Struggle Seorang Isteri/Ibu Dalam Menjalani Kehidupan Sehariannya | Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Assalamualaikum..
Perkongsian menarik dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang struggle seorang isteri/ibu untuk lalui kehidupan sehariannya. Tak semua yang hadapi masalah yang sama. Moga dipermudahkan semuanya.
Jom baca..
Assalamualaikum..
Mommy ada jumpa 1 info yang menarik dari fb Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang doktor doktor yang kita boleh follow melalui fb. Maybe ada yang dah follow maybe ada yang tak. Makanya boleh la kalau korang follow yang mana korang nak. Cumanya fb Dr Erna tu macam dah tak dak.
Betul Atau Tidak, Seorang Jururawat Lebih Hebat Dari Seorang Doktor.
Assalamualaikum..

Berdasarkan pengalaman hampir 10 tahun bekerja dalam bidang perubatan, saya rasa ada sesetengah perkara, seorang jururawat lebih hebat dari seorang doktor.
1. Ramai pesakit tak suka berterus terang kepada doktor, tetapi lebih terbuka untuk memberitahu jururawat maklumat tentang penyakit mereka. Jururawat ni ibarat ejen perisik untuk dapatkan maklumat pesakit (untuk tujuan rawatan).
2. Ramai pesakit lebih mudah untuk menerima dan patuh dengan saranan jururawat berbanding saranan doktor. Kalau ada pesakit yang degil, selalunya doktor akan suruh jururawat yang pujuk, tegur dan beri nasihat. Biasanya mesti jadi lembut hati.
3. Jururawat ternyata lebih pandai dan cekap susun kerja, terutamanya kerja dokumentasi. Doktor pula cekap sepahkan wad dan klinik, lepas tu lupa nak siapkan laporan pesakit. Kadang-kadang sendiri beri arahan, sendiri lupa. Terpaksa jururawat ingatkan.
4. Doktor silih berganti, tak lama bekerja dalam sesuatu wad atau klinik. Jururawat pula, kadang-kadang bertahun-tahun kerja tempat sama, jadi mereka lebih arif tentang SOP dan KPI wad. Kalau doktor kerja tak ikut tertib, mereka akan tegur.
5. Mesin-mesin dalam wad, macam pam infusi dan sebagainya, kebanyakan doktor tak berapa pandai nak hidupkan dan set semula kalau ia termati. Terkial-kial jadinya. Akhirnya mesti nak kena panggil jururawat untuk tolong set. Dah macam juruteknik.
6. Jururawat sentiasa bersedia dengan alat tulis yang lengkap. Siap ada pen merah, pen hitam, pen biru, pembaris, liquid paper, stapler, dan sebagainya. Macam kedai alat tulis bergerak. Doktor hanya tahu pinjam sahaja dan kemudian hilangkan.
7. Kalau lapar, carilah jururawat. Tak pernah mereka tak ada makanan. Biasanya jururawat pergi kerja, akan bawa makanan lebih untuk kongsi dengan rakan sekerja (jururawat, doktor, dan atendan). Doktor biasanya hanya tukang makan sahaja.
8. Berapa pun umur jururawat tu, tak kira lebih tua atau lebih muda daripada seorang doktor, mereka akan dipanggil sebagai "Akak/Kak" atau "Bang*". Doktor pakar pun panggil jururawat begitu. Itu pangkat mereka. Sentiasa senior daripada doktor.
9. Di kebanyakan wad, ambil darah dan pasang kanula intravena (jarum masuk air) adalah kerja doktor, tapi kalau dah cuba beberapa kali dan tak berjaya, maka mintalah bantuan jururawat. Mereka pakar bab ni. Sekali cucuk terus masuk vena.
10. Jururawat lebih mahir kendalikan emosi ibu yang sedang bersalin, berbanding doktor mahupun si suami. Doktor biasanya lebih fokus pada bayi, jururawat pula mampu beri fokus kepada ibu dan bayi. Semua pula lazimnya hanya gelabah sahaja.
OKlah, cukuplah tu. Banyak sangat puji nanti kata kita membodek. Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada para jururawat yang bakal, masih dan telah berkhidmat!
Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
kredit fb Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Assalamualaikum..

10 fakta tentang jururawat
Assalamualaikum..

Waktu Yang Berlalu tanpa Kita Sedari Bagaikan Di Bawa Angin
Assalamualaikum..
Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.
Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)
| Berdampinglah dengan al-Quran |
💦Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.
💦Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.
💦Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.
💦Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.
💦Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.
💦Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.
💦Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.
💦Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.
💦Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.
💦Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.
💦Cari guru, dan belajarlah al-Quran.
💦Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.
💦Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka.
💦Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.
Ustaz Dusuki Abdul Rani.
Rezeki Bukan Bermakna Apa Yang Kita Nak Tapi Terima Apa yang Allahh Beri
Selamat Hari Guru | Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru
Menjadi guru itu, bukan untuk jadi ternama. Kerana nama guru tidak disebut-sebut dalam radio dan berita.
Menjadi guru itu, bukan kerana kerjanya mudah. Kerana banyaknya tugas sehingga seringkali perlu bawa balik ke rumah.
Menjadi guru itu tidak lain tidak bukan kerana cita-cita. Kerana minat mendalam tanpa sempadannya. Kerana kasih dan juga cinta.
Guru sejati itu bakal jutawan di alam sana. Banyak ladang pahala terbentang luas di depan mata, hanya perlu menyangkul sahaja.
Murid menangis gurulah yang memujuk menyapa. Tersenyum guru sambil mengelap air mata. Berceloteh agar kembali ketawa.
Murid kelaparan tanpa wang cari saja mana-mana guru. Ceritalah tentang perut yang lapar, nescaya akan ada yang membantu.
Jatuh terluka, menangis berlinangan air mata. Diriba guru duduknya dia. Luka dicuci, dilayan mesra. Umpama anak sendiri lagaknya ia.
Pensel, pemadam dan segala kelengkapan. Usah dirisau jika hilang. Guru-guru sentiasa ada lebihan, yang sengaja disimpan untuk kes kecemasan. Namun sebelum itu, hadaplah seketika bebelan sayang.
Kadang ada yang masih belum matang, terkencing dan terberak dalam seluar tanpa sempat ke tandas. Pasti ada guru bantu bersihkan segala kotoran, bahkan diberi persalinan pakaian.
Ajar tulis ajar mengeja. Ajar membaca ajar mengira. Itu tugas sepanjang masa. Walau terkadang marah, namun sabar dan kasih itulah yang utama.
Di meja guru sentiasa ada hadiah. Sebagai pembangkit semangat murid yang lemah. Supaya mereka terasa dihargai. Supaya yang degil dilembutkan hati. Supaya yang malas rajin kembali.
Jika hendak ditulis segala jasa. Tidak akan habis walau sepurnama.
Bukan mengungkit setiap pengorbanan. Namun benda yang baik mesti diceritakan. Agar jasa guru tidak tenggelam. Agar hormat murid takkan pernah padam. Kerana antara ilmu dan kefahaman, perlu ada keberkatan.
Dan agar sentiasa ada doa yang diutuskan.
"Berguru demi ilmu, bina generasi baru".
Buat semua yang bergelar enCIK GUru, Selamat Hari Guru saya ucapkan.
#MFS
- Memanusiakan manusia adalah satu tugas yang penuh dengan cabaran -
kredit Cikgu Mohd Fadli Salleh
kredit fb Cikgu Mohd Fadli Salleh
Sekadar Perkongsian | Jaga Diri Masing Masing Dalam Memutuskan Rangkain Covid 19
Bagi sesiapa yang mula bekerja besok, Isnin ( 4/5/2020) nanti, mohon hangpa patuhilah SOP yg ditetapkan. Tolong, Jangan ambil mudah.
Sebelum ni bila PKP dilanjutkan,ada yang berkata ramai yang terkesan..ekonomi goyah tapi bila diumumkan PKPB, pun bising juga. Begitulah sifat manusia..ada sahaja punca untuk dikata..ada sahaja benda utk dicerca...ada sahaja ruang untuk mengadu domba.
Mommy sendiri cuba berlapang dada..walaupun Mommy tak bekerja, Mommy juga risau bila fikirkan PKPB dan mana dengan 4 Mei nanti. Takut jika gelombang seterusnya lebih parah, kesian kepada frontliners yang bertungkus lumus merawat dan menjaga dari tersebarnya wabak Covid 19 ni. Kena mula berfikiran positif.
Bagi golongan yang terkesan dgn PKP ni mungkin reaksinya berbeza. Syukur dan gembira kerana akhirnya boleh mula mencari rezeki utk keluarga. Kita tak boleh nafikan hak mereka untuk bekerja. Itulah punca rezeki pendapatan mereka.
Sorry to said..Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kurang berdisiplin. Semalam ja, Mommy keluar pe rgi beli barang pun, Mommy dah tengok ramai
yang keluar beramai-ramai buat macam tak dak apa yang berlaku. Ada yang
lupa face mask dan membawa anak2 ke sana ke sini. Covd 19 ni, musuh halimunan, musuh dalam diam yang kita tak nampak ke mana arahnya. Tak nampak di mata mungkin hanya biasa2 pada anggapan mereka.
Penerimaan rakyat mengenai PKPB ini sememangnya berbeza. Apa-apa pun, kemenangan memerangi virus ini bergantung kepada kita. Diri sendiri dan semua rakyat Malaysia. Jadilah individu dan rakyat yang bijak. Ikut SOP di premis perniagaan, ikut SOP bila berkunjung ke pasaraya/kedai, ikut SOP ke mana2 sahaja. Dah balik rumah pun kena ada SOP sebelum masuk.
Negara bergantung kepada kita untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni. Duduk di rumah bagi yg tiada keperluan untuk keluar dan jaga kebersihan..basuh tangan dengan kerap. New norm..kan?
Buat mereka yang akan mula bekerja, jaga diri masing-masing. Ikut SOP yang disediakan. Jangan ambil mudah atas semua perkara. Benda tak nampak lagi bahaya dari yang nampak.
Cukuplah mengata dan mencerca. Semuanya tak kena. Letih pun dapat, dosa pun dapat..puasa kan?takkan kita hanya nak sekadar lapar dan dahaga..
Kita belum menang
Stay home
Kita jaga kita
~~~~~~~
Mommy Ira
Status Penghargaan Buat Semua Kaum Hawa | Mohd Fadli Salleh
Kita sering mengucapkan terima kasih atas pengorbanan barisan frontliners diluar sana. Memang jasa mereka tidak terhitung banyaknya.
Namun jangan dilupa 'frontliner' dalam rumah kita yakni isteri dan ibu pada anak-anak kita.
Habis sahaja berbuka, tugasan mereka belum selesai. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk pula. Dan seawal jam 4 pagi mereka sudah bangkit menyiapkan makanan sahur pula.
Saat lepas makan kita boleh menyambung lena atau bermain phone menanti azan Subuh, mereka masih didapur membersihkan segala.
Mereka juga berperang dengan anak-anak yang kelaparan minta disuap, minta dimandi, minta ditukar pampers dan minta didodoikan.
Tidak dilupa mereka juga menjadi guru serba boleh membantu anak menggunakan telefon pintar dan menyiapkan kerja.
Kain berbakul yang perlu dilipat, yang perlu dibasuh, yang perlu disidai. Karpet berhabuk perlu di'vacum', cadar bilik tidur perlu ditegangkan dan ruang tamu juga perlu sentiasa kemas dan teratur.
Besar jasa dan pengorbanan seorang isteri dan ibu ini.
Maka kita sebagai suami dan orang lelaki, bantulah mana yang boleh. Walau cuma bantuan kecil, ia sangat bermakna buat mereka.
Dan usah pelik jika kesalahan yang sedikit tapi mereka membebel panjang. Atau marah sampai mencekak pinggang.
Mereka kepenatan dan ada yang tertekan. Tambahan pula di bulan Ramadan.
Usah dilawan jika mereka marah-marah. Diamkan diri atau pura-pura pengsan saja.
Kebanyakan amarah mereka sementara. Dan amarah itu bukan marah yang sebenarnya, mereka hanya ingin melepaskan tekanan yang kadangkala timbul bila pelbagai benda perlu diurus serentak.
Apa lagi anak merengek dan buat hal. Minta tolong suami, suami pula buat tidak dengar. Bercampur dengan sakit orang perempuan jika datang bulan, bercampur dengan lapar jika berpuasa Ramadan.
Maka kadangkala, tindakan itu luar jangka. Bukan niat dari lubuk hati mereka.
Sebab itu lelaki kena banyak mengalah. Bukan kerana takutkan isteri, tapi kerana isteri itu menakutkan bila mereka tertekan.
Dan jika... Jika ada seduit lebih, belikan apa-apa untuk menghargai mereka. Cuba tunaikan permintaan sehelai tudung bawal contohnya, atau cincin emas jika itu dalam kemampuan kita.
Tanpa wanita, huru hara keluarga. Sungguh!
3 point simple untuk kawan-kawan lelaki dalam status kali ini :
1. Bantu mereka semampu kita.
2. Mengalah dan usah bertengkar walau mereka mulakan pertengkaran itu.
3. Hargai mereka dengan kata pujian, hadiah atau tunaikan hajat mereka semampu kita.
Moga dalam tempoh PKP ini hubungan kita semua dengan ahli keluarga kita makin merapat dan bahagia.
#StayAtHome
#MFS
- Status penghargaan buat semua kaum hawa -
Betullah apa yang Cikgu Mohd Fadli Salleh tuliskan tu..buat semua yang seangkatan dengan Mommy dan semua kaum hawa di luar sana..
Tak dak had umur bagi seorang wanita, bekerja atau pun tak, selagi mereka sihat
mereka adalah seorang surirumah hingga keakhirnya.
~~~~~~~~
Mommy Ira
👨👨👦👦Wildan Syurga
🔮🕳Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia, Rasulullah SAW menggambarkan mereka berada di dalam dua kelompok. Kelompok anak-anak orang yang salih, termasuk yang keguguran daripada rahim ibunya, mereka akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.

🔮🕳Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS, mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya ketika di dunia dahulu.
🔮📖Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya, di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah. Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu akan ditempatkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.
🔮🕳Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga dan neraka, anak-anak kecil belum masuk ke dalam syurga dan apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab: “Kami tidak akan masuk ke dalam syurga selagi tidak bertemu dengan arwah ibu dan bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.
🔮📖”Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus tersemban menangis, “Jika di dunia kami tidak sempat bersama-sama ibu dan bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”
🔮🕳Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak-anak ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka ke dalam syurga.
🔮🕳Lalu setelah ibu bapa anak-anak ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT. Semoga kita beroleh syafaat ini hasil daripada sikap sabar ketika mengharungi ujian Allah. Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan-pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan keadaan ibu dan bapa mereka.
#SaatBersendirianDiAlamBarzakh
#UsAhmadDusuki
#Nota
#AinulMardhiah