Petua Tambah Susu Ibu

By Zahirah Dzahir - 7/12/2014 03:45:00 PTG

Isu hangat yang sering diperkatakan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi apabila tiba Ramadan adalah jumlah susu semakin berkurangan.

Ia turut diakui oleh Kaunselor Laktasi, Siti Asma Moin mengenai situasi dihadapi ibu yang menyusukan anak dalam tempoh tertentu. 




“Situasi ini kerap berlaku apabila tiba Ramadan disebabkan terlalu risau akan mengalami kekurangan susu hingga ia turut mempengaruhi jumlah susu yang mampu dikeluarkan.

“Keadaan ini bertambah buruk apabila stok simpanan susu semakin berkurangan. Walaupun ia perkara biasa yang dihadapi sebilangan ibu, faktor kerisauan yang berlebihan akan menjejaskan pengeluaran susu,” katanya.

Tambahnya, cara untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu dapat ditingkatkan adalah dengan memberikan susu badan secara kerap kepada si kecil walaupun ketika berpuasa.

Selain itu, kekalkan waktu perahan susu seperti biasa bagi menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga berakhirnya Ramadan.

Bukan itu saja, setiap ibu juga perlu bertindak kreatif melakukan pelbagai kaedah penyusuan mahupun perahan susu mengikut kesesuaian tubuh badan masing-masing.

“Buat jadual perahan yang betul dan kerap selain menyusukan bayi pada waktu malam bagi membantu pengaliran susu yang baik. Perahan susu juga perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

“Saya sarankan supaya ibu kerapkan mengepam susu pada waktu malam dan sebelum sahur. Pada waktu siang pula, pam susu mengikut waktu biasa yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Ada juga ibu bertanya mengenai jenis makanan yang perlu diambil bagi memastikan jumlah pengeluaran susu dalam kadar biasa atau dapat ditingkatkan. Namun baginya jenis makanan yang perlu diambil adalah subjektif. Ini kerana pengeluaran susu banyak bergantung kepada hormon tubuh badan seseorang.

Walaupun begitu, amalan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan serta pengambilan banyak air kosong sangat penting bagi memastikan kualiti susu dikeluarkan lebih baik.

Elakkan makanan yang tidak berkhasiat dan cadangan hidangan yang boleh diambil adalah seperti bijirin serta sayuran hijau. Tubuh yang sihat membantu menjadikan seorang ibu itu menjadi lebih cergas dan dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

Tambahnya, jumlah pengambilan air perlu lebih banyak berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi. Penting bagi ibu minum air masak sebelum dan selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan badan kekurangan air. Jika di bulan puasa, minum air dengan banyak pada waktu malam bagi menggantikan cecair yang hilang sepanjang berpuasa.

Nasihatnya, terus memberikan bayi susu badan dan sentiasa berfikiran positif serta yakin susu dapat dikeluarkan seperti biasa. Puasa bukan satu isu besar untuk berhenti menyusukan anak, malah ia perlu diteruskan dengan penuh keceriaan. 

sumber
-------------------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!