Info tentang Male Birth Control / Merancang Keluarga Oleh Lelaki dari Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar
By Zahirah Dzahir - 2/02/2018 10:38:00 PG
Assalamualaikum..
Sedikit info dari dr Khairul Faizie Mohammad Kamar tentang Male
Birth Control Method / Merancang Keluarga Oleh Lelaki. Jom baca..
---------------------
Maka hari ni aku tulis pasal Male Birth Control Method, ataupun Merancang Keluarga Oleh Lelaki
Secara umumnya, sejak berzaman teknik merancang lelaki ni ada 3 cara:
1- Pakai condom
2- Teknik inzal / withdrawal / pancut luar
3- Vasectomy
Dan saintis sentiasa usaha cari cara lain juga, antara nya :
4- Injection hormon
5- Teknik RISUG
6- Vasalgel
Kita tengok cara yg azali sejak berzaman tu ya...
1) CONDOM
Mudah faham kan? Sarung lah condom, tadaaa . Cuma ikut pengalaman aku tanya patient punya suami & kawan2 lelaki aku ada yg tak nak guna condom. Alasannya? Kurang feel. Haha. Ataupun ada yg guna, tapi cara guna tak betul. Dia sarung condom bila dah nak ejaculate. Kalau strong will power takpa, tapi ramai yg gagal. . Kes kes condom bocor ni amat rare la...beli la reputable brand mcm Durex®. Nak berperisa pun ada.
2) INZAL / WITHDRAWAL / PANCUT LUAR
Perlu ke aku explain?
Teknik ini berkesan bagi yg strong will power.
Jangan guna teknik ini kalau dah lama tak adakan hubungan sex. Pasangan pengantin baru pun toksah la try teknik ni.
3) VASECTOMY
Apa itu vasectomy? Ianya ialah surgery memandulkan lelaki, dgn cara memotong saluran Vas Deferens( lihat rajah). Vas Deferens ni tube yg hubungkan testis ke penis( urethra). Sperm dihasilkan di testis, dan sperm akan terpancut keluar menerusi tube Vas Deferens. So bila tube ni dah di potong, sperm tak boleh la keluar.
Teknik ini perlu di anggap sebagai permanent, walaupun sebenarnya nak reverse kan ia masih boleh. Prosedur reverse vasectomy di panggil Vasovastostomy. Ianya ialah microsurgery yg amat complex, ye la nak sambungkan balik Vas Deferens yg dah di ikat tu. Kebarangkalian utk subur semula agak tinggi kalau Vasovastostomy dibuat awal lepas buat vasectomy. Pakar menyarankan juga cara In Vitro Fertilisation( IVF) sebagai alternatif kalay tetiba nak ada anak...boleh elak buat Vasovastostomy. Sperm akan di sedut keluar directly dari testis, dan di senyawakan dgn ovum dalam makmal, kemudian di inject masuk ke dalam rahim wanita.


Jawapannya tidak. Dont worry. Tak jadi Sajat pun kalau buat Vasectomy.

Jawapannya tidak. Nafsu sex as usual.
So buat wanita di luar sana yg dah complete the family ( cukup anak anak) dan tak mahu merancang, cuba lah bincang dgn suami anda kot kot dia nak try Vasectomy. Cuma fikir masak masak sebelum buat.
**** Untuk cara lain Male Birth Control ( cara nombor 4 - 6 ), ianya masih di peringkat awal. Teknik nombor 5 & 6 bakal di patenkan dan available by 2018, 2019. Aku akan tulis seperate post tentang cara terkini ini.
---------------------
nak baca info tentang kesihatan boleh follow fb dr Khairul Faizie Mohammad Kamar. selalunya dr akan terangkan cara mudah untuk kita faham sesatu masalah tentang kesihatan.
kredit fb dr Khairul Faizie Mohammad Kamar.
0 orang berborak di sini!