Jalan Jalan Mandi Kolam Air Panas Di Ulu Legong, Baling
By Zahirah Dzahir - 12/11/2019 11:51:00 PTG
Assalamualaikum..
Berapa kali dah Mommy pi, tetap tak jemu. Kalau tak salah Mommy, kolam air panas ni jarak dia 10km dari pekan Baling. Selalunya kami bertolak malam. Tak jauh mana dari Alor Setar. Dalam 112km. Naik highway turun Gurun dan ikut jalan biasa, laluan Sik. Kalau pi siang jangan terkejut pulak tengok suasana sunyi tak ramai orang. Mai malam ja orang ramai merenyut. Tambah pukul 12:00 keatas lagi ramai sampai ke subuh. Sebabnya kolam air panas ni orang mandi malam ja, jarang mandi siang. Kalau mandi siang pun waktu pagi ja, sebab suasana situ sejuk, suasana berbukit. Sesuai la nak jalan ambik udara pagi. Ada juga yang balik ada juga yang stay kat situ. Macam Mommy selalunya stay ja kat situ.
hujung tu kolam asal yang dikelilingi pagar
kolam asal dikelilingi pagar, panas sangat
Pesara Kerajaan, OKU & Warga Emas 60 Tahun Keatas : RM 4:00
Chalet Standart
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Chalet VIP
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Dormitory
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Tapak Khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan.
best kalau jalan time pagi, suasana sejuk, nyaman ja rasa.
tak sah kalau tak buh gambar mandi kolam
Hai semua..buat apa tu..thanks sebab sudi singgah kat blog Mommy. Ok, kali ni Mommy nak story tentang salah 1 tempat percutian yang best kat Kedah ni. Ikutkan lama dah Mommy nak story pasai tempat ni tapi dok tak dan. Dok peram ja. Kali ni tulis jugak.
Ok, tempat percutian yang Mommy maksudkan ialah kolam air panas Ulu Legong,Baling. Best tempat ni, tempat percutian santai yang sesuai untuk seisi keluarga. Kolam air panas ni diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perlancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling. Kolam air panas ni akan ramai pengunjungnya bila tiba cuti sekolah dan hujung minggu. Tak payah fikir nak pi jauh-jauh. Pi mandi kolam ni pun ok dah cumanya air panas sikit. Antara anak-anak akan suka ataupun tak ja.
Berapa kali dah Mommy pi, tetap tak jemu. Kalau tak salah Mommy, kolam air panas ni jarak dia 10km dari pekan Baling. Selalunya kami bertolak malam. Tak jauh mana dari Alor Setar. Dalam 112km. Naik highway turun Gurun dan ikut jalan biasa, laluan Sik. Kalau pi siang jangan terkejut pulak tengok suasana sunyi tak ramai orang. Mai malam ja orang ramai merenyut. Tambah pukul 12:00 keatas lagi ramai sampai ke subuh. Sebabnya kolam air panas ni orang mandi malam ja, jarang mandi siang. Kalau mandi siang pun waktu pagi ja, sebab suasana situ sejuk, suasana berbukit. Sesuai la nak jalan ambik udara pagi. Ada juga yang balik ada juga yang stay kat situ. Macam Mommy selalunya stay ja kat situ.
Cumanya nak pesan, siang situ gerai makan tak brapa nak buka. Masa Mommy pi tu tak buka. Kalau hari lain tak pasti pulak. Lebih kepada buka malam ja. Macam malam banyak gerai makan yang buka. Boleh ja nak beli makan kat situ. Kalau siang nak makan, kena keluar dari kawasan cari gerai makan. Kalau boleh tu, nak pi bawak bekal sikit. Besa la tengah seronok mandi ni tiba-tiba lapaq ada jugak benda nak makan. Tapi ada juga yang bawak perkakas untuk masak..macam dapur kecil tu. Selalunya pengunjung yang berkhemah akan masak di situ. Macam Mommy akan bawak makan untuk malam tu. Untuk breakfast bawak roti ja sebab tengahhari tu nak balik dah.
Ada yang tanya, apa yang ada di situ. Mommy nak bagi info sikit tentang kolam air panas, chalet, harga tiket dan kemudahan yang ada kat situ berdasarkan kat board yang ada kat kaunter tiket situ.
Panas tak air kolam tu.? Sebenarnya, suhu kepanasan kolam tak sama. Macam kolam untuk dewasa luas dan dalam sikit. Boleh terasa suhu panas tu. Suhu kepanasan untuk kolam kanak-kanak sesuai untuk depa. Tak la panas sangat. Cuma kolam yang pertama, kolam asal, jauh sikit dari kolam-kolam yang lain, memang panas. Kolam tu tak boleh mandi dan ada pagar keliling dia. Untuk kebersihan, setiap pagi air di setiap kolam akan ditukar dan di isi dengan air yang baru. Bila bersih, baru Kita boleh berendam sambil berehat dengan tenang.
Ada yang tanya, apa yang ada di situ. Mommy nak bagi info sikit tentang kolam air panas, chalet, harga tiket dan kemudahan yang ada kat situ berdasarkan kat board yang ada kat kaunter tiket situ.
Kolam air panas
Panas tak air kolam tu.? Sebenarnya, suhu kepanasan kolam tak sama. Macam kolam untuk dewasa luas dan dalam sikit. Boleh terasa suhu panas tu. Suhu kepanasan untuk kolam kanak-kanak sesuai untuk depa. Tak la panas sangat. Cuma kolam yang pertama, kolam asal, jauh sikit dari kolam-kolam yang lain, memang panas. Kolam tu tak boleh mandi dan ada pagar keliling dia. Untuk kebersihan, setiap pagi air di setiap kolam akan ditukar dan di isi dengan air yang baru. Bila bersih, baru Kita boleh berendam sambil berehat dengan tenang.
kolam kanak-kanak , buang air dan isi balik
kolam kanak-kanakhujung tu kolam asal yang dikelilingi pagar
kolam asal dikelilingi pagar, panas sangat
Harga Tiket
Harga tiket pula tak sama untuk setiap orang. Harga untuk penduduk baling lain..harga untuk penduduk luar Baling lain.. harga untuk foreigner pun lain.
Harga ni Mommy ikut harga kat board kat kaunter.
Dewasa Mycard ( 13 - 59 tahun ) : RM 6:00
Kanak-kanak Mykid ( 3 - 12 tahun ) : RM3.00
Dewasa tanpa Mycard (foreigner ) : RM 10:00
Kanak-Kanak tanpa Mycard (foreigner ) : RM 6.00
Dewasa penduduk Baling ( Mycard beralamat Baling ) :RM 5.00
Kanak-Kanak penduduk Baling ( Mycard beralamat Baling ) RM 2.00
Pesara Kerajaan, OKU & Warga Emas 60 Tahun Keatas : RM 4:00
Chalet kolam air panas
Selalunya, kalau pengunjung ke kolam air panas, ada yang balik ada yang tak. Kalau dekat tu maybe balik. Kalau jauh tu depa akan bermalam ja kat situ. Boleh tempah chalet yang telah disediakan. Macam Mommy sefamily suka tidur kat situ. Letih kot nak drive balik. baik stay ja kat situ. Mommy dah besa dok di chalet deluxe dan chalet pool view ( cuma chalet ni tak dak water hiter ). Tapi kalau tak mau sewa cahlet boleh ja pasang khemah. Ramai ja yang tidur dalam khemah. Kena sewa untuk tapak khemah. Bab mandi tak dak masalah. Tempat mandi pun ada.
Kemudahan bagi setiap chalet termasuk tv dan astro, aircond, peti sejuk dan kettle. Jadi, harga untuk semalam di chalet kolam air panas :
- Chalet Standart ( 1 double bed/queen size ) : RM100.00
- Chalet Deluxe ( 1 double bed + 1 single bed ) : RM 120.00
- Chalet Pool View ( 1 double bed @ 2 single bed ) : RM 130.00
- Chalet VIP ( 2 double bed / king size ) : RM 300.00
- Dormitory ( 5 double decker ) : RM 250.00
- Tapak Khemah ( 1 unit ) : RM 5.00
Chalet Deluxe ( 1 double bed + 1 single bed ) : RM 120.00
Chalet Pool View ( 1 double bed @ 2 single bed ) : RM 130.00
Chalet Standart
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Chalet VIP
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Dormitory
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Kemudahan lain yang disediakan
Untuk keselesaan para pengunjung, banyak kemudahan yang telah disediakan. Kiranya kita pergi Inshaalah akan puas hati. Jom tengok apa kemudahan yang ada
Tempat Letak Kenderaan yang luas
Surau
Medan Selera
Tandas Awam / Bilik Persalinan.
Playground
Tapak Khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan.
Dewan Seminar
(kredit pic fb Ulu Legong Hotspring )
Open Shower
dan juga Outdoor Gym, Tapak BBQ. Sorry kalau ada kemudah lagi yang Mommy terlepas pandang.
titi pendek ni jalan penghubung ke medan selera
tak sah kalau tak buh gambar mandi kolam
Macam Abang n adik kembar memang seronok mai sini..janji mandi kolam. Cumanya depa kata panas sikit. Depa lebih suka mandi pagi sebab pagikan sejuk sesuai sangat mandi kolam air panas tu. Macam Mommy n Cik Husband redah ja, malam ka pagi ka, turun berendam ja. Sekali sekala seronok jugak datang sini. Kalau plan last minit tak tau nak pi mana boleh singgah bermalam kat kolam air panas. Dari pi bercuti kat luar baik bercuti kat negeri sendiri. Tapi ikut cara masing-masing. nak pi bercuti kat mana-mana pun tak kisah. Asal jaga diri n sefamily happy.
Hingga berjumpa lagi..
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh tengok info kat bawah :
Alamat :
Instagram : ululegonghotspring
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh tengok info kat bawah :
Alamat :
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
TEL : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
FAKS : 04-4731026
Whatsapp : 019 5711024
E Mail : prapul@mdbaling.gov.my
FB : Ulu Legong Hotspring
website : http://www.mdbalingtourism.gov.my
Instagram : ululegonghotspring
~~~~~~~~
Mommy Ira
2 orang berborak di sini!
seronok tu boleh mandi kolam macam ni.. yang jauh pun boleh datang menginap kan..
BalasPadamya..memang seronok..kita tak payah fikir dah menginap kat mana..semua ada kat situ
Padam