Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang URTIKARIA ( GEGATA / KELOPAK GARAM )
By Zahirah Dzahir - 2/24/2019 08:24:00 PG
Assalamualaikum
Info tentang URTIKARIA dari http://www.myhealth.gov.my/urtikaria/
Baca yaaa..
URTIKARIA
Apakah itu urtikaria?
Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian
kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman.
Dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius.
Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh
meringankan gejala sehingga ruam hilang.

Bagaimana urtikaria dikelaskan?
Urtikaria dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.
Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan
berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas
24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang.
Urtikaria kronik –
jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu. (Kronik bermakna berterusan
dan berpanjangan)
Apakah rupa ruam urtikaria akut?
Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau
keseluruhan kulit. Gegata biasanya muncul secara tiba-tiba dan boleh melibatkan
mana-mana kawasan kulit. Kawasan kecil yang timbul dipanggil ‘wheal’ (rujuk
gambar di bawah). ’Wheal’ biasanya berukuran 1-2 cm tetapi boleh berbeza dari
segi saiz. Bilangannya mungkin hanya beberapa tetapi kadang-kadang banyak.
Kadang-kadang wheal bersebelahan boleh bercantum untuk
membentuk saiz yang lebih besar. ‘Wheal’ boleh terdapat dalam pelbagai bentuk
tetapi kebanyakan masanya dalam bentuk bulatan. Kemerahan akan beransur-ansur
pudar dan kulit kembali menjadit normal. normal. Setelah ruam lama telah
hilang, ruam baru boleh timbul.
Adakah terdapat sebarang tanda-tanda yang lain?
Kebanyakan orang dengan urtikaria akut tidak berasa sakit,
tetapi kemunculan ruam dan gatal boleh menyusahkan. Dalam keadaan yang
dipanggil ‘angioedema’, terdapat kebocoran cecair ke dalam tisu lebih dalam di
bawah kulit yang menyebabkan tisu membengkak. ‘Angioedema’ biasanya
melibatkanthe eyelids, lips and genitals. kelopak mata, bibir dan muka.
Kadang-kadang tekak boleh terjejas dan menjadi bengkak dan menyebabkan kesukaran
bernafas. Gejala ‘angioedema’ biasanya berterusan lebih lama daripada ‘wheal’.
Ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk kawasan bengkak reda dan
hilang.
Apakah yang menyebabkan gegata akut?
Pencetus (trigger) menyebabkan sel-sel pada kulit melepaskan
bahan kimia seperti histamin. Bahan kimia ini menyebabkan cecair keluar dari
saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Kolam cecair ini membentuk
‘wheal’. Bahan kimia ini juga menyebabkan saluran darah mengembang dan
menyebabkan kemerahan sekitar ‘wheal’. Tiada pencetus atau punca dapat
diketahui dalam separuh daripada kes. Sesetengah pencetus yang biasa termasuk:
- Alahan makanan
seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan
tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh
mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa
sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
- Alahan kepada
gigitan serangga dan penyengat.
- Alahan kepada
ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan
lain-lain.
2. Jangkitan Virus
Jangkitan virus
yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah
orang. (Anda bertindak balas terhadap virus.)
3. Sentuhan kulit
Sentuhan kulit
dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh
sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’,
sengat, dan lain-lain.
4. Urtikaria fizikal
Urtikaria fizikal
adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara
fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil
‘Dermographism’.
Kadang-kadang ruam urtikaria boleh disebabkan oleh haba,
kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.
Apakah urtikaria akut yang serius?
Biasanya ruam gatal pudar dalam masa sehari atau lebih dan
tidak membahayakan. Walau bagaimanapun, gegata boleh menjadi lebih serius dalam
keadaan tertentu.
Orang yang mempunyai alahan teruk kepada kacang, penyengat
serangga, dan lain-lain sering mempunyai ruam urtikaria sebagai salah satu
daripada gejala. Ini adalah tambahan kepada gejala-gejala lain yang teruk
seperti ‘angioedema’, kesukaran bernafas, dan ‘collapse’. Reaksi alahan yang
serius ini dipanggil anafilaksis (‘anaphylaxis’).
Apakah rawatan untuk gegata akut?
Selalunya rawatan tidak diperlukan untuk ruam yang biasa
berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Tablet
antihistamin boleh meringankan tanda gatal. Antihistamin menghalang tindakan
histamine yang terlibat dalam menyebabkan urtikaria. Mereka kadang-kadang
menyebabkan mengantuk tetapi mungkin berguna untuk mengambil sebelum tidur.
Antihistamin moden kurang menyebabkan mengantuk.
Sesetengah orang bertindak balas kepada satu antihistamin
lebih baik daripada yang lain. Jika salah satu antihistamin tidak membantu
banyak, antihistamin yang berbeza mungkin lebih sesuai dan lebih baik. Anda
dinasihatkan supaya mencuba antihistamin selama 1-2 minggu sebelum membuat
keputusan ia membantu atau tidak.
Sesetengah orang mengambil antihistamin ‘seperti yang
dikehendaki’ apabila tanda-tanda merah timbul. Walau bagaimanapun, jika
seseorang mendapat ruam tiga hari atau lebih setiap minggu, ia adalah lebih
baik untuk mengambil antihistamin setiap hari sama ada ruam muncul atau tidak.
Ini adalah untuk mengelakkan ruam dan gatal daripada terjadi.
Jika anda dapat mengenal pasti sesuatu makanan sebagai
pencetus, maka ia adalah wajar untuk mengelakkan makanan pada masa hadapan.
Jika anda mempunyai urtikaria yang teruk khususnya
‘anaphylaxis’, anda akan dimasukkan ke hospital dan mungkin dirujuk kepada
pakar (pakar immunologi atau pakar dermatologi). Ini adalah untuk mengesahkan
diagnosis dan jika boleh, untuk mengenal pasti pencetus atau penyebab. Sebagai
contoh, jika alahan kacang disyaki, ini boleh disahkan oleh ujian darah RAST
test atau ‘skin prick test’ (jika tiada ‘anaphylaxis’). Anda akan diberikan
nasihat tentang bagaimana untuk mengelakkan penyebab, dan apa yang perlu
dilakukan jika ia berlaku lagi.
0 orang berborak di sini!