" Pernah Dengar Pasal SLIPPED DISC " | Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar
3/24/2019 11:31:00 PTG
Assalamualaikum
Sedikit info tentang SLIPPED DISC
Patient aku
selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya "
pernah dengar pasal Slipped Disc?"
Dia jawab
" Masalah tidur ( sleep) ke doktor?"
Slipped disc ni
makin banyak kita jumpa.
Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).
Utk mudah faham
tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita
terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun
antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf
tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal
cord kita.
Antara tulang
vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral
disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa
kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped
disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus
fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT
BELAKANG tu.
Kalau tekanan
makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak.
Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / di
himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG
POWER pada kaki.
PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat....dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walaubagaimana
pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:
- Trauma /
jatuh / accident
- Obesiti -- berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
- Obesiti -- berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
- Kerja /
aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang /
membongkok
- Gaya hidup
pemalas ( sedentary lifestyle) - Senaman regular membantu kurangkan berat badan
& kuatkan muscle belakang badan( yg akan support tulang belakang)
- Selalu
memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran
dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
RAWATAN:
Tak semua
Slipped disc perlu pembedahan,
Majoriti perlu
ambil pain killer bila sakit.
Suntikan
steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan
keradangan ( inflammation).
Physiotherapy
secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes
kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak
tahu secara detail...Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda
akan explain dengan lanjut.
Rawatan
alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan
( temporary),
sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation
process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar
masuk ke tempat asal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kredit fb Dr Khairul
Faizie Mohammad Kamar