PADA DIRI KITA NIKMAT,PADA DIRI ORANG SATU KEPAYAHAN

By Zahirah Dzahir - 9/13/2020 11:38:00 PG

 Assalamualaikum..

PADA DIRI KITA NIKMAT,PADA DIRI ORANG SATU KEPAYAHAN
Menghadiri satu kenduri di Tunjang,Kedah, saya duduk dengan sekumpulan pesara yang saya rasa bekas pegawai tinggi kerajaan kerana melihat kepada penampilan mereka. Mereka bercerita kisah pergi memancing di Kok Adang, Burma Bank, Tuas dan entah apa nama yg saya rasa nama kawasan laut. Ada yg sebut dapat ikan tenggiri, kerapu, tebai pipi,GT dan entah apa lagi. Akhirnya saya pun tumpang mencelah bertanya, ikan yamg dapat tu dibuat apa, dijualkah untuk dapat duit, mereka menjawab untuk makan dan yg lebih sedekah kengkawan.

google
Sebenarnya mereka bukan nelayan miskin yang turun ke laut memancing utk sesuap nasi tetapi mereka turun ke laut untuk memperolehi nikmat seronok menangkap ikan kerana mereka tidak menikmatinya alam pekerjaan mereka sebagai pegawai kerajaan. Lihatlah, bagi nelayan, memancing itu satu usaha untuk hidup penuh kepayahan, tetapi bagi orang lain ia satu kenikmatan hidup.
Seorang pesara pengurus bank dikampung saya yang khabarnya bila bersara ada wang kwsp dan simpanan lebih sejuta, masih mengerja sawah, bergelumang selut, bila saya tanya dia hanya berkata "Buat bendang untuk seronok-seronok saja cikgu."Seorang bekas pengetua sekolah yg pencen bulanan lebih 4k, masih berniaga kuih cucoq badak beku di pasar minggu, bila berbual dengan saya berkata, "Aku seronok buat kerja berniaga, boleh jumpa banyak orang."
Anda tentu pernah lihat ibubapa yang tak mau duduk dirumah banglo anak yg hebat, tetapi lebih suka rumah dikampung, lebih suka sambal belacan, budu dari siakap, udang besar dirumah anak. Ada orang berada suka pakai seluar koyak lutut untuk 'menyamar' nampak miskin dan dia merasa itu satu kemegahan.
Kesimpulan dari semua contoh diatas ialah apa juga yg Allah takdirkan kepada manusia itu satu nikmat hidup,terpulang kepada diri manusia itu untuk menerimanya dan mentafsirkannya sebagai nikmat.

Ketika nelayan merasa teriknya panas mentari ketika memancing dilaut, ada orang terasa nikmatnya hingga berbelanja besar utk pergi memancing seolah ingin membeli nikmat memancing.

Ketika pesawah tersandar keletihan ada orang rasa bahagia dapat jadi pesawah.

Ketika orang lain merasa hebat dirumah banglo dg makanan mewah,ada orang lebih terasa nikmat dipondok usang dikampung berulam petai, berkuah budu, berlauk keli dan puyu.

Ketika ada orang mengingin pakaian hebat,cantik,ada orang sengaja mencari seluar koyak dilutut, jean yg lusuh sebagai pakaian.

Firman Allah

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (QS. al-Hadîd [57]: 20).

Allah menyimpulkan kehidupan dunia ini sebagai kesenangan yang menipu yang bermaksud bersifat sementara, akan hilang. Ketika kita merasa satu perkara itu sebagai nikmat, mungkin pada orang lain, bukan nikmat. Ketika kita merasa satu perkara dlm hidup sebagai kepayahan, mungkin pada seorang lain,ia satu nikmat.

Semuanya terletak kpd penerimaan kita,tanggapan kita, jika kita redo dengan apa yang Allah tetapkan, maka kita akan merasa bahagia walau berada dalam situasi mana pun.
Ambillah panduan dari nasihat nabi,Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم

“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Insyaallah kita akan menjadi hamba yang bersyukur andainya kita sentiada redo dan melihat orang yg dibawah. Dimana kita berada sekarang, sebenarnya kita dalam nikmat Allah, ciptalah syurga dlm dirimu, ciptalah syurga dalam rumahmu, pekerjaanmu dan ciptakah syurga dlm hidupmu. Wallahua'lam

abdghaniharon.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!