Jalan Jalan Cari Makan.. Mee Tulang Sedap

By Zahirah Dzahir - 11/09/2016 04:46:00 PTG

Assalamualaikum..

Ramai kawan2 Saya bagitau Mee Tulang kat Ukir Mall, Alor Setar sedap. Tak puas hati Saya singgah pi cari kat mana kedai Mee Tulang ni. Nak cari tak susah, pergi kat Ukir Mall ( lokasi Pekan Rabu sekarang ) naik escalator ke tingkat 1, kedai dia belah kanan. Maybe ramai yang tak sangka situ ada kedai makan, kalau tak tengok dan cari betui2, memang tak jumpa.


Masa Saya pi pun dah petang, Saya rush sikit sebab nak ke tempat lain lagi..so tak sempat nak explore apa lagi yang ada kat situ. Cuma Saya sempat snap menu makan apa yang ada kat situ. Ada Mee Tulang, Nasi Lemak, Kerabu Maggi, Air Botol & Sirap Limau. Harga pun ok la..padan dengan menu.


Tujuan pi nak makan Mee Tulang so oder menu tu je la..minum Sirap Limau.. Memang sedap, mee, kuah cukup rasa, tulang lembut..kira memang puas makan. Ayaq minum pun sedap. Kira boleh la mai makan lagi. 


Ok..alamat kedai:
No FL 17, Tingkat 1, Bangunan Ukir Mall ( pekan rabu ), Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah.

Waktu berniaga : 12:00 tengahari - 6:00 petang 

No Contact :  018-637 2700 / 019-577 2700

Jumaat & Sabtu : TUTUP / CUTI
Info lanjut cer tengok kat fb depa Mee Tulang Tingkat 1
- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!