Assalamualaikum..
DAGING BAKAR ALA THAI
*Proses Pertama ( Penyedian Daging )
1.Daging ~ 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih ~ 3 ulas
3.Bawang Merah ~ 1 ulas
4.Kicap Manis ~ 2 sudu Besar
5.Sos Tiram ~ 1 sudu Besar
6.Garam ~ 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai ~ 1 Batang
Cara Membuatnya
- Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama.
- Dipotong nipis setebal daging burger.
- Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
- Campurkan Kicap manis,Sos Tiram
- Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
- Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.
*Proses Kedua ( Sos untuk cicah )
1.Cili padi/cabai melaka ~ 5 biji
2.Cili Merah ~ 1biji
3.Belacan
4.Bawang puith ~ 2 ulas
5.bawang Besar ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis ~ 1biji
10.Asam Jawa ~ 3 biji/ambil airnya sahaja
Cara cara:
- Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit med high
- Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat
- SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP (simpan ditempat yang selamat)
- SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH bolehlah dibakar sehingga daging masak...
kredit fb Resepi Masakan Terkini's photo.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Apabila kita sakit
mesti kita kan mengeluh tapi bila kita sakit tentu ada hikmah disebalik sakit
tu.
Apabila Allah SWT
beri kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya. Dan di antara hikmahnya :
1) Sakit itu Zikrullah.
Bukti: Mrk yg di uji dgn sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar.
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah utk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah.
Org yg sakit akan lebih byk waktu merenung diri dlm sepi, menghitung-hitung bekal utk kembali.
4) Sakit itu Jihad.
Org yg sakit tidak boleh menyerah kalah, di wajibkan utk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu utk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat.
Yg sakit selalu suka menasihati yg sihat agar jaga diri.
Yg sihat menasihati yg sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yg jarang dtg jengok akan dtg menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dpt buah tgn lg.
8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari org yg sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Di ajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah di sesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan byk menangis.
Satu sikap keinsafan yg di sukai Rasulullah s.a.w. dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sgt.
Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak di paksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat utk menghadapinya.
Semoga perkongsian ini bermanfa'at untuk semua..
kredit Bahagian Dakwah JAKIM
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita muslim
1. Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dah semacam hantu loceng
– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5.
Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Seperti bersolek (make-up) dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
– Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10.
Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan pd orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11.
Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya selain di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12.
Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah
mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita
yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk badan dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Wan Nurul Husna memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu.
Majlis disempurnakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Seramai 370 pelajar daripada sembilan sekolah tahfiz menerima sijil penghargaan di atas kecemerlangan masing-masing.
Wan Nurul Husna membawa pulang wang tunai RM1,000, pakej umrah, komputer riba dan sijil penghargaan.
Menurut pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah itu, dia aktif menyertai beberapa pertandingan menghafal al-Quran dan meraih tempat kedua melalui Majlis Menghafal al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kategori 10 Juzuk, tahun lalu.
“Selain menghafal al-Quran, saya berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik. Saya mahu berjaya dalam kedua-dua bidang ini demi mencapai cita-cita sebagai arkitek.
“Walaupun sibuk dan jadual padat namun saya bersyukur kerana dapat membahagikan masa dan memperuntukkan dua jam sehari untuk menghafal al-Quran serta dua jam lagi untuk akademik.
“Ia penting demi masa depan dan saya tidak mahu menoleh ke belakang kerana banyak persaingan pada masa akan datang,” katanya.
Wan Nurul Husna anak bongsu daripada enam beradik kepada pasangan Wan Shukri Wan Hussein, 52, dan Nisah Zakaria, 55, berkata, dalam tempoh tiga tahun, dia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran berserta terjemahannya.
Sementara itu, pelajar terbaik menghafal al-Quran di bawah tempoh tiga tahun, Mohamad Murabbi As Solihin Kayati, 15, berkata, untuk melakukannya, dia menjaga pemakanan dan tidak mengambil makanan segera.
“Sebaik bangun tidur, saya akan mengambil kismis dan buah kurma untuk menguatkan daya ingatan.
“Saya amalkan disiplin ini demi mencapai impian untuk menjadi penghafal al-Quran berjaya dan melanjutkan pelajaran di Madinah, Arab Saudi,” katanya.
harian metro