Assalamualaikum..
Tak tau nak bawak anak anak pi jalan mana..Mommy bawak depa pi main kat Kidzoona Aman Central. Kebetulan kakak Mommy balik sefamily, maka bertambah meriahlah nak main kat kidzoona. Orang pakat pi bekurun dah..ni 1st time Mommy bawak depa pi main. Padahal rumah dengan Aman Central bukan jauh mana pun..saja ja tak pi.
Kidzoona ada kat tingkat 4, bersebelahan dengan aman bowl. Nak masuk mesti ada bayarannya.
Weekdays rm 15 .. Jumaat , Sabtu, Ahad dan public holiday rm 20.
Percuma untuk ibu bapa dan bayi.
Kena sediakan stoking siap siap..kalau tak kena beli kat kaunter. Sebabnya nak main kena pakai stoking.
Waktu main unlimited..main sampai puas hati..main sampai letih
Waktu operasi pukul 10.00 pagi sampai 9.30 malam
Bagi Mommy ok jugak mainan kat sini. Cumanya bila budak budak koi membesar ni mesti nak mainan yang lebih mencabar. Tapi ok la main kat sini pun.
- Mommy Ira -