25 ayat yang kita boleh guna serta mudah untuk dapatkan kerjasama anak | Mohd Fhais Salim
2/25/2022 10:09:00 PG
Assalamualaikum..
1. Kakak lagi 5 minit kita nak balik ye, habiskan makanan segera
2. Adik tak boleh pukul kakak, cepat
peluk
kakak3. Kakak pun sama, cepat
peluk
adik4. Papa suka tengok anak-anak papa main sama-sama
5. Abg jom kita solat sama-sama
6. Kakak tolong ajak adik solat sekali
7. Adik tolong ibu kemas mainan
8. Boleh adik, nanti ibu bagi main telefon lepas adik dah makan okey
9. Abg nak makan dulu ke nak mandi dulu?
10. Ibu bagi 2 pilihan, kakak nak kemas mainan atau basuh pinggan?
11. Rajinnya kakak, boleh la ibu minta tolong kakak lagi nanti
12. Abg memang bagus, tak takut gelap pun
13.
Hebat
adik dah tak pakai pampers14.
Hebat
abg boleh pujuk adik menangis15. Ibu bagi adik nangis puas-puas, sampai kiraan 10 adik kena berhenti okey?
16. Abg kalau nak apa-apa tanya ibu dulu, ibu tak suka abg selongkar dapur macam ni.
17. Cuba kakak cerita apa yang berlaku sampai kakak nangis macam ni?
18. Adik suka cokelat ye, tapi tak boleh makan banyak-banyak nanti gigi rosak.
19. Bukan ibu tak nak bagi adik cokelat, kan semalam baru makan. Mana boleh makan hari-hari nanti gigi tercabut macam atuk tak ada gigi. Adik nak jadi macam gigi atuk?
20. Ibu minta maaf sebab buat adik sedih. Ibu marah sebab adik tak dengar pesan ibu, ibu pun juga sedih bila adik tak dengar.
21. Ibu bukan marah adik, ibu nasihat. Adik tak boleh sedih bila ibu nasihat, itu tanda ibu sayang adik.
22. Kakak tolong jagakan adik sekejap, ibu nak basuh pinggan
23. Abg tolong tengok adik sekejap, ibu nak pergi dapur kejap
24. Tepat jam 10 malam kita semua akan masuk tidur okey?
25. Dah jam 10, tutup tv dan tutup lampu semua masuk tidur
Selamat mencuba & semoga bonding dengan anak makin kuat sebab tak ada marah-marah lagi.