Assalamualaikum..
Ada
perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan anak lelaki dan anak
perempuan. Bukan tidak bersyukur tapi ada orang bersetuju membesarkan anak
lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi memerlukan kesabaran
yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak.
Cuba
kita semak betul atau tidak fakta menarik ini apabila membesarkan anak lelaki.
Kejutan kotoran yang boleh dijangka.
Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda.
Lambat berlatih ke tandas.
Jika anda sedang anak untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi ini.
Kerap membasuh pakaian.
Apabila ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali dalam sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka.
Kos penjagaan rambut mereka lebih murah.
Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan penjagaan rambut anak lelaki berbanding perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak sampai RM10.
Pilihan fesyen yang mudah.
Fesyen anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi, kurang sedikit masalah rambang mata ibu apabila membeli belah untuk mereka. Boleh jimat masa dan tenaga semasa membeli.
Kurang cerewet.
Kebanyakan anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama dalam bab memilih pakaian, alat permainan, makanan dan tempat bermain atau bersiar-siar. Dalam hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar. Mungkin memang sikap semula jadi seorang lelaki sejati!
Barang rosak.
Mereka bukan nakal tetapi suka mencuba perkara baru. Anda perlu berfikiran positif. Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah ‘rupa’ atau lebih malang rosak terus!
Ingatan berulang kali.
Kadang kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap perkara yang sama setiap hari. Tetapi itulah hakikatnya apabila anda mengajar anak lelaki terutama dalam bab menjaga kebersihan.
Mereka meniru karektor ibu.
Tentu anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu mereka akan sama seperti diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karektor diri kita melalui anak lelaki. Banyak persamaan karektor antara ibu dan anak lelaki.
Jika
anda mempunyai ramai anak lelaki, ada orang yang akan menyatakan kasihan kepada
anda. Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, semuanya mampu
menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan dididik dengan sempurna.
Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu membantu ibu membuat kerja
rumah lebih baik berbanding anak perempuan.
Tidak
dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi sangat menyeronokkan!
sumber pa & ma