Puas Hati Bila Guna Tudung Saji / Penutup Makanan Yang Besar

By Zahirah Dzahir - 3/22/2019 06:08:00 PTG



Assalamualaikum

Setiap rumah kalau tak dak tudung saji memang tak sah. Bukan saja-saja kita guna tudung saji ni. Penggunaan dia untuk tutup makanan dari terkena habuk dan dihinggapi lalat. Tapi ada juga yang tak guna tudung saji, makanan tu akan disimpan dalam oven atau almari makanan ja.


Macam yang kita tau tudung saji ni dah mula digunakan dari zaman dulu lagi. Kalau macam dulu tudung saji ni banyak dibuat daripada rotan, buluh, tak pun daun mengkuang. Kira orang dulu ni pandai la buat tudung saji secara tradisional dan juga untuk di jual. Macam area Alor Setar ni nak cari tudung saji traditional boleh ja pergi dekat Pekan Rabu, macam-macam pilihan ada. Cumanya orang la jarang dah guna tudung saji tradisional ni. Ada yang beli dan buat hiasan ja.

Macam la kurang dah orang sebut tudung saji. Orang panggil food cover atau penutup makanan. Banyak dari kita termasuk Mommy pun guna tudung saji yang diperbuat daripada plastik. Ada macam-macam bentuk yang boleh kita pilih. Ada yang bulat ada yang empat segi..ada yang kecil ada yang besar. Selalunya kita nak beli ni, mesti kita beli yang bersesuaian dengan makanan yang kita nak tutup.


Macam Mommy beli yang bulat kecil ada, tapi yang paling Mommy puas hati beli tudung saji yang bulat besar. Memang besar, boleh tutup banyak makanan. Jenama Apple Lady. Harganya RM 16.23. Kalau yang kecil sikit patern yang sama, harga dia RM 9.34.  Mommy beli dekat Longwan, Tanjung Bendahara. Puas hati dapat beli yang besar tak payah dok fikir tang mana nak simpan makanan yang tak cukup tu.



Yang best tudung platik ni, tak macam tudung saji biasa yang ada macam lubang-lubang tu. Atas full cover, bawah keliling ja yang ada lubang-lubang. Tak payah nak decorate bagai.  Apa pun Mommy puas hati dengan tudung saji ni.

Tapi tu lah, masing-masing ada cita rasa sendiri. Ada yang suka patern tu ada yang suka patern ni. Ikutlah yang mana kita suka dan puas hati bila kita guna dia.




~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

5 orang berborak di sini!

  1. sekrg pelbagai pattern menarik ada kan.. mama pun guna plastik je senang nak cuci

    BalasPadam
  2. weh lawa la kak!! awa suka sbb dia takde lubang banyak2 mcm dulu tu.. basuh pun mudah

    BalasPadam