Assalamualaikum..
Salah 1 bahan yang penting
untuk masakan seperti rendang ialah
Kerisik. Tapi bukan untuk rendang sahaja, kari ayam/daging, air asam pun boleh
buh kerisik. Kalau ada yang tak tau, kerisik ni di buat daripada kelapa / nyok.
Mommy panggei nyok ja senang.
Nak buat kerisik ni
pun ada macam-macam cara dia jugak. Ada yang goreng tanpa minyak kemudian
tumbuk ka giling sampai lumat sampaipecah minyak. Macam Mommy pulak tak buat yang kerisik pecah minyak tu.
Mommy buat yang kering. Ni hasil tunjuk ajar dari Mama Mommy. Sebabnya Mama
Mommy tak suka yang lembut tu. Lagi pun kerisik kering ni tahan lama dan mudah
simpan
Mommy buat dalam kuantiti
yang banyak..lebih kurang sekilo. Buat banyak-banyak senang simpan nanti tak
kelam kabut nak guna. Macam mana Mommy buat..ni caranya..
Nyok mesin Mommy beli kat
pasar. Mommy BAKAR dalam oven. Kita adjust suhu oven tu. Mommy guna suhu yang
kipas, haba tu berpusing kena semua. Guna oven ni kita kena tunggu tapi tak
payah nak kacau kerap. Sesekali bukak tengok, kacau takut hangit. Macam biasa
agak nampak gelap sikit. Tutup suis biar kejap baru mesin kering. Mesin jangan sampai pecah minyak. Agak-agak pecah halus, simpan dalam bekas tuppaware ka bekas yang kedap udara. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Mudahkan, nak guna pun..anytime ja tak payah susah-susah nak pergi beli..tak payah susah-susah sekali makan baru nak buat.
Selamat mencuba
~~~~~~~~~~~
Mommy Ira