Assalamualaikum..
gerhana bulan penuh
JEDDAH – Jemaah haji
dari serata dunia yang berada di Arab Saudi dapat menyaksikan gerhana bulan
penuh Isnin ini, iaitu fenomena yang jarang-jarang berlaku di negara yang
menempatkan kota Makkah dan Madinah itu.
Persatuan Astronomi
Jeddah yang dipetik portal ArabNews sebagai menyatakan, penduduk di Arab Saudi
dijangka mampu menyaksikan gerhana bulan penuh sebelum waktu syuruk atau terbit
matahari pada pagi Isnin.
Fenomena alam semesta
yang cukup nadir itu juga dapat dilihat dengan jelas di seluruh rantau Timur
Tengah selain benua Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Afrika, lapor
pelbagai media massa tempatan pada Ahad.
Beberapa ulama
menegaskan kejadian ciptaan Allah SWT itu tiada kaitan dengan peristiwa
berdarah tragedi kren tumbang di Masjidil Haram dan rempuhan jemaah di Mina
baru-baru ini yang menyaksikan ratusan mati syahid.
Menurut laporan itu
lagi, Presiden Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahirah yang juga seorang
jurutera berkata, gerhana bulan penuh berbeza daripada apa yang pernah dilihat
warga Arab Saudi sejak 30 tahun lalu.
Ujar beliau, ini
adalah gerhana bulan penuh yang jarang berlaku, malahan hanya muncul sebanyak
empat kali sahaja dalam abad ke-20. Ia pernah direkodkan berlaku pada 1910,
1928, 1964 dan kali yang terakhir pada 1982.
Majid bahkan
menjelaskan lagi: “Garis pusat ukur lilit pada bulan tersebut akan menjadi 13
peratus lebih besar berbanding saiz gerhana bulan separuh penuh yang pernah
berlaku ketika April lalu.“
Tidak seperti
kejadian gerhana matahari, seseorang tidak akan ada masalah untuk mencerap
fenomena gerhana bulan itu secara langsung dengan penglihatan mata kasar atau
pun hanya menggunakan teropong biasa.
“Di Arab Saudi,
pelbagai peringkat gerhana bulan tidak dapat dilihat. Kami hanya dapat melihat
separuh pertama gerhana dan kemudian ia akan beransur-ansur mencapai gerhana
penuh,” katanya kepada ArabNews lagi.
Masa bagi peringkat
gerhana bulan di Arab Saudi adalah sama. Sebahagian akan bermula pada pukul
4.07 pagi (9.07 pagi waktu Malaysia) dengan permulaan kemasukan sebelah kanan
atas bulan ke bayang-bayang bumi.
Proses alamiah
tersebut tambah Majid, akan berterusan lebih daripada sejam. Manakala sekitar
masa subuh pada pukul 5.47 pagi (10.47 pagi waktu Malaysia) pula fenomena
gerhana bulan penuh akan terjadi secara sepenuhnya.
“Ini akan dapat
dilihat hanya di bahagian barat Arab Saudi termasuk meliputi tanah suci Makkah
dan Madinah, tetapi tidak akan dapat dilihat di kawasan timur dan tengah negara
berkenaan,” kata beliau.
Bulan akan muncul
paling besar dapat dilihat mata manusia apabila ia berada dalam kedudukan
paling dekat dengan bumi untuk tahun ini pada pukul 5.50 pagi (10.50 pagi waktu
Malaysia). – Agensi
- Mummy Ira -