Eskayvie Lancar Diffenz Junior Untuk Kanak-Kanak Tingkatkan Sistem Imun Badan
Assalamualaikum..
Eskayvie Lancar Diffenz Junior Untuk Kanak-Kanak Tingkatkan Sistem Imun Badan
Bila dapat rentas negeri itulah pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia termasuklah Mommy. Hampir setahun kita terkurung terbatas semua aktiviti dek kerana Covid-19. Bukan sahaja negara kita malahan seluruh dunia merasainya.
Dengan kebenaran rentas negeri ni, hotel dan homestay di tempat-tempat pelancongan tumpuan sekarang ni penuh di booking hingga akhir tahun. Rakyat kita betul-betul gunakan peluang yang ada ni untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Walau pun dah bebas, Mommy suka ingatkan agar kita sentiasa jaga SOP yang ditetapkan. Lengkap divaksin bukan bererti kita kebal dari Covid-19 ya. Kita masih lagi boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Aspek kebersihan kendiri dan penjagaan SOP tu memang perlu dijaga untuk sama-sama kita putuskan jangkitan Covid-19 ni.
Mommy
percaya ramai di antara kita yang sekarang ni dah ambil peduli dengan mengambil
vitamin C untuk tingkatkan sistem imun badan. Tapi kebanyakan kita
kadang-kadang terlupa kanak-kanak juga perlukan perlindungan tambahan ni sebab
mereka antara yang mudah terdedah untuk dijangkiti kerana mempunyai sistem imun
badan yang rendah berbanding orang dewasa.
Eskayvie
Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan
mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di
satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.
"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.
Kanak-Kanak Mudah Terdedah Dengan Jangkitan Kuman dan Virus
Walaupun
Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi
individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat
perlindungan sepenuhnya.
"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.
"Tabiat
pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar
rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun
yang lemah," katanya lagi.
Perlindungan Terbaik Untuk
Kanak-Kanak Dengan Diffenz Junior
Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.
"Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.
"Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.
"Tablet
kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun,
malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal
sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Kesedaran Pentingnya Sistem Imun Seisi Keluarga
Dalam majlis tu juga, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah, pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.
"Ia
untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi
keluarga terutamanya kanak-kanak.
Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.
Untuk
maklumat lanjut mengenai Diffenz Junior ini, korang boleh layari laman sesawang
www.eskayvie.com atau pautan media sosial
berikut dan dapatkan Diffenz Junior hari ini juga.
FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia