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Kat Dennings, Idris Elba, Anthony Hopkins, Stellan Skarsgard, Zachary Levi, Ray Stevenson, Jaimie Alexander, Tadanobu Asano, Christopher Eccleston, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Alice Krige, Richard Brake, Clive
Russell Sinopsis Thor: The Dark World
"Thor: The Dark World" dari Marvel meneruskan pengembaraan terbaru Thor dalam filem layar lebar. Thor harus kembali meyelamatkan bumi dan alam semesta dengan berperang melawan musuh baru yang tengah mengancam keselamatan dunia. Selepas pertempuran dahsyat dalam filem pertama "Thor" dan "The Avengers", Thor bertempur untuk mengembalikan kedamaian alam semesta. Namun bangsa kuno yang dipimpin oleh Malekith kembali menjerumuskan alam semesta ke dalam kegelapan. Ia harus menghadapi musuh yang tak boleh dikalahkan bahkan oleh Odin dan Asgard, Thor harus memulakan perjalanan paling berbahaya dan peribadi dalam hidupnya. Perjalanan itu mempertemukannya kembali dengan Jane Foster dan mengorbankan semua yang dimilikinya untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.
Aksi, Adventure
Tarikh Siaran Perdana: 08 November 2013
Studio: Walt Disney
Pictures Cast & Crew
Sutradara: Patty Jenkins
Produser: Kenneth Branagh, Kevin Feige
Penulis skrip: Robert Rodat, Don Payne
Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Kat Dennings, Idris Elba, Anthony Hopkins, Stellan Skarsgard, Zachary Levi, Ray Stevenson, Jaimie Alexander, Tadanobu Asano, Christopher Eccleston, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Alice Krige, Richard Brake, Clive
Russell Sinopsis Thor: The Dark World
"Thor: The Dark World" dari Marvel meneruskan pengembaraan terbaru Thor dalam filem layar lebar. Thor harus kembali meyelamatkan bumi dan alam semesta dengan berperang melawan musuh baru yang tengah mengancam keselamatan dunia. Selepas pertempuran dahsyat dalam filem pertama "Thor" dan "The Avengers", Thor bertempur untuk mengembalikan kedamaian alam semesta. Namun bangsa kuno yang dipimpin oleh Malekith kembali menjerumuskan alam semesta ke dalam kegelapan. Ia harus menghadapi musuh yang tak boleh dikalahkan bahkan oleh Odin dan Asgard, Thor harus memulakan perjalanan paling berbahaya dan peribadi dalam hidupnya. Perjalanan itu mempertemukannya kembali dengan Jane Foster dan mengorbankan semua yang dimilikinya untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.