Info tentang Eczema dari Khairul Faizie Mohammad Kamar.

By Zahirah Dzahir - 2/02/2018 10:56:00 PG

Assalamualaikum..

Sedikit info tentang eczema dari Dr Khairul Faizie..

------------------------------------
Soalan tentang ECZEMA memang paling kerap aku terima. Evergreen punya soalan. Sentiasa ada yang menyoal. So malam ni kita study sikit je asas tentang eczema yang anda semua patut tahu ( yang Insya Allah akan membantu proses rawatan)


Di mana selalunya kawasan kulit terlibat dalam 
Atopic Dermatitis ( eczema)
Eczema ni satu term yg sangat general.
Ianya bawa maksud ruam kulit yg GATAL. ( ITCHY skin rash).
Jadi kalau ada ruam yg TAK GATAL, 99.99% ianya bukan eczema.
Eczema sebenarnya ada banyak kategori, contohnya contact dermatitis, nummular eczema, seborrhoeic dermatitis, dan atopic dermatitis ( AD).


Eczema yg paling kerap orang tanya ( dan ramai hidapi) ialah ATOPIC DERMATITIS ( AD). 

Taburan AD ikut umur.
Ada kategori taburan AD utk:
- baby
- kanak kanak
- dewasa

Antara ciri simptom paling penting Atopic Dermatitis ( AD) ni ialah:
1) Ruam GATAL pada pelipat kulit. Contohnya belakang lutut, celah lipatan siku, sekeliling leher, celah kelengkang, lipatan breast..

2) Ada sejarah penyakit atopy yang lain seperti asthma & allergic rhinitis ( resdung). Utk kes kanak kanak bawah 5 tahun, tengok sejarah keluarrga terdekatnya ( parents, adik beradik)

*** Boleh baca tulisan ringkas aku tentang ATOPY :
https://www.facebook.com/khairulfaizie.mohammadkamar/posts/1261730027227245

3) Kebanyakkan masa kulit yg terlibat itu kering ( dry skin)

4) Onset nya ( mula kena ) pada usia yg awal, bawah 2 tahun selalunya. Dan ia boleh progress ( secara kronik on & off) hingga dewasa.

Kena faham, AD ialah satu penyakit yang kronik.
Ada masa ia OK ( terkawal), ada masa ia menyerang ( relapse)


Kena faham asas rawatan ( Rawatan secara terperinci, itu kerja doktor). Bila faham asas rawatan, anda tak akan over treat / under treat. Bila faham asas rawatan, anda boleh kawal AD, Insya Allah.

Prinsip asas rawatan Atopic Dermatitis ( eczema )
=======================================

1) Elak kan bahan / makanan yg menyebabkan tindak balas alahan ( avoid allergen). Ini mudah cakap, tapi payah nak buat. Selalunya tak tahu apa yg alah/ sensitif. Dah buat extensive skin test pun tak jumpa allergen nya apa.

2) Kulit mesti cukup air ( well hydrated )
Di sini lah penting nya MANDI & penggunaan emollients ( moisturizing agent)
Kena faham penting nya guna sapuan / krim pelembab sebab kulit eczema selalunya dry. Sapu setiap hari krim pelembab.

Bila mandi, mandi lama sikit supaya kulit lembab lepas di lap. Dan kena tahu cara yg betul nak apply krim pelembab. Ideally di sapu sejurus lepas mandi supaya tinggi kadar serapan nya.

3) Guna krim / sapuan steroid.
Kena faham tak boleh berterusan guna krim steroid. Selalunya dalam acute attack AD, sapu krim yg ada steroid tak lebih seminggu. Mula gunakan krim steroid yg paling lemah dulu ( less potent)


4) Ubat anti histamin
Antihsitamin ialah utk kurangkan gatal. Contohnya Cetrizin / Zyrtec / Loratadine.


5) Penggunaan antibiotik.
Antibiotik perlu di sapu / atau makan, kalau AD di jangkiti bakteria. Antara ciri ciri AD di jangkiti ialah bila kulit mula merah teruk,berair, bernanah.


6) Steroid pil.
Utk kes kes AD yang kronik atau relapse yg teruk, kita akan gunakan pil steroid utk merencatkan aktiviti relapse of AD tu dengan kadar segera.

Pastikan anda betul betul faham prinsip no. 1 - no.4, maka Insya Allah boleh elakkan guna no. 5 dan/atau no. 6.

Untuk memahami dengan lanjut tentang jenis jenis krim....krim pelembab... dan krim steroid mana yg kuat ( potent), yg mana yg lemah ( less potent), aku ada tulis satu post tentangnya pada tahun lepas. Boleh baca kat sini:

https://www.facebook.com/khairulfaizie.mohammadkamar/posts/1443770729023173

-------------------
nak baca info tentang kesihatan boleh follow fb  dr Khairul Faizie Mohammad Kamar. selalunya dr akan terangkan cara mudah untuk kita faham  sesatu masalah tentang kesihatan.

kredit fb  dr Khairul Faizie Mohammad Kamar.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!