Ada YAng Kata URTICARIA / GEGATA Ada Yang Kata KELOPAK GARAM
2/24/2019 09:22:00 PG
Assalamualaikum
Ada yang kata gegata ada yang kata kelopak garam. Rasanya
versi orang melayu kita selalunya kelopak garam. Getata ni lebih kurang macam ruam gatal, naik
di serata badan - tangan, kaki, badan,
leher. Siapa yang pernah jadi, tentu tahu macam mana rasanya. Mommy besa juga
jadi gegata ni tapi tak la teruk. Macam Haziq pun besa jadi gegata ni, teruk
jugak. Bengkak-bengkak lepas tu gatal. Yang
kesiannya gatal tu jenuh dok garu. Nak bagi hilang gatal tu, mandi dengan air
suam panas. Kurang sikit gatal tu. Selalunya 2, 3 hari jugak baru nak hilang. Tak
tahu apa puncanya tiba-tiba ja naik.
Dalam fb dr Khairul Faizie ada berkongsi info tentang URTICARIA
( GEGATA / KELOPAK GARAM )..jom baca ;

------------------------------------------
URTICARIA
( GEGATA / KELOPAK GARAM )
Hari ni, aku jumpa lagi pesakit yang sama ( pernah datang 2
kali sebelum ini dalam tempoh sebulan), seorang wanita usia 36 tahun, yang
datang dengan komplen ruam merah yang gatal dan timbul. Makin di garu, makin
merebak - timbul ruam tu. Orang Melayu panggil gegata / kelopak garam. Mat
saleh panggil Hives / Wheals. Orang medical panggil URTICARIA.
Ciri
ciri Urticaria
- Kulit rasa gatal, dan bengkak/ timbul.
- Warna kulit yang gatal mungkin kemerahan / atau sama warna
- Ada effect ' blanching' , iaitu bila kita tekan di
bahagian tengah ruam tu, warna kulit akan bertukar putih/ cerah sebentar.
- Ruam dan gatal tu boleh berlaku kejap je, dalam masa minit
ke beberapa jam. Majoriti nya akan hilang sendiri lepas 24 jam.
Namun ada yang teruk, boleh ada ruam berhari hari, berulang
ulang selama berminggu minggu atau bulan.
Jenis
Urticaria:
1) Acute Urticaria : Ianya
hilang dalam masa 6 minggu
2) Chronic Urticaria : Ianya
berulang ulang, > 6 minggu.
Punca
Urticaria
Memang majoriti kes Urticaria ini, di kaitkan dengan tindak
balas alahan / allergic response. Namun ada kalanya ianya disebabkan jangkitan
jangkitan. Ada juga kalanya Urticaria timbul sebab penyakit kronik tertentu.
Apa pun punca nya, Urticaria terjadi sebab sistem imun badan dirangsang, dan
rangsangan ( alahan / jangkitan / penyakit kronik) ini mencetuskan pengeluaran
bahan kimia ' Histamine ' oleh sel sel mast di kulit. Histamine ni lah yang
buat kita gatal2.
Antara punca / trigger urticaria yg bersifat alahan:
- Makanan , especially telur, seafoods, kekacang
- Bulu haiwan macam kucing, anjing
- Sengatan haiwan / serangga.
- Ubat ubatan, especially antibiotik, painkiller
- Debunga / habuk dari pokok , semak samun
- Material pakaian, termasuk exposure pada latex.
- Penerima darah ( blood transfusion ) pun boleh cetuskan
urticaria.
- Menerima air di wad ( IV drip ), atau prosedur masuk kan
dye dalam saluran darah utk test di hospital, pun boleh trigger Urticaria.
Jangkitan yang boleh menyebabkan Urticaria:
- Jangkitan virus, bakteria
Rangsangan fizikal ( Physical Urticaria) :
- Apabila kulit terdedah pada panas / sejuk / matahari
- Apabila kulit kena tekanan ( pressure) atau gegaran (
vibration)
- Senaman ( exercise) pun boleh cetuskan urticaria
Penyakit kronik yang mungkin akan ada Urticaria:
- Penyakit berkaitan Thyroid
- Penyakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis.
Rawatan
Urticaria:
Untuk Urticaria yang simple, kecil..,kalau biarkan aja je,
ia boleh hilang sendiri.
Cuma sebab gatal tu, maka di galakkan ambil ubat tahan gatal
, iaitu ubat anti histamine. Ada 2 jenis ubat tahan gatal, yang mengantuk dan
tak mengantuk.
**** PENGGUNAAN
ANTIHISTAMINE bagi kanak kanak:
Mungkin juga perlu sapu calamine lotion, utk melegakan &
bagi kesan sejuk pada kulit. Apa apa yg menyejukkan kulit, Insya Allah akan
membantu kurangkan ruam Urticaria ini, Tu sebab, BUKAN SEMESTINYA kena follow
petua mandi air garam lah, air bunga la...as long as mandi ( sejukkan badan),
majoriti kes Urticaria akan berkurangan dengan cepat. Kalau ada air-cond, ON
kan air-cond.
Ada masa nya , doktor akan bagi ubat steroid samada dalam
bentuk pil atau suntikan.Ini bergantung kepada berapa serius Urticaria tu.
Bagi kes kes Chronic Urticaria, dan tak dapat kenal pasti
apa punca nya ( tak jumpa punca alahan samada makanan / bahan kimia / etc),
maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa test seperti skin test &
ujian darah yang boleh di buat utk kenal pasti punca terjadinya Urticaria.
Avoidance , iaitu mengelak makan/ terdedah kepada punca
alahan ialah paling utama.
*** Ambil supplement / vitamin C / produk yang dakwa boleh
elakkan Urticaria?
- Tiada bukti. Nak makan supplement as supplement, sila kan.
Tapi supplement bukan UBAT utk elak urticaria.
*** Nak cuba berubat alternatif ?
- Silakan. Terutama nya bagi kes kes Chronic
Urticaria...berbulan bulan berulang ulang keluar ruam, jumpa pakar kulit buat
skin test & blood test pun tak dapat kesan apa punca ( ini memang common,
kita panggil Chronic Idiopathic Urticaria). Ada orang yang nak percaya ianya
sebab buatan orang la, jin ludah la...maka nak berubat secara Islam, guna ayat
ayat ruqyah, sila kan....Nak berubat jumpa dukun, bomoh, elakkan sebab kau
syirik nanti. Berubat secara Islam buat, tapi usaha berubat medical jangan
tinggal.