Assalamualaikum..
Memudahkan Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memberi khasiat
kepada bayi anda pada awal kehidupannya. Ibu ibu disarankan agar menyusukan
bayi anda secara eksklusif bagi tempoh 6 bulan pertama, di mana bayi diberi
susu ibu semata-mata tanpa tambahan makanan atau minuman lain, termasuk air.
Kemudiannya bayi boleh diberi makanan pelengkap dan penyusuan susu ibu
diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun atau lebih.
Penyusuan susu ibu merupakan sentuhan kulit ke kulit paling
semula jadi di antara ibu dan bayinya. Seorang ibu boleh mula menyusukan
bayinya dalam tempoh 1 jam sejurus selepas kelahiran. Kemahiran menyusukan bayi
memerlukan masa dan latihan, terutama bagi wanita yang baru menjadi ibu buat
pertama kali. Namun dengan kemahiran yang betul dari awal, penyusuan susu ibu
sememangnya boleh menjadi suatu yang mudah.
Dapatkan posisi yang selesa bagi diri anda dan bayi kerana
ia akan memudahkan penyusuan susu ibu. Terdapat beberapa cara untuk memegang
bayi untuk penyusuan.
Memerah susu ibu
Kebanyakkan ibu bekerja bimbang tidak dapat meneruskan
menyusukan anak mereka apabila kembali bekerja. Jangan bimbang, ibu ibu boleh
memerah dan meyimpan susu. Susu ibu boleh diperah dengan tangan dan pengepam payudara.
Memerah dengan tangan
- Basuh tangan anda dengan bersih.
- Urut payudara anda perlahan lahan, kebawah menuju ke arah areola.
- Pegang payudara anda dengan sebelah tangan, jangan terlalu rapat pada puting. Angkat sedikit payudara dan tekan perlahan lahan ke dalam ke arah dada anda.
- Tekan payudara anda dengan lembut menggunakan gerakan beralun jari jari menuju ke puting.
- Tenangkan jejari anda buat beberapa saat kemudian ulang semula gerakan yang sama. Elak daripada memicit pangkal putting anda, kerana ia akan menyebabkan susu berhenti mengalir.
Menggunakan Pengepam
Susu ibu juga boleh diperah menggunakan pam. Sebelum mula,
jangan lupa mensterill semua peralatan dan membasuh tangan anda. Setiap pam
mempunyai arahan yang berbeza, jangan lupa untuk merujuk kepada manual produk
sebelum mula menggunakan pam. Jika terdapat kemusykilan, jangan teragak agak
untuk menghubungi doktor anda atau pakat laktasi.
Menyimpan perahan susu
Setelah memerah, simpan susudengan cara yang bersesuaian. Setiap
bekas hendaklah ditandakan dengan tarikh dan disimpan pada suhu yang betul.
Penyusuan susu ibu, seperti kemahiran kemahiran lain yang baharu dipelajari, boleh dilatih sehingga menjadi sesuatu yang mudah dilakukan.
sumber Persatuan Pediatrik Malaysia
- Mommy Ira -