Assalamualaikum
Demam Denggi bukan
boleh kita buat mudah. Bahaya demam denggi ni sebab ia boleh bawa kepada
kematian. La, mana –mana tempat kita kan dengar tentang demam denggi ni. Paling
susah hati kalau tiba-tiba kementerian kesihatan buat fogging di kawasan taman.
Tahu dah mesti ada orang yang masuk wad akibat demam denggi. . So..Mommy nak share sikit
pasai info demam denggi ni dari http://www.myhealth.gov.my
Pengenalan tentangDemam Denggi
Demam denggi adalah
sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes
aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4)
jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN
4).
Jangkitan oleh salah
satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika
individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih
dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di
Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik
Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
·
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga
(3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti,
kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
·
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang
mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta
otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
·
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan
selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan
serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali
sebagai "breakbone fever".
·
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4
selepas bermulanya demam.
·
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa
penyakit
Antibodi akan
dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem
pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah
mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk
boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu
lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
·
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat
yang khusus untuk merawat demam denggi.
·
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat
paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
·
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah
umur 12 tahun.
·
Mandi jerlum.
·
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi
Berdarah
Merupakan demam
denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda
sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan
oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam
dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam
badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini
boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh
menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan
yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi
rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan
kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan
beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama
penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah
masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan
yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
·
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama
di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang
banyak.
·
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan
pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
·
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang
lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang
tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha
sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan
nyamuk dengan:
·
Gunakan ubat nyamuk.
·
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent'
jika perlu.
·
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit
(5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
·
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang
apabila keluar daripada rumah.
·
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan
pintu.
Menghapuskan
tempat-tempat pembiakan nyamuk:
·
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling
rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air,
terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika
tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas
tersebut.
·
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan
peliharaan.
Jika anak anda
disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak
dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
- Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
- Pejabat Kesihatan berhampiran.
- Klinik Kesihatan berhampiran.
- Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
sumber
6 tips bagi rawatan
alternatif sebagai penawar demam denggi:
Minum air suam/ air masak dalam kuantiti
yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau
ketam nipah. Boleh google Khasiat Sup Ketam untuk ketahui lebih lanjut.
Jus daun betik juga dikatakan mujarab
sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan
dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus kepada pesakit
Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan
mengisar buah kiwi yang segar dan minum jusnya.
Jus kurma juga sama konsep dengan buah kiwi
tadi. Kisar bersama air suam dan berikan kepada pesakit untuk minum pagi dan
petang.
Makan tembikan dalam kuantiti yang banyak.
Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan bekalan air bagi mengantikan
cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang sejuk.
~~~~~~~~~
Mommy Ira