Assalamualaikum..
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2LZai7wDv
© Utusan Melayu (M) Bhd
----------------------------------------
Assalamualaikum..
Secara umumnya, penggunaan produk tradisional memerlukan tempoh masa lebih lama untuk memberi kesan kepada pengguna berbanding ubat terkawal.
Ujian dibuat ke atas produk tradisional ketika proses pendaftaran produk menjurus ke arah kualiti dan keselamatannya kepada pengguna saja berbanding produk berdaftar kategori lain yang diuji keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Oleh itu pengguna tidak boleh mengharapkan kesan segera dengan penggunaan produk tradisional. Kecenderungan pengguna mengambil suplemen kesihatan atau produk tradisional untuk meningkatkan taraf kesihatan mendorong segelintir pengeluar produk tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan terlarang ke dalam produk mereka.
Aktiviti itu dilakukan bagi meyakinkan pengguna kononnya produk berkenaan berkesan sebagaimana tuntutan dibuat. Hal ini berlaku akibat kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan terhadap golongan yang ada keinginan untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka.
Sikap penguna yang inginkan kesan cepat tanpa mempedulikan akibatnya turut menyumbang kepada kewujudan gejala ini.
Pemantauan Bahagian Penguatkuasa Farmasi mengesan kewujudan produk tradisional seperti jamu dan maajun menggunakan nombor pendaftaran milik produk lain dan melekatkan hologram palsu untuk menunjukkan seolah-olah produk itu berdaftar dan diluluskan.
Pengguna terpedaya dengan muslihat ini dan membeli produk yang tidak diketahui statusnya. Ada juga produk didapati menggunakan alamat palsu dan tidak dapat dikesan sumber sebenarnya.
Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari www.pharmacy.gov.my. Nombor pendaftaran atau nama produk yang tidak wujud dalam sistem dikhuatiri palsu dan harus dielak.
Bahan larangan yang biasa dikesan dalam produk tradisional seperti maajun atau jamu tidak berdaftar adalah bahan aktif bagi ubat terkawal yang hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau oleh ahli farmasi.
Antara bahan larangan yang dikesan adalah ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac, steroid seperti dexamethasone dan prednisolone, ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide.
Bahan larangan ini bergantung kepada tuntutan perubatan yang diisytiharkan pada produk itu. Antara tuntutan lazim bagi produk tradisional adalah rawatan sakit tulang, sendi, menambah tenaga dan meningkatkan selera makan.
Pengguna yang mengambil produk tradisional yang dicampur racun terdedah kepada risiko kesan sampingan kerana kuantiti yang dimasukkan ke dalamnya adalah tidak konsisten dan boleh menjadi terlalu tinggi atau rendah. Ini kerana produk itu tidak dikilangkan di premis mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Pada awalnya pengguna akan merasakan produk itu berkesan dan memberi kesan diingini, namun akhirnya mengalami kesan buruk pengambilan produk.
Kesan sampingan dialami mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan pengguna lain bergantung kepada faktor seperti taraf kesihatan, gaya hidup dan pemakanan. Tempoh masa untuk pengguna itu menunjukkan kesan sampingan dan tahap keseriusannya juga berbeza.
Kesan sampingan dialami akibat pengamblan steroid seperti selera makan yang luar biasa, sembab yang ketara (oedema), luka lambat sembuh, meningkatkan tekanan darah, kerosakan buah pinggang dan Cushing's Syndrome.
Kesan pengambilan Phenylbutazone pula menyebabkan pendarahan dalam perut, kesan melecur pada kulit, kabur penglihatan, kegagalan buah pinggang dan Steven-Johnson Syndrome. Pengambilan ubat Anti-Inflamatori Bukan Steroid (NSAIDS) pula menyebabkan gastrik, pendarahan dalam perut dan kerosakan buah pinggang
Pengguna yang mengalami kesan sampingan seperti di atas atau mengalami kesan segera apabila menggunakan produk maajun atau jamu tradisional dinasihatkan berhenti menggunakan produk dan mendapatkan nasihat dan rawatan pengamal perubatan berdaftar.
Sila bawa bersama produk diambil untuk memudahkan pengesanan. Pengguna juga boleh melaporkan salah laku berhubung penjualan produk tidak berdaftar kepada pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri masing-masing sama ada dengan datang sendiri, melalui surat atau telefon ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
Semua maklumat diterima adalah rahsia dan tidak akan disebarkan kepada pihak lain. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800 88 6722.
http://www.hmetro.com.my/
Assalamualaikum..
SOAL Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal disentuh dalam Bajet 2014 menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.
Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung GST, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Ikuti temu bual kami bersama beliau bagi memberi sedikit pemahaman kepada orang awam berhubung GST.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?
WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai menjadi Goods and services tax (GST).
Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi 10%. Tapi apabila GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya, kadar cukai yang sedang dibicarakan sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang mana semua orang sepatutnya kena bayarlah.
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia mahu dilaksanakan?
WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang mudah, yang boleh kita kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan. Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila dikira dari segi ekonomi sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut. Maka, kerajaan kena ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.
Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika dilihat dari negara-negara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak silap saya lebih kurang 20%, di AS kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain.
Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik tahun ini, pasti naik tahun depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan dimulakan, ia akan bermula dengan kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah 4%.
SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?
WAN SAIFUL: Dari segi pelaksanaan GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi berbeza daripada sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan GST sebanyak 4%, maka harga pasti akan naik sebanyak 4%. Itu tidak dapat dielak sebab ada cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan. Sekiranya kerjaan mengatakan bahawa mereka menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin akan berlaku proses penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi, mungkin ia akan turun jadi tengah-tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit. Malahan ada juga ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya GST diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu sedikit. Kerana GST diperkenalkan kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi, impak kepada harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada kadar yang ditentukan.
Tapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap tidak popular sebab rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai. Sebelum ini tak ada cukai. Itu tak betul. Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar dalam bentuk cukai yang lain.
Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya, secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan masing-masing, tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. perkara ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar. Tapi walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif.
SINAR HARIAN ONLINE: Implikasi pelaksanaan GST terhadap golongan pertengahan ke bawah dan tidakkah GST ini akan menambah beban rakyat berpendapatan rendah?
WAN SAIFUL: Saya rasa masih terlalu awal untuk kita nak jangka, ia menambah beban rakyat atau mengurangkan beban rakyat sebab ia amat bergantung kepada kadar yang dikenakan. Jika kadar rendah dan dihapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, maka harga barang mungkin turun. Jadi, ia bergantung pada kadar yang dikenakan. Saya rasa kita tak boleh buat judgement awal terhadapnya. Tapi yang pastinya ialah, kalau rendah sekalipun sekarang dalam masa 5, 10, 15 tahun, saya pasti ia akan naik.
SINAR HARIAN ONLINE: Negara Asean yang melaksanakan GST dan bagaimana kesannya kepada negara dan rakyat itu sendiri?
WAN SAIFUL: Biasanya, kebanyakan negara memang ada GST. Di sebelah selatan, di Singapura, memang ada. Banyak juga negara lain yang melaksanakan GST.
Dari segi kesannya kepada sumber kewangan negara sudah tentu ini mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada satu-satu sumber tententu. Contohnya, dalam konteks Malaysia, kalau kita nak mempelajari pengalaman daripada negara lain. Kita amat bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas. Jadi, dengan adanya, cukai seperti GST, maka diharapkan kebergantungan kita kepada Petronas boleh berkurangan. Petronas boleh menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat kepada lebih baik.
Dalam bahasa mudahnya, asas cukai, sumber pendapatan negara akan menjadi lebih luas.
SINAR HARIAN ONLINE: Jika GST mahu dilaksanakan, apa sebenarnya yang kerajaan perlu ambil perhatian?
WAN SAIFUL: Saya rasa pendidikan terhadap rakyat itu amat penting. Sekarang ini, saya juga agak kecewa melihat kualiti perdebatan kita sebab apa-apa isu timbul, terus nak dijadikan isu politik kepartian. Satu parti kata nak buat, satu parti bantah. Satu parti bantah, satu parti kata bantahan itu salah. Ia menyebabkan kualiti perbincangan kita turun kepada satu tahap yang amat rendah sebenarnya. Iaitu sama ada parti aku yang betul atau parti kau yang betul, tak ada cara tengah-tengah. Mungkin sebenarnya, ada fakta yang dilupakan.
Saya rasa dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita. Saya rasa peranan media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa GST ini ada kebaikan dan keburukan. Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga barang mungkin turun. Saya tak pasti. Bergantung kepada kadar. Tapi dalam jangka panjang, ia pasti akan naik.
Jadi, pendidikan itu amat penting. Pendidikan itu perlu disertakan dengan proses menyedarkan rakyat bahawa sekarang apabila anda semua membayar cukai, maka anda perlu menuntut lebih banyak kebertanggungjawaban daripada kerajaan, jangan sambil lewa, seolah-olah duit itu tiada kena mengena dengan kita.
SINAR HARIAN ONLINE: Encik Wan menyebut mungkin kerajaan akan menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi kemungkinan itu...
WAN SAIFUL: Saya rasa memang tujuan kerajaan mewujudkan GST untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
SINAR HARIAN ONLINE: Nasihat atau cadangan Encik Wan untuk rakyat sendiri untuk berdepan dengan perkara ini?
WAN SAIFUL: Kita kena sedar bahawa cukai ini ialah satu bentuk pengambilan dana daripada rakyat yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau rakyat tidak membayar cukai, maka boleh dikenakan tindakan.
Kalau nak beri dalam bahasa yang mudah, sebenarnya perbezaan antara cukai dengan mencuri sedikit sahaja sebenarnya. Mencuri salah di sisi undang-undang. Cukai halal sebab ada undang-undang yang menghalalkannya. Tapi kedua-duanya adalah proses pengambilan wang daripada A untuk diberi kepada B. Satu berlaku dengan cara paksaan dan satu cara yang dihalalkan oleh Parlimen. Tapi tetap paksaan juga sebab kalau tak bayar, masuk penjara.
Jadi, itu prinsip asal cukai. Sebab itu penting rakyat sedar kita kena ambil peduli bagaimana wang ini dibelanjakan kerana ianya diambil daripada kita secara paksa. Tapi kita kena sedar juga bahawa proses pembayaran cukai ataupun tindakan membayar cukai adalah tanggunjawab sebab sekiranya tidak ada cukai yang dikenakan, semua perkhidmatan awam yang kita nikmati sekarang, tak dapat diberikan.
http://www.sinarharian.com.my
Assalamualaikum
Baru baru ni diumumkan harga minyak
naik 20 sen bagi RON95. Semua pakat kelam kabut. Macam2 reaksi yang kita dengar. Mana taknya bila harga minyak naik, maka naiklah juga harga untuk barang keperluan hidup.
Jadi, kita harus bersiap sedia dan memikirkan cara2 untuk menghadapi kesan dari kenaikan minyak ni. Sekurang kurangnya, kita tak gelabah dan susah hati dalam perbelanjaan harian kita.
Tips Menghadapi Harga Minyak Naik:
1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan
Dari catatan ini, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.
2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu
Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling mudah hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah – rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar dan majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.
3. Tambahkan pendapatan
Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan menjual secara dropship, menjadi affiliate, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju - selain dari di atas, mungkin ada lagi cara2 yang boleh kita dapatkan wang.
4. Mula menabung
Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.
5. Melabur untuk pendapatan pasif
Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.
6. Tambah ilmu
Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!
7. Bertindak
Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.
Semoga anda berjaya.
credit - the vocket
Assalamualaikum
GUNUNG Ontake meletup September lalu, meragut 51 nyawa.
- Gambar hiasan
Jepun: Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.
Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini.
Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu.
Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain.
Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia.
Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus.
Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan.
Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa.
"Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa," menurut profesor berkenaan.
Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.-Agensi

- http://www.hmetro.com.my/-
Assalamualaikum
Saya ada jumpa info grafik Piala Dunia yang menarik dalam mymetro..so..nak kongsi la dalam blog ni..saja suka suka..
credit mymetro
--------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Assalamualaikum
Pernahkah anda mengalami rasa tekanan yang melampau dan tidak mempunyai idea lalu anda rasa sakit?
Disini kami kongsikan 10 cara mudah untuk menjadi kreatif dan gembira!
1. Buat senarai.
Senaraikan perkara untuk dibuat pada hari ini, senarai impian atau senarai kerja-kerja yang penting.
Senarai atau lebih dikenali things to do list adalah memudahkan minda kita untuk berehat dan mudah untuk menerima ilmu dan idea baru kerana, anda telah buat senarai tindakan anda. Anda tahu apa matlamat yang akan anda lakukan!

2. Sentiasa membawa buku nota.
Pernahkah anda berada dalam situasi yang tiba-tiba sahaja anda mendapat idea yang macam best? Tapi masalahnya, anda tidak dapat mencatatkan idea tersebut disebabkan anda tiada pen dan buku nota, lalu idea yang anda rasa best itu pun hilang. Anda jadi stress.
3. Sentiasa menulis minimum 400-500 patah perkataan setiap hari.
Dengan menulis, minda akal anda sedang digunakan dengan baik. Apa yang anda perlu tuliskan?
Tulislah perkara-perkara yang boleh merangsang semangat motivasi diri anda, hati anda atau anda dapat rasakan tulisan anda mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Anda jadi optimis.
Tulislah perkara-perkara yang boleh merangsang semangat motivasi diri anda, hati anda atau anda dapat rasakan tulisan anda mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Anda jadi optimis.
4. Jauhi komputer apabila tiada perkara yang penting yang perlu dibuat dengan menggunakan komputer.
Sekarang ini, kita sentiasa berada di depan komputer, laptop. Oh ya, termasuk juga smartphone.
Anda akan habiskan masa yang sia-sia dengan sosial media yang anda tidak uruskan dengan baik. Kami ingin anda jika tiada kerja yang melibatkan komputer, tinggalkan komputer itu lalu, pergi lihat dunia anda yang sangat ohsem!

5. Jangan sering kali menyalahkan diri sendiri.
Bila anda menyalahkan diri sendiri, anda susah untuk kehadapan, moving forward. Anda telah meletakkan diri anda dalam keadaan tertekan. Lantaran itu, anda tidak dapat melihat jalan keluar, menjadi lebih baik serta menjadi seorang yang kreatif.
6. Apabila dalam kekalutan dan stress, berehat sebentar.
Cari masa ketenangan dan keamanan untuk diri sendiri. Lupakan segala perkara kerja yang memenatkan fizikal dan mental.
Buatlah apa yang anda minat. Bermain bola, bermain permainan video, memancing, makan, masak dan lain-lain. Yang penting, anda hargai diri anda, buat diri sendiri gembira, kemudian, anda akan rasa tenang dan anda menjadi hebat semula.
7. Minum kopi.
Ia memberikan ketenangan dan tenaga untuk kekal fokus dan produktif.
Kopi mempunyai kelebihan dalam memberikan ketenagan dan tenaga. Sebab itu, ia sangat diminati oleh rakyat USA. Tidak boleh minum kopi, minumlah miunman yang anda suka dan layan kesedapan minuman itu. Minda jadi lapang, berdesup idea berpeluang masuk.
8. Dengar muzik yang bersesuaian dengan halwa telinga dan selera anda.
Muzik mampu memberikan ketenangan pada diri bergantung kepada citarasa individu. Dengan muzik, anda seolah-olah mengembara. Anda berada di dunia anda. Lalu, anda berpeluang menjana idea kreatif.
9. Sentiasa terbuka dan berlapang dada. Positif dan optimis.
Bila anda berlapang dada, optimis, anda akan merasa bebas, anda akan sentiasa. Anda sudah menyingkirkan segala benda yang negatif dalam diri. Bila anda dalam keadaan yang positif, anda boleh berfikir dengan baik dan kretif itu pun mengetuk pintu kotak pemikiran anda.
10. Pastikan diri anda dikelilingi dengan orang-orang yang kreatif sama ada pergaulan di luar atau alam maya.m maya.
Ya, orang disekeliling anda mampu memberikan inspirasi kepada anda. Idea daripada mereka mampu mencambah pemikiran anda sebab pengalaman, pembacaan dan idea yang berbeza.
Kesimpulan :
Ini antara 10 cara yang mampu untuk membuatkan anda menjadi kreatif. Orang kreatif, dia mampu menjadi individu yang hebat. Sesungguhnya, manusia itu memang hebat! Tiada alasan untuk anda menjadi lemah.
credit - Edi Rozaidi
Assalamualaikum..
Kebanyakkan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan
mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti
beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran
mereka.
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai
kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat,
kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau
mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan
membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu
menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan
hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan
tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal.
Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan
dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka
disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara
bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu
dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal
sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin
dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu
wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya.
Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal
mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita
yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang
sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki
mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci
oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada
juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan
senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita
lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil
lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi
apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut
mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami
dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu
sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati
mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika
wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji
semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh
kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan
dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat
kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan
sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih.
Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu
menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang
berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang
cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil.
Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat
sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang
‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak
eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan
suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka
menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki
sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai
masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan
mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi
mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan
akan membuatkan wanita menjauhi anda.
- bacaan dari google
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi,
semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup
bahagia.
1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.
3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.
4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.
5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.
6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.
7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.
9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.
10. Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.
12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.
13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya.

pa&ma
Assalamualaikum
Anda tentu teruja apabila dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak.
Apatah lagi, jika dia merupakan ahli keluarga yang baru sahaja disambut
kelahirannya. Namun, disebabkan tekanan hidup, anda terpaksa memberi
keutamaan kepada kerjaya demi menstabilkan ekonomi keluarga. Situasi
sebegini menjadi cabaran buat anda untuk mencari masa yang berkualiti
bersama si manja. Ikuti beberapa panduan kekeluargaan berikut yang
mungkin dapat membantu menghindarkan rumah tangga anda daripada menjadi
tidak keruan.
Katakan Tidak!
Anda seharusnya belajar untuk berani melafazkan tidak kepada sesuatu perkara atau tugasan yang tidak penting. Sebaliknya berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting seperti bermain dengan anak-anak atau meluangkan masa berbincang dengan pasangan.
Pentingkan Kesihatan
Bagi sebuah rumah tangga, aspek kesihatan yang tidak terjaga mampu menyumbang kepada masalah yang lebih rumit. Oleh yang demikian, cari “kunci” untuk keluarkan keluarga anda daripada sebarang masalah berkaitan kesihatan. Misalnya, elakkan daripada menyediakan makanan yang tidak berkhasiat untuk seisi ahli keluarga.
Gila Kerja
Jika anda terlalu gila bekerja, hentikan! Sebaliknya, berpada-padalah. Memang benar wang penting untuk membina keluarga. Apatah lagi jika anda adalah pasangan suami isteri yang masih muda. Namun, apa gunanya wang yang banyak jika masa bersama keluarga tidak diendahkan. Apakah anda mahu anak di rumah membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sempurna? Tentu sahaja ia akan menjejaskan masa depan mereka.
Bersederhana
Hidup memang kompleks terutamanya bagi anda yang sedaya upaya memenuhi pelbagai permintaan dan keperluan dalam rumah tangga. Jangan begitu! Cubalah jalani kehidupan seharian dalam kadar yang sederhana. Tidak perlu berbelanja berlebihan. Cukup sekadar mengikut kemampuan.
Mesra Keluarga
Seelok-eloknya cari tempat kerja yang mengutamakan konsep mesra keluarga. Mungkin ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi kebaikan yang bakal diperoleh jika anda bekerja di syarikat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dapat dilihat pada keluarga anda sendiri.
Malam Keluarga
Sebelum ini hari bersama keluarga diraikan beberapa kali dalam setahun dan tidak kurang juga ada yang hanya menunggu cuti panjang untuk berkumpul bersama keluarga. Apalah salahnya, mulai daripada saat ini, anda ciptakan malam keluarga dan laksanakannya pada hari yang dirasakan sesuai.

pa & ma
Assalamualaikum
Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.
Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan sama ada pantang secara tradisional mahupun moden, terpulang kepada anda sendiri.
Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan.Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, ikuti tip mudah di bawah :
1. Menyusui
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.
2. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan sekali gus menyusu badan perlu banyak minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.
3. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sembarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuba ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.
4. Olahraga
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan kereta sorong atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.
5. Makan Hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.
6. Sertai Kelas Olahraga Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat. Sebaiknya, susui bayi dahulu sebelum mula berolahraga.

Semoga tips ni sikit sebanyak dapat membantu para ibu kembali lansing. Boleh juga jika nal amalkan supplemen tambahan seperti Shaklee kerana terdapat juga vitamin yang boleh membantu dalam turunkan berat badan. Klik di SET KURUS untuk info lebih lanjut.
pa n ma
Gerunnya rasa hati tatkala membaca pelbagai berita mengenai nasib bayi kecil yang meninggal dunia akibat tersedak susu di taska, didera oleh pengasuh, terjatuh di rumah pengasuh dan pelbagai lagi kejadian ngeri.
Sebagai ketua keluarga berita tersebut amat menggusarkan hati. Apatah lagi jika baharu dikurniakan bayi yang comel. Percaya atau tidak dalam menghadapi situasi ini, ada keluarga yang mengambil keputusan drastik untuk mengelakkan daripada perkara buruk terjadi kepada si comel tersayang.
Biasanya si isteri yang berkorban berhenti kerja demi memberi tumpuan menjaga anak tetapi pada masa kini ia bukan lagi suatu perkara yang baharu apabila si suami selaku ketua keluarga pula yang rela hati melepaskan kerjaya di pejabat untuk bergelar Mr Mama.
Walaupun umum sedia maklum tugas hakiki seorang suami adalah bekerja mencari nafkah untuk keluarga di luar rumah dan menyediakan keperluan di dalam rumah tangga. Namun tuntutan kehidupan hari ini mencetuskan fenomena baharu Mr Mama yang menjadikan suami pengurus rumah tangga.
Salahkah? Tidak mengapa, kewujudan Mr Mama bukan satu kesalahan. Mungkin bagi sesetengah masyarakat yang masih bersikap konservertif dan ortodoks akan memandang serong peranan baharu Mr Mama. Mereka lebih terbiasa dengan situasi isteri/ibu yang perlu duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Tetapi jika ia sudah disepakati oleh kedua suami dan isteri, ia tiada sebarang masalah. Bahkan biasanya Mr Mama bukan sekadar menjaga anak dan menguruskan tugas-tugas rumah tangga, mereka juga bekerja sendiri dari rumah. Maka, jangan salah anggap kerana Mr Mama masa kini juga punya punca pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada si isteri sahaja. Bezanya mereka bekerja sendiri dari rumah dan punya masa lebih fleksibel.
Bertuahlah bagi isteri yang punya suami sanggup berkorban meninggalkan kerjaya hebat di pejabat demi memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan rumah tangga dalam keadaan selamat dan selesa.

Petang tadi, berlakunya angin kencang dan ribut petir di Pandamaran, Perlabuhan Klang. Kejadian berlaku kira2 jam 2 petang
photo credit laman web n astro awani
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
Baru saya perasan, 2-3 hari ni..pakat dok update status kat fb 1 menu ni..Jeruk Asam Boi..uihhh..tengok gambar pun dah sedap..kalau makan lagi sedap. Meleleh ayaq liuq. Mulanya dok tengok pakat buat sendiri. Lepas tu pakat joi pulak. Memang permintaan Jeruk Asam boi ni tinggi..pakat nak beli. Ada 2 jenis, pelam dan epal. Kalau nak buat sendiri pun boleh, kena cari buah pelam tak pun buah epal tapi kena rajin.
sedapkan..tengok pun dah teringin. kalau rajin boleh buat kalau tak beli ja..
- Mummy Ira -