Assalamualaikum..
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.
SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.
Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.
Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.
Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1. Syampu - 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) dengan 8 variasi
- SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya- mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia jugak dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
- SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus - mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk dijaga/dimanja.
- SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur - mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.
- SAFI SHAYLA Syampu Rambut Gugur - mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
- SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, leembut dan mudah diurus.
- SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol - mengandungi minyak argan dan menthol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan menthol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
- SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak - mengandungi citrus dan menthol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secaa mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citru dan menthol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala
- SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak - mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
2. Syampu pouch - 480G (RM14.65) dengan 5 variasi
3. Syampu pump - 520G (RM19.90) dengan 5 variasi
- Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur
- Safi Shayla Syampu Segar Bermaya
- Safi Shayla Syampu Itch-Kontrol
- Safi Shayla Syampu Anti-Kelemumur
- Safi Shayla Syampu Licin Terurus

- - SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.
5. SAFI SHAYLA Serum Rambut - 50ML (RM17.90) dengan 2 variasi mengandungi
- Minyak organik Habbatus Sauda - memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria
- Minyak Moroccan Argan Organik - kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
- Minyak Zaitun Asli - menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting
- Minyak Vitamin E - mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
- - SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-
- SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan - mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.
- SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur - mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihat lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
- SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur - mengandungi ajen anti-kelemumur dan menthol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hinga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 - 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA
Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita berkerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggal keasan haruman sepanjang hari.
Chief Executive of Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy dan Safi Marketing Manager, Puan Mahsuri Sulaiman memperkenalkan SAFI SHAYLA dengan formula terbaru dan pembungkusan baru
Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil HALAL. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, layari yang berikut :
Alamat :
No 10 Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, 47610 Petaling Jaya
No telefon:
1-800-88-8867

Laman web : www.safi.com.my
Facebook : SAFIMY
Instagram : safimalaysia
Youtube : safimalaysia
Tidak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan al-Mubarak. Jadi sangat elok bagi kita sebagai ibubapa melatih anak-anak kita berpuasa agar apabila tiba bulan Ramadhan, puasa sebulan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna insyaallah terutamanya bagi anak-anak kita. Almaklumlah agar badan kita tidak terkejut dengan perubahan yang mendadak....namun bagi yang sering melakukan ibadah puasa sunat saya rasa tiada masalah insyaallah. Yang penting kita mengajar anak-anak kita untuk lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. biarlah kita melentur buluh dari rebungnya....agar anak-anak kita terbiasa akan kewajipan berpuasa ini....agar mantap iman anak-anak kita nanti...insyaallah. Di antara persiapan menyambut bulan mulia ini yang perlu kita cermati adalah bagaimana mempersiapkan anak-anak yang masih kecil dan baru akan belajar puasa. Berikut adalah beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan bagi mempersiapkan anak-anak kecil kita untuk berpuasa.....
5 Hari Sebelum Ramadhan: Mengenal melalui Penceritaan
Menceritakan sejarah wajib puasa, mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah, adab dan hikmah puasa supaya anak melakukan ibadah dengan penuh kefahaman dan penghayatan, tidak sebagai ikutan saja. Pilih cerita-cerita Islam yang menggambarkan suasana puasa dan keutamaan bagi yang menjalankannya. Cerita-cerita mengenai kisah-kisah menarik di dalam bulan Ramadhan, baik mengenai sahabat atau Rasulullah yang berjuang di bulan Ramadhan. Atau anda dapat mengarang sendiri cerita yang ada hubungannya dengan tema tersebut, selain menceritakan pengalaman masa kecil anda ketika menjalani ibadah puasa. Ini akan lebih menarik minat anak, kerana cerita tersebut lebih hidup dan anda lebih selesa menceritakannya.
Prolog Ramadhan melalui cerita ini dapat dimulai seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Di antara waktu bercerita tersebut anda dapat mengajak anak untuk membuat rencana kegiatan selama bulan Ramadhan nanti, plus target yang ingin mereka capai. Kemukakan juga harapan apa yang anda harapkan untuk mereka lakukan.
Melalui penceritaan ini, suasana Ramadhan sudah dengan sendiri menusuk masuk ke dalam fikiran anak-anak kita. Sehingga ia akan mengharapkan kedatangan bulan ini dengan penuh semangat lagi.
3 Hari sebelum Ramadhan: Membangun Suasana
Suasana rumah yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak. Misalnya dengan mengubah susunan rumah, mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjamaah dan tadarus Al-Quran. Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar islamik. Atau apa-apa sahaja yang mungkin boleh menarik minat mereka lagi.
Kerjakan bersama anak agar ia termotivasi untuk mendapatkan bintang sebanyak mungkin sampai akhir Ramadhan.
Kebiasaan ibubapa mengecat rumah menjelang Hari Raya, yang biasanya dilakukan pada saat puasa, dapat dimulai sebelum Ramadhan. Di samping membangun mood anggota keluarga, juga agar selama Ramadhan lebih banyak waktu yang dapat digunakan untuk kegiatan ibadah.
2 Hari Sebelum Ramadhan: Persiapan fizikal
Ibu dapat mulai menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang berpuasa. Juga mulai melatih pola makan dari 3 kali sehari menjadi 2 kali saja. Bila dilihat dari pola kebiasaan makan, berpuasa sebetulnya hanya memindahkan jam, atau mengurangi satu kali waktu makan saja. Bila biasanya makan 3 kali sehari, menjadi 2 kali, yaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.
Penyusunan menu ini untuk menghindari terjadinya kekurangan zat gizi pada anak. Kecukupan gizi pada anak akan terpenuhi apabila berbuka dan makan sahur.
1 Hari Sebelum Ramadhan: Jom Sahur !!
Bila esok mulai berpuasa, bererti malam sebelumnya kita akan melaksanakan solat tarawih dan sahur. Melatih anak-anak untuk berpuasa dapat dimulai dengan belajar bangun malam untuk makan sahur bersama.
Untuk menarik minat anak, siapkan menu makanan kegemarannya dan buat suasana sahur menyenangkan baginya sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam. Biarkan anak makan di akhir waktu sahur. Awal puasa, biarkan mereka cuba dulu puasa hanya setengah hari. Ia akan berbuka pada tengah hari karena masih dalam latihan. Dengan cara latihan yang bertahap seperti itu, si anak tidak merasa berat lagi untuk melakukan puasa.
Nilai Puasa Bagi Anak
Banyak sekali nilai murni dari puasa termasuk untuk anak-anak. Nabi Muhammad SAW bersabda:" Berpuasalah, niscaya kamu sehat". Dari sisi kesihatan, ibadah puasa memberikan istirehat pada organ-organ pencernaan tubuh, termasuk sistem enzim dan hormon, yang kemudian akan bekerja kembali dengan lebih sempurna.
Selain itu anak-anak yang mencuba untuk ikut berpuasa, sesungguhnya sedang dilatih untuk berdisiplin. Berdisiplin untuk bangun sahur pada malam hari, makan tepat waktu berbuka dan menahan nafsu. Termasuk sebagai latihan untuk taat pada perintah agama.
Latihan ini bukan hanya pada menahan lapar saja, tetapi lebih penting pada erti berpuasa itu sendiri. Kerananya, bila memang belum waktunya anak puasa penuh, biarlah mereka berbuka di tengah hari. Bukankah segala sesuatunya berlangsung bertahap? Termasuk dalam mendidik si kecil dalam hal puasa.
Berpuasa juga boleh mendidik anak-anak untuk jujur, misalnya mereka tetap berpuasa sekalipun teman-temannya di sekolah tidak. Kalaupun kerana tidak kuat menahan lapar atau godaan teman ia terpaksa berbuka di luar rumah, anak juga boleh diajar untuk berterus-terang, bukan berbohong dan malu mengakui kesalahannya.
Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh kepada anak. Jadi dalam usaha kita membudayakan ibadah berpuasa yang berkualiti dalam diri anak, kita mesti memperbaharui niat dan azam diri untuk terus memperbaiki akhlak dan amal. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya ibadah puasa dan ibadat lain sepanjang Ramadan kali ini dapat dijalankan seisi keluarga dan diterima Allah.
Alhamdulillah dah nak masuk 4 tahun anak sulung Muhammad Haziq Muqri 10 tahun berpuasa. Cuma tahun pertama dan ke 2 x penuh ( demam ). Tahun ketiga puasa Haziq berjaya puasa penuh.
Semoga kedatangan ramadhan kali ni anak2 kita dan adik kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya..Wassalam
credit dari whatsapp
- Mommy Ira -

Kerjaya boleh datang dan pergi berganti-ganti. Ibu bapa, tak ada. Hilang 1, hilang terus.”
5/08/2018 08:30:00 PTG
Assalamualaikum..
Kerjaya boleh datang dan pergi berganti-ganti. Ibu bapa, tak ada. Hilang 1, hilang terus.”
Baru-baru ini saya ikut kawan yang baru sahaja buka pusat jagaan
orang-orang tua di sekitar Kuala Lumpur. Baru ada 4 orang yang mendaftar
ke situ. Hanya harian sahaja setakat ini. Tiada yang bermalam lagi.
Saya minta izin dengan beliau untuk duduk di situ dari awal pagi seawal
sebelum anak-anak mereka itu hantar ibu bapa mereka ke situ untuk
dijaga. Kemudian saya akan pulang selepas mereka juga pulang ke rumah
masing-masing.
Saya sampai sekitar 6.45 pagi. Sunyi sepi. Kakak misi dan penjaga rumah itu sudah ketahui kehadiran saya, lalu mereka berikan tempat duduk untuk saya. Selang beberapa minit, sebuah kereta masuk. Keluar seorang lelaki dari pintu hadapan kereta dan membuka pintu belakang dan memimpin seorang wanita tua ke dalam rumah. Perlahan-lahan mereka berjalan.
Kemudian lelaki itu berlari-lari semula ke keretanya, dan membuka bonet belakang dan beg serta bakul di bawa ke dalam dan diserahkan kepada penjaga.
Di rumah itu ada 2 orang jururawat juga ada 2 orang penjaga.
Wanita tua itu duduk berlunjur di hadapan tv dan kami berkenalan tanya nama dari mana bagai. Kemudian beliau tertidur.
Datang lagi sebuah kereta, juga wanita tua yang dihantar. Dan kereta terakhir yang datang menghantar sepasang suami isteri. Isterinya terketar-ketar, manakala suaminya itu memimpinnya masuk ke dalam rumah. Semuanya elok-elok sahaja. Ada yang duduk depan tv, ada yang masuk bilik dan ada yang berbaring di katil.
Kawan saya datang sekitar jam 11.00 pagi. Kami bersembang beriya-iya tentang rumah yang beliau bina itu. Kenapalah buat rumah jagaan orang tua. Syahdu dan sakitnya hati saya melihat anak-anak yang kuat dan membawa kereta hebat namun tidak daya menjaga ibu bapa sendiri di rumah sendiri.
Kawan saya diam sahaja. Memandang saya dengan matanya berkaca.
“hang jangan cakap macam tu lagi Kerul. Aku sendiri tak merasa jaga mak pak aku. Mak aku sakit, sebut nak aku jaga dia. tapi aku sibuk. Aku uruskan banyak bisnes. Pi sana sini. Akhirnya mak aku mati gitu ja. Aku dah on the way balik. Aku berenti kereta, mak aku nak dengar suara aku. Aku pun cakap, mak tunggu San balik mak. Tunggu maak, tungguu mak, San balik sekarang mak.
Hari tu juga penuhnya accident atas jalan. Aku sampai rumah mak aku semua dah siap kebumi. Orang kampung tak mau tunggu. Aku pitam depan rumah mak aku.
Dan aku menangis sampai la ni.”
Beliau cerita yang adik beradiknya berusaha sedaya upaya pujuk ibunya sendiri supaya sabar yang beliau akan balik, akan balik selepas semua kerjanya selesai. Namun tak berjaya.
Itulah kekesalan yang paling besar dalam hidupnya. Si San ini kenalan lama. Kami pernah belajar sama-sama. Namun beliau nun jauh meninggalkan kami dalam dunia bisnes. Keluar masuk China membeli borong dan membuka banyaknya rangkaian jualan berbagai-bagai barang.
Saya minta izin beliau untuk ceritakan kisah ini. Supaya ramainya dapat manfaat.
Katanya lagi, dia berjaya sebab doa emaknya. Lancarkan berniaga sebab harapan emak dia. dan segala yang dia buat mesti dia telefon emak dia dulu tanya. Itulah yang beliau sering buat.
Namun, dalam banyak-banyak hal, beliau tak sempat menjaga ibunya sendiri kerana sibuknya berniaga. Dan oleh sebab itulah beliau buka pusat jagaan orang-orang tua. Supaya beliau dapat jaga ramainya orang tua yang lain, berharap dosa beliau itu terhapus dengan sedikitnya pertolongan itu.
Saya pula yang menitis-nitis air mata. Kisahnya itu menjadi sebuah peringatan buat saya sendiri.
Saya tanya beliau, kenapa rumah orang tua?
Jawabnya mudah sahaja. Beliau hanya beri kemudahan. Setiap sesiapa yang mahu hantar emak ayah ke sini, wajibnya hantar dan ambil sendiri. Ianya sebuah pusat jagaan untuk dijaga sahaja. bukan pusat meninggalkan ibu ayah.
Ada banyak kes yang anak-anak kaya raya ini menyediakan jururawat dan bibik untuk menjaga orang tua, namun semuanya tak sabar dan berbuat macam-macam kepada mereka di saat anak-anak ke tempat kerja. Jadi beliau buka pusat ini untuk mereka yang sibuk dan ibu bapa yang tinggal dengan mereka hantar ibu bapa yang dah tak larat menguruskan diri ini di sini.
Saya angguk faham. Mana yang masih pandai menguruskan diri, ok ja tinggal di rumah.
Saya lihat beliau memandang ruang dalam rumah 6 bilik itu dengan pandangan sebuah harapan yang sangat besar. Kami bersalam, beliau terpaksa keluar dan menghadiri beberapa mesyuarat. Saya tinggal di situ bersembang dengan misi cun sepatah dua. Eh. Haha taklah, bersembang dengan pasangan ibu bapa yang datang tadi.
Sukanya saya apabila si ayah itu sendiri mahu ke situ. Rupanya mereka sendiri yang minta kerana tak pandai menguruskannya sendiri memandangkan isteri beliau ada penyakit Parkinson yang agak teruk. Hingga mahu makan, mahu buang air semuanya perlu dibantu. Suaminya pula sudah tua dan tidak terlarat lagi mahu menguruskannya. Saya diam dan angguk faham.
Beliau cakap dengan saya,
“encik, I was a banker long time ago. U takkan pernah tahu u akan sakit, tua dan wajar dihantar ke rumah macam ini. Namun, inilah hidup. If I die here, ok ja! I ok. but please, don’t take my nyawa sebelum my wife mati. Dia kena mati dulu sebelum i. kalau I mati dulu, macammanalah minah ni nak hidup. Dia my other half. Tengoklah tu, dia bukan ingat I pun. I kena introduce diri I everytime nak sembang dengan dia. bayanglah kalau orang tak sabar macam mana.”
Saya pandang sahaja.
Sebelah petangnya, sebuah kereta datang, kemudian datang lagi dan lagi.
Dikira, pagi tadi mereka keluar dari kereta perlahan-lahan. Berjalan pun perlahan-lahan masuk ke rumah itu. Namun di sebelah petangnya seorang mereka ini ada tenaga luar biasa. Lajunya keluar, lajunya buka pintu kereta tergocoh-gocoh sangat mahu balik.
Dan saya duduk di pangkin itu memerhati. Sama sahaja seperti anak-anak kita merindui rumah selepas pulang sekolah. Itu tetap sebuah sekolah, bukan rumah yang nyaman untuk duduk-duduk dan rehat-rehat. Pastinya ibu bapa ini merasakan benda yang sama.
Dalam hati mereka entah-enta, ‘tak apalah aku ada anak yang sibuk. Hantarlah aku ke rumah mana-mana, biar orang lain jaga, yang penting aku di jaga. Namun, jika aku dijaga oleh anak aku sendiri, lagi aku suka. Dan aku maafkan anak-anak aku kalau dia tak jaga pun. Aku sayang mereka. Biar aku tak dijaga, janji aku sayang mereka.’
O Allah.
Sesungguhnya aku belajar hari ini.
Satunya, seorang anak membina rumah orang tua hanya kerana dia tak berjaya menjaga ibunya sendiri semasa ibunya sakit hingga putus nyawa. Lalu dia kesal sampai dia membina sebuah rumah kasih sayang untuknya.
Ke-dua, aku perhatikan sakitnya menjadi orang tua yang ditinggalkan anak-anak. walau ia hanya 7-8 jam sehari. Malamnya pulang dan menikmati momen makan malam keluarga dan tidur. Hari siang itu tetap hari yang perit untuk dilalui hari-hari hingga berlari-lari mahu pulang dan kembali ke rumah cinta itu.
Ia sebuah derita kawan-kawan. Sungguh. Walau mereka ini iyakan sahaja untuk sesiapa jaga, namun sisa-sisa yang tak terdaya itu masih ada hati yang sama mahukan anak-anak berubah, dan kembalilah menjaga mereka.
Dan kawan-kawan semua,
Jauh di sudut hati saya, iya benar apa yang kawan saya buat ini sebuah pengorbanan yang sangat besar. Namun, tolonglah jaga ibu bapa sendiri. Tolonglah. Walau mereka sendiri mahu ke rumah-rumah ini, halanglah sampai habis daya.
Kerana itu sahaja jasa terakhir kita.
Kawan saya ini pesan kepada saya, “ziarahlah mak hang masa hang paling sibuk. Bukan masa hang tunggu lapang. Lagi sibuk, lagi banyak ziarah mak. Itu yang betul. Sebab emak kita ini kita kena dahulukan.
Kerjaya boleh datang dan pergi berganti-ganti. Ibu bapa, tak ada. Hilang 1, hilang terus.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
Maafkan kami emak abah, selalu jarang balik.

Jangan lupa azan atau iqamatkan anak kita nanti ...
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan Tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Ibnu Abbas ra menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda; ‘‘Ajarkanlah kalimat ‘‘Laa ilaaha Illallahu’’ kepada anak²mu sebagai kalimat pertama yang mereka dengar…!!!’’ (HR. Al-Hakim)
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telingakanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
Rasulullah SAW juga bersabda; ‘‘Barang siapa yang mendapati seorang bayi yang dilahirkan, kemudian di Azankan di telinga kanannya dan di Iqamatkan di telinga kirinya, maka ia tidak akan diganggu oleh Ummu Shibyan (syaitan yang selalu mengganggu anak kecil)…!!!’’ (HR. Ibn Sunny dari Hasan ibn Aki ra)
Menurut Rasululah SAW; Syaitan akan ketakutan dan berlari sejauh²nya apabila mendengar suara azan
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA..
Papa.. Pls take note yea…
Wallahua’lam
kredit : pakar hamil