Tips Langsing Selepas Bersalin

By Zahirah Dzahir - 10/24/2014 04:42:00 PTG

Assalamualaikum

Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.


Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan sama ada pantang secara tradisional mahupun moden, terpulang kepada anda sendiri.

Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan.Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, ikuti tip mudah di bawah :

1. Menyusui
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.

2. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan sekali gus menyusu badan perlu banyak minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.

3. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sembarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuba ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.

4. Olahraga
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan kereta sorong atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.

5. Makan Hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.

6. Sertai Kelas Olahraga Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat. Sebaiknya, susui bayi dahulu sebelum mula berolahraga. 

Semoga tips ni sikit sebanyak dapat membantu para ibu kembali lansing. Boleh juga jika nal amalkan supplemen tambahan seperti Shaklee kerana terdapat juga vitamin yang boleh membantu dalam turunkan berat badan. Klik di SET KURUS untuk info lebih lanjut.

pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!