Betul Atau Tidak, Seorang Jururawat Lebih Hebat Dari Seorang Doktor.

By Zahirah Dzahir - 9/16/2020 02:21:00 PTG

 Assalamualaikum..

Google

Berdasarkan pengalaman hampir 10 tahun bekerja dalam bidang perubatan, saya rasa ada sesetengah perkara, seorang jururawat lebih hebat dari seorang doktor.

1. Ramai pesakit tak suka berterus terang kepada doktor, tetapi lebih terbuka untuk memberitahu jururawat maklumat tentang penyakit mereka. Jururawat ni ibarat ejen perisik untuk dapatkan maklumat pesakit (untuk tujuan rawatan).

2. Ramai pesakit lebih mudah untuk menerima dan patuh dengan saranan jururawat berbanding saranan doktor. Kalau ada pesakit yang degil, selalunya doktor akan suruh jururawat yang pujuk, tegur dan beri nasihat. Biasanya mesti jadi lembut hati. 

3. Jururawat ternyata lebih pandai dan cekap susun kerja, terutamanya kerja dokumentasi. Doktor pula cekap sepahkan wad dan klinik, lepas tu lupa nak siapkan laporan pesakit. Kadang-kadang sendiri beri arahan, sendiri lupa. Terpaksa jururawat ingatkan. 

4. Doktor silih berganti, tak lama bekerja dalam sesuatu wad atau klinik. Jururawat pula, kadang-kadang bertahun-tahun kerja tempat sama, jadi mereka lebih arif tentang SOP dan KPI wad. Kalau doktor kerja tak ikut tertib, mereka akan tegur.

5. Mesin-mesin dalam wad, macam pam infusi dan sebagainya, kebanyakan doktor tak berapa pandai nak hidupkan dan set semula kalau ia termati. Terkial-kial jadinya. Akhirnya mesti nak kena panggil jururawat untuk tolong set. Dah macam juruteknik. 

6. Jururawat sentiasa bersedia dengan alat tulis yang lengkap. Siap ada pen merah, pen hitam, pen biru, pembaris, liquid paper, stapler, dan sebagainya. Macam kedai alat tulis bergerak. Doktor hanya tahu pinjam sahaja dan kemudian hilangkan. 

7. Kalau lapar, carilah jururawat. Tak pernah mereka tak ada makanan. Biasanya jururawat pergi kerja, akan bawa makanan lebih untuk kongsi dengan rakan sekerja (jururawat, doktor, dan atendan). Doktor biasanya hanya tukang makan sahaja.

8. Berapa pun umur jururawat tu, tak kira lebih tua atau lebih muda daripada seorang doktor, mereka akan dipanggil sebagai "Akak/Kak" atau "Bang*". Doktor pakar pun panggil jururawat begitu. Itu pangkat mereka. Sentiasa senior daripada doktor.

9. Di kebanyakan wad, ambil darah dan pasang kanula intravena (jarum masuk air) adalah kerja doktor, tapi kalau dah cuba beberapa kali dan tak berjaya, maka mintalah bantuan jururawat. Mereka pakar bab ni. Sekali cucuk terus masuk vena.

10. Jururawat lebih mahir kendalikan emosi ibu yang sedang bersalin, berbanding doktor mahupun si suami. Doktor biasanya lebih fokus pada bayi, jururawat pula mampu beri fokus kepada ibu dan bayi. Semua pula lazimnya hanya gelabah sahaja.


OKlah, cukuplah tu. Banyak sangat puji nanti kata kita membodek. Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada para jururawat yang bakal, masih dan telah berkhidmat! 

Ikhlas,

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

kredit fb Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!