Pilihan Doktor Doktor Yang Kita Boleh Follow

By Zahirah Dzahir - 7/15/2021 12:16:00 PTG

 Assalamualaikum..

Mommy ada jumpa 1 info yang menarik dari fb Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang doktor doktor yang kita boleh follow melalui fb. Maybe ada yang dah follow maybe ada yang tak. Makanya boleh la kalau korang follow yang mana korang nak. Cumanya fb Dr Erna tu macam dah tak dak.




Hari ni, aku nak ajak kau orang follow rakan-rakan aku ni.
1.Dr. Rafidah Abdullah — Pakar Perunding Nefrologi yang sentiasa memastikan buah pinggang kalian terpelihara daripada ancaman produk-produk berbahaya. Follow beliau rapat-rapat, nescaya buah pinggang kalian akan selamat.
2. Prof. Imelda Balchin — Para wanita wajib follow beliau, kerana hal kesihatan wanita, beliaulah pakarnya. Masalah kesuburan, kehamilan, bersalin, perbidanan, atau masalah kesihatan wanita yang lainnya, beliau boleh jawab sambil makan cendol.
3. Dr. Erna Nadia — Doktor yang suka tulis dan kongsi nota kesihatan dalam bentuk peta minda atau flowchart. Kadang kala dalam bentuk lukisan tangan. Beliau ni macam cikgu tuisyen kesihatan pun ada. Kalian follow, dapat tuisyen online percuma.
4. Dr. Sakinah Sulong — Pakar Perubatan Keluarga yang suka membebel macam emak-emak. Bebelan beliau penuh kasih sayang dan berniat untuk lindungi kalian dan keluarga daripada masalah kesihatan. Rugi tak follow.
5. Dr Ezairy M.Sallih — Doktor Bedah yang sambil buka badan manusia, dia buka hati kita untuk melihat kebaikan dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan harian. Penulisan anekdot beliau akan buat kalian sentiasa positif.
6. Dr. Suhazeli Abdullah — Pakar Perubatan Keluarga yang fasih dalam hal-hal vaksin. Lihat wajah beliau sahaja dan sejuk hati, apatah lagi baca penerangan beliau yang sentiasa berlandaskan fakta perubatan, tanpa ketepikan batasan agama.
7. Dr Beni Rusani — Pakar Jantung yang bisa menawan hati gadis-gadis yang melihatnya. Kata-kata beliau akan buat jantung kalian sentiasa lub dup lub dup dengan cemerlang. Tapi ingat, beliau tu doktor jantung, bukan doktor cinta.
8. Dr. Mahyuddin Mohamed — Pakar Ortopedik. Siapa gemar bersukan, elok follow beliau. Selain tentang patah tulang dan masalah sendi, beliau banyak beri penerangan tentang kecederaan sukan seperti ACL tear dan tennis elbow.
9. Dr. Hana Hadzrami — Pakar bius. Siapa hatinya tidak tenang, followlah doktor Hana, beliau boleh bius anda dengan penulisannya yang menenangkan. Jika beliau menegur, tegurnya pasti bersulam sopan dan santun.
10. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan — Doktor ni misterius sikit. Kalian follow je beliau. Dah follow baru tahu beliau bagaimana. Dijamin tidak menyesal.
Share-lah! Moga bermanfaat!

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!