Assalamualaikum
Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan
asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia
biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman,
diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau
kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6%
asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.
KHASIAT
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
Bagi anda yang masih baru mengenali buah
ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti
mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut
mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet,
agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade
yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa
khasiat lemon:
1.Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
2. Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
3. Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
4. Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
5. Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
6. Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
7. Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
8. Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
9. Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
10. Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
11. Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
12. Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Sumber: Majalah NONA