Assalamualaikum..
Kalau ada
yang tak tahu apa itu Duromine..baca info yang Mommy share ni. Sesapa yg nak
ambek Duromine lebih baik jumpa doktor dan makan atas pengawasan doktor ok..
Duromine 15mg
Duromine
Apakah
itu Duromine?
Duromine
merupakan sejenis produk yang mengandungi bahan aktif Phentermine. Phentermine
merupakan sejenis ubat perangsang di mana struktur kimianya menyerupai amfetamine.
Produk tersebut diformulasikan dengan sejenis resin untuk membolehkan
phentermine diserap secara terkawal agar kesan rawatan Duromine dapat
dikekalkan untuk seharian.
Apakah
kegunaan Duromine?
Duromine
digunakan untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit yang telah dikenalpasti
oleh doktor mengalami masalah berat badan berlebihan. Duromine digunakan
sebagai sebahagian daripada usaha dalam mengurangkan berat badan disamping
mengamalkan cara pemakanan sihat dan senaman. Duromine hanya boleh diperolehi
melalui preskripsi doktor. Ubat tersebut juga mempunyai kegunaan lain. Sila
bertanya kepada doktor ataupun ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat
terperinci.
Bagaimanakah
Duromine bertindak?
Phentermine
bertindak dengan mengurangkan selera makan. Ia bertindak dan mempunyai kesan
pada fungsi tertentu dalam otak yang mengawal selera makan, dan seterusnya
menyebabkan anda rasa kurang lapar.
Apakan
dos Duromine yang sesuai?
Dos
biasa untuk orang dewasa dan kanak-kanak melebihi 12 tahun, ialah satu kapsul
sekali sehari di waktu pagi. Dos permulaan bagi pesakit baru adalah 30mg sehari
dan seterus dikekalkan pada 15mg hingga 30mg sehari bergantung kepada respons
badan. Doktor akan memaklumkan sama ada Duromine 30mg, 15mg ataupun 40mg adalah
dos yang sesuai untuk anda. Anda harus mengikuti arahan doktor dan tidak
mengubahsuai dos sesuka hati. Adalah diingatkan bahawa pengambilan Duromine
dalam dos yang tinggi tidak semestinya dapat membantu mengurangkan berat badan
anda dengan lebih cepat. Malah, anda mungkin mengalami kesan sampingan yand
tidak diingini.
Bagaimanakah
caranya untuk mengambil Duromine?
Duromine
harus diambil pada sebelah pagi bersama sarapan pagi supaya ia tidak
menyebabkan kesusahan untuk tidur pada waktu malam. Kapsul Duromine harus ditelan
dengan air yang banyak (lebih kurang segelas air). Jangan hancurkan, kunyah
ataupun buka kapsul Duromine kerana produk tersebut merupakan sejenis formulasi
istimewa yang membolehkan bahan aktif Phentermine diserap secara terkawal oleh
badan. Penghancuran ataupun pembukaan kapsul akan menyebabkan kadar penyerapan
phentermine yang terlalu cepat dan keberkesanan rawatan akan terjejas. Anda
mungkin mengalami kesan yang tidak menyenangkan (withdrawal) sekiranya anda
berhenti mengambil ubat ini secara mendadak setelah penggunaan untuk jangka
masa yang panjang. Jangan hentikan penggunaan tanpa kebenaran doktor anda. Anda
mungkin perlu mengurangkan dos secara beransur-ansur mengikut nasihat doktor
sebelum berhenti sepenuhnya. Jangan ambil Duromine di waktu petang kerana ia
mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk tidur (Insomnia).
Apakah
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mula menggunakan Duromine?
Maklumkan
doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:
- Alahan terhadap ubat-ubatan, terutamanya phentermine
- Ubat-ubatan lain yang anda sedang ambil (ubat preskripsi dan ubat yang dibeli di atas kaunter)
- Masalah kesihatan/penyakit termasuk tekanan darah tinggi, masalah jantung, arteriosclerosis, thyroid, kencing manis, glaukoma ataupun ketagihan dadah.
- Mengandung, disyaki mengandung, merancang untuk mengandung ataupun sedang menyusu. Sekiranya anda mengandung semasa mengambil Duromine sila maklumkan doktor anda.
- Sekiranya anda mudah menjadi resah.
Selain
itu,
- Anda harus selalu berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan
- Maklumkan doktor anda dengan segera sekiranya anda mengalami penurunan berat badan mendadak, kesusahan untuk bernafas, sakit dada, pengsan, bengkak kaki dan tidak dapat melakukan senaman seperti biasa.
- Berhati-hati semasa memandu dan mengendalikan mesin berat. Duromine boleh menyebabkan mengantuk.
- Jangan minum alkohol semasa menerima rawatan Duromine
- Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat batuk atau selsema.
Apakah
tindakan yang harus diambil sekiranya terlupa ambil ubat?
Ambil
dos yang terlupa secepat mungkin. Jika sekiranya sudah tiba masa untuk dos yang
seterusnya, anda harus tunggu sampai masa untuk dos yang seterusnya dan makan
ubat tepat pada masa.
Jangan
ambil dos tambahan untuk menggantikan dos yang terlupa. Sekiranya anda terlupa
untuk mengambil Duromine semasa sarapan, ambil dos tersebut selewat-lewatnya
sebelum makan tengah hari.
Jika
tidak, biarkan sahaja dos yang tertinggal dan ambil dos yang seterusnya seperti
biasa pada hari berikutnya. Sekiranya dos Duromine diambil lewat daripada masa
tengah hari, anda mungkin akan menghadapi kesusahan untuk tidur pada waktu
malam.
Jangan
sesekali cuba menggandakan dos ubat bagi menggantikan dos yang tertinggal.
Apakah
kesan sampingan Duromine?
Kesan
sampingan Duromine adalah termasuk rasa loya, muntah, cirit-birit, mulut
kering, sembelit, perubahan rasa, gatal-gatal kulit, mati pucuk, jantung
berdebar, dan tekanan darah tinggi.
Kesan
sampingan ke atas sistem saraf tunjang termasuklah hiperaktif, kesusahan untuk
tidur, menggigil, pening dan gelisah.
Maklumkan
doktor atau ahli farmasi anda dengan segera:-
- Sekiranya anda rasa tidak sihat semasa mengambil Duromine.
- Sekiranya anda mengalami penurunan berat badan mendadak, kesusahan untuk bernafas, sakit dada, pengsan, bengkak kaki dan tidak dapat melakukan senaman seperti biasa.
Bolehkah
saya mengambil Duromine sekiranya mengandung atau merancang untuk mengandung?
Mati
pucuk/impoten dan perubahan pada nafsu seks adalah antara kesan sampingan umum
Duromine. Jangan ambil Duromine sekiranya anda sedang mengandung ataupun
merancang untuk mengandung. Duromine harus dielakkan di kalangan wanita yang
sedang menyusu. Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui tentang cara
penyelesaian masalah berkenaan.
Apakah
kontraindikasi Duromine?
Duromine
tidak boleh diambil oleh pesakit yang mengalami masalah kesihatan seperti di
bawah:
- Tekanan darah yang sangat tinggi
- Tekanan darah tinggi pada paru-paru
- Masalah pada injap jantung
- Penyakit berkaitan dengan sistem salur darah di otak
- Masalah jantung serius termasuk perubahan pada kadar denyutan jantung
- Arterioschlerosis atau atheroschlerosis
- Masalah kelenjar thyroid
- Penyakit psikiatrik seperti anorexia nervosa (tiada selera makan) dan kegelisahan
- Glaukoma (tekanan tinggi dalam mata)