10 Kesalahan Mendidik Anak Tentang Emosi | Mohd Fhais Salim

By Zahirah Dzahir - 2/13/2022 10:13:00 PG

 Assalamualaikum..

10 kesalahan mendidik anak tentang emosi yang buat anak makin susah kawal emosi


1 - Tak bagi anak menangis
Kita menidak hak anak untuk beremosi sedih. Makin banyak Emotional Confusion la jawabnya.
2 - Marah bila dia bergaduh adik beradik
Bergaduh cara anak-anak asah sosial skil, marah buat mereka makin kerap bergaduh. Sungguh!
3 - Bagitahu, “jangan buat ibu marah!”
Tak pelik satu hari nanti anak pula akan bercakap, “adik buat abg marah”, “kawan buat abg marah”
4 - Lepas marah kata, “ibu marah sebab sayang”
Marah & sayang dua emosi berbeza. Tak mustahil juga, si abg akan memukul adiknya dan bagitahu, “abg pukul sebab sayang”
Paling serius bila, anak lelaki kita pukul isterinya pun kata sebab sayang.
5 - Tidak acknowledge anak rasa kecewa
Lumrah manusia tak boleh lari dari rasa kecewa. Ada yang down, murung, sedih. Walau remeh isunya bagi kita tapi bagi anak ia isu besar!
6 - Cakap “jangan mengada-ngada” bila anak takut pada sesuatu
Takut is real. Perkataan ini bagitahu anak bahawa kita tak faham dia & kita tak peduli emosi dia.
7 - Suruh anak diam segera ketika dia tantrum
Tantrum tanda emosi besar sedang meledak di dalam badannya, suruh diam membuat jiwa dia makin meronta-ronta.
8 - Marah melampau bila anak buat salah
Ibarat beritahu anak bahawa dia kena perfect tak boleh buat salah apa-apa pun dalam hidup.
9 - Melarang anak meluahkan perasaan
Tak ada istilah gedik atau lembik bila anak berani meluah perasaan yang dia alami. Walaupun lelaki!
10 - Gelak bila anak datang mengadu
Kadang isu anak mengadu ni remeh tapi usah gelak. Gelak tanda kita tak ambil serius dan merendah-rendahkan emosi anak.
Kadang kita marah pada anak bukan sebab dia buat salah besar mana pun.
Tapi yang benarnya kita penat, stress, alone dan burnout. Anak pula jadi mangsa keadaan.
Sebab tu la nak ada anak yang pandai kawal emosi, kerjasama kedua-dua ibu & ayah penting.
Jika seorang, bukan sahaja emosi anak emosi yang menjaga pun belum tentu stabil lagi.
Kawal emosi adalah kunci utama kepada ketenangan & kebahagiaan rumahtangga.
Wallahu A’lam,
Parenting Coach

kredit fb Mohd Fhais Salim
Founder Khusyuk Parenting, Founder IMRA

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!