Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang VAKSIN Malaysia
By Zahirah Dzahir - 3/21/2019 04:14:00 PTG
Assalamualaikum
Ada antara kita yang tahu dan ada yang
tak tahu mengenai vaksin. Kita bawa ja anak anak pi cucuk, baru doctor akan
terangkan untuk apa setiap vaksin tu. Macam Mommy pun tak tahu jugak, tahu nama
vaksin tapi tak tahu setiap keperluan dari vaksin tu. Dalam fb Dr.Amirul Amzar ada
terangkan sikit mengenai vaksin ni. Jom baca
JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA
Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan
Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau
di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.

1. BCG
Diberi seawal lahir, ia mencegah
dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk
Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi
mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous
meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan
cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.
2. Hep B
Diberi dengan dos 3 siri iaitu
seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis
B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan
jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan
virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja,
pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.
3. DTaP + IPV + HiB
D untuk diphtheria. Corynebacterium
diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan
kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga
mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada
kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh
merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak
anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam
tu lah bila mereka dijangkiti.
T untuk tetanus. Bahasa Melayunya
dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau
kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam
tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk
melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat
teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal
kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada
mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.
aP adalah untuk Pertussis. A tu
untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang
dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar
batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena,
memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan
seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin,
walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.
IPV adalah inactivated polio
vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen
je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi
mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi
baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula
kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin.
Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot
pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak
bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.
HiB adalah vaksin untuk hemophilus
influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali
tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang
selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.
4. MMR
Haa, yang ni banyak kontroversi.
Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini
menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan
tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian
dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau
merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.
M pertama adalah untuk measles.
Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu
juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain
yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem
ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan
masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan
ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia
sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka
kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian
akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.
M nombor 2, mumps. Ianya adalah
sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar
air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu
komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur
anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan
kemandulan.
R untuk rubella. Ianya juga demam
dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti
sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil,
mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku
wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak
tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.
5. HPV.
Ini vaksin baru. Ianya
diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini
adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak,
kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita
di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak
gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini
kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan
kanser pada pangkal rahim.
6. JE.
Ianya vaksin khas untuk
Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab
risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini
adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak
kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi
50%.
Jadi, ini lah kesemua vaksin yang
disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung
dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.
0 orang berborak di sini!