MINTALAH JALAN UNTUK BERUSAHA BUKAN TERUS MINTA HASILNYA

By Zahirah Dzahir - 9/14/2020 10:31:00 PG

 Assalamualaikum..

MINTALAH JALAN UNTUK BERUSAHA BUKAN TERUS MINTA HASILNYA
Semua orang selalu memohon doa supaya terhindar dari neraka, diberikan syurga , dijauh bala, ditambah rezeki, diberi petunjuk dansebagainya,yang keseluruhannya seperti kita meminta kejayaan atau hasil.


Nampak macam kita nak ringkas,tak perlu usaha, terus dapat.Walaupun Allah berkuasa memberi,sepatutnya dan sebaiknya kita kena juga berdoa supaya Allah membuka jalan untuk mendapatkan apa yang diminta. Itu mungkin lebih berada dalam meminta. Maksudnya kita minta Allah buka jalan dan cara untuk kita buat amal kebajikan, kerana amal kebajikan itu luas. Panjatkan doa kepada Allah moga minta ditunjuk jalan beramal untuk kesyurga, bukan terus minta syurga.

Minta jalan pengampunan dosa unttk kita lakukan bagi Allah mengampun dosa.

Minta jalan ditambah rezeki utk kita usahakan bagi menambah rezeki.

Minta jalan utk terjauh dari bencana utk kita berusaha.

Ibaratnya meminta galah untuk mengait mempelam, bukan terus meminta mempelam, meminta joran utk memancing, bukan terus meminta ikan.
Hakikatnya kita kena usaha baru dapat sesuatu. Jika meminta syurga, anda kena tunggu selepas mati .Meminta rezeki dari Allah, tak akan datang bedebuk depan mata, kena tunggu. Tetapi jika kita minta jalan untuk berusaha, Allah akan ilhamkan,akan buka jalan,insyaAllah.

Atas sifat kehambaan, kita kena meminta jalan untuk memenuhi perintah Allah. Kita kena minta dimudahkan usaha untuk mencapai tujuan, bukan sekedar berdoa dan tunggu. Walaupun Allah boleh beri dengan kekuasaanNya, tetapi usaha kita tetap perlu untuk menjadi sebab tertunai sesuatu. Jadi yang lebih utama, mintalah jalan untuk berusaha.
Mintalah sihat tubuh badan untuk beribadat bagi mendapat syurga.

Minta berlindung dari sifat malas untuk menambah rezeki.

Mmintalah rasa bersyukur untuk keberkatan pada rezeki.

Mintalah ditambah ilmu untuk memahami apa yang Allah jadikan.

Mintalah diramaikan rakan taulan untuk saling berpimpin tangan keapda kebaikan dan 1001 permintaan lagi yang berupa jalan berusaha.Apa yang Allah datangkan itu adalah hidayah yang kena segera disambut dan laksana tanpa tangguh. Setiap idea berbuat amal kebajikan itu dari Allah,jangan berlengah.
Menangguh satu lintasan berbuat kebajikan itu adalah dari syaitan yang cuba menghalang. Ingatlah, lintasan itu mungkin datang sekali sahaja, tapi syaitan akan terus berulang kali.
Bila kita melihat orang berbuat baik, nyatakan sokongan. Jika dalam fb, komen yg baik dan like. Jika diluar, berilah pujian. Tetapi ingat sampai bila kita akan jadi tukang pemerhati, tukang puji, tukang komen.

Yang datang ke pengetahuan kita itu adalah dari Allah, bukan untuk diperhati, dibaca sahaja. Itu petunjuk, jalan dan hidayah dari Allah. Jika kita biarkan ianya berlalu bagai angin lalu, scroll tanpa singgah dihati untuk berfikir, apakah Allah tidak akan datangkan lagi petunjuk, jalan dan hidayah selepas ini.
Ya Allah, bukakanlah kepada kami jalan menuju syurga, bukakanlah kepada kami laluan untuk kami berusaha ke arah meraih rezekiMu, berikan kepada kami kekuatan untuk beribadat kepadaMu,memohon keampunanMu, mengingatMu, lembutkan hati kami untuk bersedekah jariah,menerima nasihat yg baik. Wallahu'alam

abdghaniharon

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!