Assalamualaikum..
Sebelum..sebelum ni, saya ada post tentang Nasi Lemak Royale ni. Kali ni nak storykan lagi tentang Nasi Lemak Royale. Kenapa?? kerana kedai ni dah berwajah baru. Dari start saya makan nasi royale masa kecik dulu, kedai ni kedai cina. Kiranya Nasi Lemak ni tumpang benega kat sini. Nama kedai pun cina n bahagian buat ayaq pun cina. Boleh makan kat situ tapi nak minum kat situ, pikir banyak kali jgak la. Saya tak penah makan kat situ. Tapau ja.
Nak kata lama tak lama..baru tak baru..kedai ni dah bertukar signboard, dulu nama cina, lepas tu kosong..sekarang Nasi Lemak Royale Restoran SMR. Kira cam depa dah ambek alih kedai tu. Saya nak makan n minum kat situ pun tak payah susah hati dah. Konpom orang depa gak yang buat ayaq.
Apa pun, tukar tak tukar, dari dulu sampai sekarang.. Nasi Lemak Royale ni, tetap ramai pengunjung..tak pernah surut dengan orang..bertambah ramai. Kena pulak time cuti sekolah ka cuti umum ka, lagi beratoq panjang.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
kali ni saya nak kongsi cerita tentang makan..huuu..sapa yang x suka makan..semua orang suka makan..tambah plak makan yang sedap2..
Kat Alor Setar ni banyak jugak kedai makan yang sedap2..salah satunya Nasi Lemak Nasi Royale..Kalau org len saya x tau la tapi bagi saya yang ni paling glamer n sedap..dari kecik smpi dah ada ank..nasi Royale tetap jadi pilihan..mai ja cuti skolah maka panjang la beratoq utk beli nasi ni..x kira yang pagi atau yang petang..
Saya rasa yang sedapnya nasi royale ni atas kuah campoq dia..ada kuah manis..pedas..Bagi saya kalau makan nasi Royale ni nak sedap ada caranya..kalau cam saya sefamily..oder ja nasi Royale mesti kena bgtau..kuah campoq manis..pedas..dalca..buh banjir..fuhh..yg tu yg sedapnya..kuah banjir..tapi ada setengah org x pandai makan..buh kuah sikit atau kuah asing..menu n harga pun..ok laaa..
Nasi Royale ni ada 2 tempat yang saya tau n saya suka..
Nasi Lemak Royal asal, kat kedai Kim Bee Chew, sblum pekan rabu n bertentang dengan kompleks Alor Ria...yang ni dulu smpi sekarang mmg terbaek..buka awai pagi smpi t/hari ja..
Lgi 1 cawangan dia kat jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim atau dekat Kompleks Hijau Kuning...bukak dlm pukul 5 smpi mlam lebih kurang pukul 11..menu pun lebih kurang ja..
sambil makan boleh jugak masuk tngk kedai karpet kat belakang
sapa yang x penah makan..mai makan rasa sedap tak sedap..belum cuba belum tau..kalau mai ja cuti skolah n bulan posa..maka beratoq panjang la orang pakat nak beli nasi ni..2 tempat ni mmg sedap tapi kalau orang tanya yang mana paling sedap..tentu pilihan saya nasi lemak royale yang sesi pagi...ok...byeee
- mummy ira -