Tips Ibu Bapa Seimbangkan Rumah Tangga

By Zahirah Dzahir - 10/24/2014 04:59:00 PTG

Assalamualaikum


Anda tentu teruja apabila dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak. Apatah lagi, jika dia merupakan ahli keluarga yang baru sahaja disambut kelahirannya. Namun, disebabkan tekanan hidup, anda terpaksa memberi keutamaan kepada kerjaya demi menstabilkan ekonomi keluarga. Situasi sebegini menjadi cabaran buat anda untuk mencari masa yang berkualiti bersama si manja. Ikuti beberapa panduan kekeluargaan berikut yang mungkin dapat membantu menghindarkan rumah tangga anda daripada menjadi tidak keruan.

Katakan Tidak!
Anda seharusnya belajar untuk berani melafazkan tidak kepada sesuatu perkara atau tugasan yang tidak penting. Sebaliknya berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting seperti bermain dengan anak-anak atau meluangkan masa berbincang dengan pasangan.


Pentingkan Kesihatan
Bagi sebuah rumah tangga, aspek kesihatan yang tidak terjaga mampu menyumbang kepada masalah yang lebih rumit. Oleh yang demikian, cari “kunci” untuk keluarkan keluarga anda daripada sebarang masalah berkaitan kesihatan. Misalnya, elakkan daripada menyediakan makanan yang tidak berkhasiat untuk seisi ahli keluarga.


Gila Kerja
Jika anda terlalu gila bekerja, hentikan! Sebaliknya, berpada-padalah. Memang benar wang penting untuk membina keluarga. Apatah lagi jika anda adalah pasangan suami isteri yang masih muda. Namun, apa gunanya wang yang banyak jika masa bersama keluarga tidak diendahkan. Apakah anda mahu anak di rumah membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang sempurna? Tentu sahaja ia akan menjejaskan masa depan mereka.


Bersederhana
Hidup memang kompleks terutamanya bagi anda yang sedaya upaya memenuhi pelbagai permintaan dan keperluan dalam rumah tangga. Jangan begitu! Cubalah jalani kehidupan seharian dalam kadar yang sederhana. Tidak perlu berbelanja berlebihan. Cukup sekadar mengikut kemampuan.


Mesra Keluarga
Seelok-eloknya cari tempat kerja yang mengutamakan konsep mesra keluarga. Mungkin ia bukan suatu perkara yang mudah tetapi kebaikan yang bakal diperoleh jika anda bekerja di syarikat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dapat dilihat pada keluarga anda sendiri.


Malam Keluarga
Sebelum ini hari bersama keluarga diraikan beberapa kali dalam setahun dan tidak kurang juga ada yang hanya menunggu cuti panjang untuk berkumpul bersama keluarga. Apalah salahnya, mulai daripada saat ini, anda ciptakan malam keluarga dan laksanakannya pada hari yang dirasakan sesuai.
pa & ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!